Monday, November 25, 2013

Good Time Together


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Semalam punya cerita.
Aku ke Kota Bharu dengan Lyn, Asyraf dan Syahril. Asyraf drive. Dah janji beberapa hari lepas nak pergi Kota Bharu melawat ayah taifor (kaunselor kami) yang admitted to HUSM. Aku ada ceritakan pasal ayah dalam entri ni : Ziarah . Pukul 5 baru boleh melawat, so kami ke KB Mall dulu kejap.

Alang-alang ada kat KB, aku contact sahabat blogger, Hazanis ajak jumpa sebab haritu kak Cah nak tempah princess dress cutting dengan tailor aku. Lagipun, aku pun ada beli barang dengan Kak Cah. Nanti lain entri aku buat review. Heeee..

Sedang elok sampai kat KB Mall, azan Asar berkumandang. Disebabkan KB Mall tengah banyak renovation, aku dengan Lyn duk sesat pusing-pusing cari surau dalam KB Mall tu haa. Aiyoo. Last-last, kami pergi tanya pak guard kat parking lot, dia bagi direction. Baru jumpa! Hoho

Lepas solat, tunggu kak Cah. Dia lambat sikit sebab ada urusan nak kena settle dulu. Jadi kami pusing-pusing dulu dalam KB Mall tu. Disebabkan aku ni suka Heliza, tak sah kalau tak beli cool blog. hee.. So, decide untuk basahkan tekak dengan cool blog. Feveret aku, Cappuchino. Heee


Lyn punya coklat, aku cappuchino.
 
Pusing punya pusing, rasa lenguh dah kaki. So, duduk kat bench tepi Guardian aras 1, aku mesej kak Cah untuk tunggu kak Cah kat situ. Si Asyraf dengan Syahril sabar je mengikut aku dengan Lyn. Bagus betul.

Yang tersengih kat sebelah aku tu Asyraf dengan Syahril.
Tudung sama. Haha. 

Lyn peneman setia. :)
Akhirnya jumpa jugak dengan kak Cah. Kak Rara pun ada sama! Heee.. Lama betul tak jumpa kak Rara. Last jumpa masa Iftar Blogger Kelantan tahun lepas. Kecil molek je sahabat-sahabat blogger aku. Aku ni je yang makin melebar. Aiyoo.


Sahabat bloggerku yang kecil molek,
Kak Cah dan Kak Rara.

Kami. :)

Lepas settle urusan dengan kak Cah, kami bergegas ke HUSM. Nak cepat punya pasal, boleh pulak sesat jalan. Alhamdulillah, akhirnya sampai HUSM. Alhamdulillah, mudah dapat parking. Bergegas naik ke wad intan surgeri lelaki untuk lawat ayah. That time, ayah nampak penat banyak berbanding dengan aku tengok keadaan ayah masa kat hospital Machang bulan lepas. Tumor dah serang kepala.

Aku minta kalian doakan ayah dikuatkan untuk hadapi ujian ni. Terima kasih, aku hargai sangat. Hanya Allah balas kebaikan kalian.

Rindu nak tengok ayah yang ceria macam dulu. Rindu nak dengar banyak lagi perkongsian daripada ayah. Allah.. kuatkanlah ayah. Aku dah anggap ayah macam ayah aku sendiri. Beliau dah banyak bantu aku. Sangat rindu gelagat ayah.

Lepas lawat ayah, kami solat maghrib kat surau HUSM. Selesai solat, kami bertolak balik ke Machang. Lagi sekali sesat jalan. Salah aku. Silap bagi direction. Kesian Asyraf. Si Syahril pun confused sama. Nasib baik tak sampai ke Bachok. Cari punya cari, jumpa jalan menghala ke Machang.

Perjalanan balik, azan Isyak berkumandang. Kami stop solat kejap kat salah satu masjid yang ada kat tepi jalan. Alhamdulillah, masjid tu selesa sangat. Lupa pulak nak tengok nama masjid. Selesai solat, lega. Then, gerak pulang ke Machang. Masing-masing lapar. Singgah makan kejap kat Kok Lanas. Aku makan tomyam. Asyraf, Syahril dengan Lyn makan nasi goreng sotong, udang, ketam. Kenyang perut. Alhamdulillah.

Hantar Lyn kat Labok then hantar Syahril last hantar aku. Kesian Asyraf. Sanggup drive walaupun kaki sakit. We owed him.


Till then.

wassalam.




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

6 comments:

  1. sowiee buat yuyu tertunggu lama2. T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee.. takpa laa kak cah sayang. no problemo.. :D

      Delete
  2. Coolblog sedap! Suka perisa Oreo~~
    Oh ya, seronoknya kalau ada kumpul2 dengan blogger macam ni. Dapat jumpe blogger in real life ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah. minat cool blog gak ya. hehe. jom jom. ada masa boleh gather dengan geng blogger. :)

      Delete
  3. ehem2.kesian kesian kesian dekat orang bernama Asyraf tu.hehe

    ReplyDelete
  4. kesian insan yaang bernama asyraf tu kan.hehe

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^