Friday, November 22, 2013

Bubur Asyura


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Hai semua. First of all, sorry sebab entri kali ni bukan entri pasal katering. Macam takda mood je nak update pasal katering. haha. Hari ni, Jumaat, 22 November. Aktiviti hari ni ialah gotong-royong kacau bubur asyura. Hehe. Mak's idea. Dari haritu lagi mak nak buat bubur asyura. So, alhamdulillah. Today is the day.

Dua buah kawah digunakan untuk kacau bubur asyura. Start pukul 8.30 pagi. Kakitangan yang datang gotong-royong terdiri daripada family terdekat, jiran belakang depan kiri kanan rumah aku then kawan-kawan rapat aku.

Seronok bila adakan event macam ni. Bak kata mak long aku, mengeratkan ukhwah silaturahim. Aku tak lepaskan peluang kacau sama. Tapi sekejap-sekejap je aku kacau bubur asyura tu. Awal-awal memang ringan. Sebelah petang, bila dah masuk bahan-bahan wajib dalam kawah tu, huh! Berat betol nak mengacaunya. Haha.

Lebih kurang pukul 5 petang, bubur asyura dalam kedua-dua kawah dah masak. Dah boleh letak dalam bekas. Dah boleh makan! Alhamdulillah..

Satu pengalaman yang menyeronokkan. Bermula dari nak cubit daging sampai jadi halus sampailah siap bubur asyura. Bukan senang tau. Ha. Tabik sama golongan veteran. hehe.. :D

Jom ushar gambar.


Kawan-kawan rapat : Fawwaz, Safwan, Ismail..

Mael Lambong posing sambil kacau bubur asyura. :D

Dua buah kawah.
Meriah! :D

Tetap jadi babysitter.
Si Zara tengah minum susu. :)

Macam fight jee.. hehe
Left : Fawwaz Right : Safwan
Yang duduk baju putih tu, abang ipar aku, Sayuti.
Yang duduk baju oren tu, abang aku, Isyam.

Saiful vs aku.
Haha!

Silau.

Ayah in action! haha

Peace yoww!

Last but not least,
Zara say Hi, readers! meh meh.. :D

Okaylah, kalian. Aku stop sini dulu. Tangan kebas. Since semalam lagi ni. Nak berurut kejap. Mak cakap, kalau still kebas, kena pergi klinik. Takut sakit lama datang balik. Check tekanan darah tadi, rendah. Bawah 50. Hmm. Mungkin sebab penat sangat kot.

Apa-apa pun, hari yang ceria dan damai. Syukur, Alhamdulillah.

See you later.

Anyonggg! :D

Wassalam.




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

2 comments:

  1. mak aih 2 kawah sekali buat..heheh
    btw, jmput join giveaway kt tmpt sy ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.
      family besar. tu pasal buat dua kawah. :)

      Delete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^