Thursday, November 14, 2013

Bermula Hari Ni..


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Hari ni selesai sudah last paper untuk final exam. Ini bermakna, aku sudah rasmi tak jadi budak sekolah dah. Sedar tak sedar,

6 tahun sekolah rendah + 7 tahun sekolah menengah (termasuk pra-U)
=13 tahun bergelar budak sekolah

Meh aku nak cerita sikit hari-hari terakhir before aku seat for final exam baru ni.
Most of my friends asked me..

Tiqah, lepas ni cuti panjang.. Kau nak buat apa? Kerja?

Aku senyum. Dah agak weh soalan macam tu yang akan ditanya. Haha. teringat time habis exam SPM dulu. Macam gitu lah jugak situasinya.. heee..

Tapi time tu aku tak sempat nak fikir pasal kerja ke apa. Apa yang ada dalam kepala aku masa tu, aku nak amik lesen kereta. Haha. Semangat nak amik lesen kereta punya pasal, hari ni habis exam paper Chemistry, keesokkan harinya terus aku masuk bengkel pertama kat litar memandu. Haha. semangat tak aku? Heee 

Cerita pasal amik lesen tu kat entri ni ,  Alhamdulillah.. Allah dah bantu aku.. 

Tu cerita dua tahun lepas. Ni cerita tahun ni. Adoi. meleret pulak aku. Sorry. K, sambung.

Disebabkan aku ni tak pandai nak mencari kerja macam kengkawan aku duk buat lepas exam SPM dulu, so aku tak fikir lagi pasal cari kerja. Dalam kepala aku sekarang, nak spend time kemas bilik yang macam 'kapal pecah' ni dan duduk rumah dulu. 

Maybe bulan 12 nanti kot kalau rasa nak pergi jenjalan keluar dari Kelantan kejap ziarah sedara mara. Tu pun kalau mak ayah free la kan. Lama betul tak melancong dengan family. InshaAllah, nanti ada laa masanya tu. ameen. hee

So, alang-alang masih duk kat rumah ni, aku just go on dengan blog kesayangan aku ni ha. Target aku start hari ni, nak update sekurang-kurangnya satu entri sehari. Woahh. semangat tak? haha. 

Lagi bertambah semangat aku ni sebab baru je kejap tadi aku dapat panggilan dari mentor aku, Tuan Haji Firdaus, owner blog MariaFirdaus. Ada chat dengan beliau kat muka buku, beliau tanya khabar pasal final exam aku. Then, tanya apa perancangan seterusnya. Aku cakap buat masa ni nak berblogging.

Tup tup.. beliau call aku.. terus bagi tips. Alang-alang berblogging, baik manfaatkan ruang dan peluang yang boleh dapat melalui blog.
Beliau sarankan aku ushar blog dua orang blogger femes  ni :


Aku rasa sangat jarang kalau ada jugak orang yang  tak kenal dengan dua orang blogger femes ni. 

Memang selalu laa aku blogwalking kat blog dua orang blogger ni ha. Hehe. Tak sangka yang Tuan Haji Firdaus baca jugak blog diorang. Aku ingat orang bisnes jarang bukak blog santai macam tu. Hoho. 
Dah sah sah anggapan aku tu salah sama sekali. Kasi lempang laju-laju kat muka. Okay dah. 

Aku respek kat diorang. Mana taknya. Tulis entri pasal hidup diorang kebanyakkannya.. then, share something good to people. Tambah pulak, gain some money from it. Siapa tak nak weh? Huhu.
Aku nak usahakan ke arah tu laa nih. 

Yang penting nawaitu kerana Allah.. 

Tuan Haji Firdaus pesan tadi, tulis blog ni sebab kita nak kongsi something good towards other people. At least, penulisan kita dapat bantu orang lain, tak pun boleh permudahkan urusan orang lain, tak pun dapat bagi inspirasi kat orang lain dan siapa tahu kemungkinan besar penulisan kita dapat selesaikan masalah orang lain. Tak mustahil kan? ha.. 




Okaylah korang.. aku nak stop sini dulu. Khusyuk menulis. Terbabas dah 20 minit azan Isyak.
Astaghfirullah hal azim. Jom solat.

Jumpa dalam lain entri.
Moga ada manfaat.

Wassalam! 



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Post a Comment

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^