Thursday, November 28, 2013

Sisters Day Out


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Something about today.
Tengah hari tadi, dalam aku duk baring-baring atas katil sambil layan THR Gegar, kakak aku ajak keluar jenjalan. Aku ingatkan dia bergurau. So, layan tak layan sangat laa kan. Tup tup, sekali lagi adik aku bukak pintu bilik cakap, pukul 2 petang siap-siap kalau nak ikut pergi jalan. So, aku siap-siap then capai mana-mana baju, seluar, shawl yang tak perlu digosok. Around 2.30 petang, kami gerak pergi Tanah Merah.

Awan cantik.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Love mother nature. :)

Camwhore dengan Zara dalam kereta.
Heee.. wajib! :D

Look at this little girl.
Haihh.. :)
Introducing my younger sister, Asma. :)

First destination, Pantai Timur Hypermarket. Lama betul aku tak pergi sana. Last aku ke sana, masa aku form 2 rasanya. Haha. Lama tuu! Hehe.. So, pusing punya pusing, ushar itu ini, last-last aku cuma berkenan kat stokin. Comel weh. Hee. Menambah koleksi. Pun boleh!


Ni stokin yang aku beli kat Pantai Timur tadi.
Comel kan? Plus murah!
RM5.90 - 3 pasang

Second destination, sebelah Pantai Timur je pun. Pusat Pakaian Hari-hari. Cuba sebut tagline dia..

"Marilah pergi Hari-hari !"

Workers dia semuanya bagus. Mesra! Banyak jugak shopping kat situ. Kakak aku belanja adik aku blouse. Haha. Aku? beli t-shirt. Tapi, rasa macam kecil la pulak saiznya. Hurm.


#OOTD
Me featuring Zara.
Haihh. tak duduk diam budak tu. Aiyoo..

Settle shopping, singgah isi perut kat Restoran EdDe kat bandar baru Tanah Merah. Selalu jugak aku makan kat situ. Makanan dia boleh tahan memuaskan. Cuma tang kena menunggu tu.. tak best sikit. Ambil masa sangat. Aku pesan mi tomyam sebab dia punya tomyam sedap! Adik aku pesan nasi goreng, kakak aku pesan chicken chop. Zara pulak makan fries. Harga makanan kat situ reasonable. Nanti lain kali aku buat review pasal restoran tu k.


Logo restoran tu.
Aku capture dekat dia punya menu je.
Heee.. 

Aku punya tomyam tadi.
Apa macam? Ada terliur tak?
heee.. :D


Gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut suka hati !

Alhamdulillah. kenyang makan, gerak balik rumah.

Good time together with sisters and Zara my niece.

Till then!

Wassalam.




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Post a Comment

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^