Tuesday, November 19, 2013

Inai


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Maafkan aku.
Tak berjaya update entry untuk 2 hari lepas. Kekangan waktu. Aku sibuk.
Katering dengan mak. Ingat nak update pasal katering, tapi sebab sibuk duk angkut gulai bagai, terlupa nak bawak kamera nak snap gambar. Tak best kalau entri takda gambar. So,tak jadi nak update pasal katering.

Untuk entri kali ni..
Tengok tajuk. Inai. Ha. Ya. Inai.
#nowplaying Galau by Dato' Siti Nurhaliza masa tengah update entry ni. 
nak ambil feel kononnya! Heee

Aku ni sebenarnya jenis yang tak suka pakai inai.
Tapi, tak tahu kenapa. Lepas dah habis sekolah ni, tetiba pulak tangan ni menggedik nak pakai inai. maklumlah kan, budak sekolah tak dibenarkan pakai inai pergi sekolah. Disebabkan dah tak bergelar budak sekolah, tetiba rasa macam nak pakai. Feeling macam gadis-gadis je lepas pakai. Haha.

Aku ingat lagi masa aku kecik-kecik dulu. Orang tua-tua cakap, kalau nak pakai inai, kena pakai waktu malam. Tak boleh pakai inai waktu siang, nanti ayam nampak, nanti inai tak merah. Time tu, aku still kecik. Kanak-kanak ribena.. Tak terfikir laa pulak apa kena mengena ayam dengan nak pakai inai, kan?

Haaa.. Dah besar ni baru faham.
Orang dulu-dulu tak bagi pakai inai siang hari sebab selalunya kan kita buat aktiviti harian pada waktu siang. Jadi, kalau pakai inai waktu siang, habis tergendala semua kerja buat kita. Kan? hehe
Tu aku punya kesimpulan laa. Fakta sebenar tak dapat dikenal pasti lagi buat masa ni. Haha

Dulu, kalau berinai mesti pakai inai daun. Tak susah nak dapat inai daun masa duduk kat kampung dulu. Tapi sekarang, susah betul nak cari pokok inai kat bandar. Lagi-lagi area taman perumahan. Nak tak nak, pakai inai yang dalam tiub jelah. Lagipun zaman sekarang ni, semua benda nak cepat kan. Termasuk lah pakai inai. Hurmm.

So, aku guna inai tiub Rani. Kotak dia warna hijau. Banyak je jual kat kedai-kedai. Yang aku guna ni, aku beli kat dalam 'alamanda' Machang a.k.a Pasar Besar Machang. Hee. Semua benda ada kat situ. Aku beli inai ni kat salah satu gerai-gerai kecil dalam pasar tu.

Packaging..
Inai di jari..

Mungkin tak dapat warna merah macam pakai inai daun. Tapi, kira okay la. Aku puas hati. Aku pakai tak sampai sejam. Sebab takut kalau pakai lebih dari sejam, merah dia akan jadi seakan hitam. Tak cantik. Bagi aku laa.

Haha. Feeling nak kahwin pun ada. Amboii. Gataiii ! Haha. Gurau jah.

Klah. Till then.

Anyonggggg!




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

4 comments:

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^