Sunday, October 13, 2013

Semangat


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Perkongsian singkat, mungkin.

Tentang sekolah.

Ada masa aku rasa teruja untuk ke sekolah.
Ada masa aku rasa tersangat malas nak ke sekolah.

Ada ketika aku rasa berkobar-kobar nak belajar.
Ada ketika aku rasa 'down' untuk belajar.

Satu masa, aku berazam untuk ubah keadaan yang membelenggu diri aku.
Then, aku pegang kata-kata cikgu Pengajian Am aku..

"Kalau awak rasa malas/bosan nak datang sekolah, cuba awak buat macam ni..

Awak cari sesuatu yang selalu buatkan awak ceria, gembira dan dapat mengembalikan semangat awak ketika berada di sekolah. Mungkin sedikit sebanyak dapat kembalikan 'mood' untuk terus berjuang dalam menuntut ilmu."

Aku senyum. Ada betulnya jugak kata cikgu.

Cari sesuatu yang kita suka, yang boleh kembalikan semangat kita untuk bertahan.. terus belajar dan belajar..

Alhamdulillah, aku jumpa sesuatu yang boleh kembalikan semangat aku bila aku rasa 'down' masa belajar.

Apa dia?
Okay macam ni.

Bila aku kat rumah,
aku tengok muka mak dan ayah.

terus aku betulkan niat di hati..

"Mak ayah nak tengok aku berjaya. 
Aku tak boleh hampakan mereka.
Setidak-tidaknya aku berusaha.
Kemudian, tawakkal. Moga Allah redha."

Plus, aku compare aku punya pencapaian dengan kakak-kakak dan adik aku.
Kalau mereka boleh masuk universiti, kerja bagus, hidup bahagia,
kenapa tidak aku.. Kan?
Terus, semangatku kembali..


Bila aku kat sekolah pulak..

Masa belajar dalam kelas, 

First of all,
aku akan tengok Anis dengan Sofea (besties aku)
Mereka rajin tau. Rajin yang amat. Study memanjang....
So, mereka banyak pengaruhi aku untuk bertahan time study.
Salute dengan mereka.

Lagi satu...
aku akan bayangkan muka sir Khairuddin dengan Cikgu Zul.
Alhamdulillah, setakat ni..
bila aku rasa 'down', aku bayangkan muka mereka,
syukur, semangat aku kembali naik.
Nak stress terus tak jadi. haha

Mungkin sebab perwatakan mereka yang sentiasa 'cool' dan selalu senyum buatkan aku rasa selesa dan ceria. Moga Allah berkati mereka dan keluarga masing-masing. ameen. :)

Masa kat UBK,
bila tengok muka Umi Zeti dan Bonda Rohani..
Mood yang tak okay, InshaAllah jadi OKAY !
hehe..





Tapi.. no matter what.
Pastikan niat kita betul.
Tak kira nak buat apa perkara sekalipun, niat yang utama.
Lillahitaala.

Yang elok jadikan teladan, yang sebaliknya jadikan sempadan.
Jangan berhenti sebarkan kebaikan, moga Allah redha.

Wassalam. :)




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Post a Comment

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^