Saturday, October 5, 2013

Melaka Story..


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

P/s : Sebenarnya, dah lama tulis entri ni, tersimpan dalam draft. Hari ni baru nak publish. Sebab hari ni baru sempat masukkan gambar. Okay, jom baca. :)

.........................................................................................

Satu moment yang takkan dapat dilupakan.

Dalam banyak-banyak program yang aku pernah sertai, belum pernah lagi aku rasa sebegini sebak untuk berpisah selepas program yang satu ini.

Konvensyen Program Usahawan Muda Peringkat Nasional di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka

Diberi peluang dan kepercayaan oleh Encik Helmi, Encik Wan Asri, Kak Noorha dan Encik Wan Azizan dari PKINK merupakan suatu pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup ini.

Kerjasama satu team untuk wakili Kelantan dalam konvensyen nasional, satu tanggungjawab yang besar untuk dipikul.

Tak pernah menyangka akan dapat peluang ni sekali lagi.

Syukur.

Bermula dari hari sewaktu berkampung di Paloh Inn sehingga di Melaka, menyimpan seribu satu pahit manis kenangan.

Dari riak serius sehingga masing-masing semakin mesra..
menjadikan ukhwah kami bertambah erat.
Tawa dan duka dikongsi bersama..

Saat yang begitu indah..

"Assalamualaikum.. shake hand and say krik krikkk..."

"Jahat-jahat ibu tiri, jahat lagi ibu kota.."

"1,2,3... Tak pernahkah kau sedari akulah yang kau sakiti...
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari..
Ohh Tuhan tolonglah aku..
Hapuskan rasa cintaku..
Aku pun ingin bahagia..
Walau tak bersama dia..."

"Lagu ditujukan khas buat Iqah..

... Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu..
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu..
Karena langkah merapuh, tanpa dirimu..
Ohh karena hati telah letih...

..........................................

.... Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu..
Ohh seperti udara yang ku hela..
Kau selalu ada....
Selalu ada...

...Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang..
Tanpa dirimu aku merasa hilang...
dan sepi... dan sepi...

....................................

"Aduhhh sayang..."


Ungkapan kata yang mengeratkan kami masih terngiang-ngiang di telinga..

Sangat merindui saat-saat kami luangkan bersama..

Kali kedua aku berada di Melaka..
Tetapi ini kali pertama menjengah lokasi-lokasi wajib lawati di Melaka..
Seronok. Gembira. Terharu.

Akhirnya..

dapat lihat kota A Famosa depan mata.
dapat naik river cruise waktu malam pusing-pusing Bandar Hilir..
dapat masuk Muzium Samudera, Muzium TLDM, Muzium Samudera Fasa 2..
dapat shopping kat Mahkota Parade.. (window shopping I guess! haha)
dapat shopping kat Medan Samudera...
dapat pergi Menara Tameng Sari..
dapat makan ikan bakar kat Ikan Bakar Parameswara..
dapat jumpa foreigners dari Sweeden, China, Australia..

Kenangan yang sangat berharga...

Terima kasih kesayangan ku : team Kaizen Enterprise Sdn. Bhd (Bella, Lyn, Safa, Mimi, Elly) ..
Terima kasih guru pembimbing kami, Puan Fatilah dan Puan Siti Jamaliah.
Terima kasih guru pengiring kami, Cikgu Haslen..
Terima kasih PKINK ( Encik Hilmi, Encik Wan Asri, Kak Nor, Encik Wan Azizan)
Terima kasih PKNM ( Dr. Arash and the team)
Terima kasih Daddy Di (pilot kami sewaktu di Melaka)

Terima kasih... Terima kasih.. dan Terima kasih..
kepada semua yang terlibat dan support kami dari semua segi terutama kewangan (sponsor)..

Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan anda semua.


Di sini saya selitkan sedikit sebanyak gambar kenangan di Melaka yang ingin dicoretkan dalam blog ni.
(tak dapat masukkan gambar waktu training di Paloh Inn atas sebab-sebab tertentu)


Rehersal di Auditorium aras 2, MITC, Ayer Keroh, Melaka
(Rabu : 25/9/2013)

Awal pagi sebelum keluar breakfast dan rehearsal.
Bergambar kat homestay, Taman Tasik Utama.
Setibanya di MITC, bergerak ke aras 2 (auditorium) untuk rehearsal.
Sempat bergambar kat eskulator.
Lyn dan Kak Noor.
Smile everyone! :)
Bersama Safa.. 


Hari konvensyen PUM peringkat Nasional di Auditorium aras 2, MITC, Ayer Keroh, Melaka
(Khamis : 26/9/2013)


Banner konvensyen.
Ucapan perasmian oleh YB. Datuk Khasan.
Pembentangan syarikat Kaizen Enteprise Sdn. Bhd.
Introducing, my team..
Ahli Lembaga Pengarah Kaizen Enterprise Sdn. Bhd.
Kiri : Safa, Me, Mimi, Bella, Lyn, Elly.

Tak lupa juga nak say thanks to Kak Syairah.
Dia datang ke Melaka bersama maknya, travel dari Johor.
Singgah di MITC..
Sweet je orangnya.. Kecil molek.
Bakal doktor tu. :)
Satu-satunya gambar kenangan bersama Encik Hafiz.
Ada sesuatu yang menggelikan hati time ni..
Tu yang tersengih kat belakang.
hehehe...

Lawatan menaiki River Cruise menyusuri sungai, Bandar Hilir, Melaka.
[ Khamis : 26/9/2013 (malam) ]

Gambar kenangan bersama Encik Helmi, Kak Noor, Encik Wan Azizan dan Daddy Di ( our pilot)
My team.. 
Muka eksaited dapat naik river cruise.
Kanak-kanak ribena betul. :)
Nice view..
Another nice view..
Hard Rock Cafe yoww!
time kami lalu ni, ada foreigners tengah lepak,
sempat lagi kami lambai kat diorang. Haha. :)
Cantik ! 
Eye On Melaka..
Tak sempat naik pun... huhu
Cantik kan..
lupa dah jambatan apa..
Jambatan Hang Tuah kalau tak silap..
Peace bersama abang yang bawak kami naik cruise tu.
Malu-malu je dia.
Lupa nak tanya nama.
hehe

Pusing-pusing Melaka!
Bandar Hilir - Kota A Famosa, Muzium-muzium, Medan Samudera, 
Menara Taming Sari, Mahkota Parade, Dataran Usahawan
Ikan Bakar Parameswara - tak dapat tangkap gambar sebab kamera habis bateri
(Jumaat : 27/9/2013)

Breakfast di Ikan Bakar Malim, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka.
Outfit Of The Day #OOTD
Top blouse - OTTO
Yellow bag - beli kat Medan Samudera
Kenangan yang sangat manis. :)
Sesi camwhore bersama Lyn. Hehe..

In front of the museum.
Entrance Fee untuk warganegara dapat separuh harga.
Murah weh! rugi tak masuk.
Siapa yang minat Sejarah, memang tak cukup sehari kat sini. 

My team lagi sekali.
Sayang mereka..
Gambar kenangan dalam Muzium Samudera (kapal)
Bersama foreigners dari Sweeden.
Cucu mereka sangat comel.
Sweet 'peace' bersama jelitawansss.. hehe

 Gambar-gambar dari Instagram ( yuyuatiqa) :

Sebelum naik River Cruise..
Depan Kota A Famosa. 
Gambar Kenangan depan Menara Taming Sari.
Bersama foreigners dari China. :)
Gambar dengan gewe ku, Tuah.
Acecey..
Dalam muzium Samudera.
Shopping time di Mahkota Parade.
errr.. lebih kepada Window Shopping rasanya..
haha

Hari Bertolak Pulang ke Kelantan
(Sabtu : 28/9/2013)

Gambar kenangan bersama Encik Erash..
Ehh. Dr. Arash dari PKNM.
He's a nice person. So humble. Really!
It was a great experience met him. 

Posing dengan Kak Noor dalam van masa ondewei balik Kelantan.
Sempat lagi tu.. hehe

Ada video masa pembentangan syarikat sebenarnya. Tapi, segan nak masukkan. Hehe.

 It was a great experience! Sangat best. Seriously... Rindu nak pergi Melaka lagi..
InshaAllah, next time. :)

P/s : Lately suka pakai syria + magic inner neck from Wawie Multishop. Cepat, mudah dan yang penting selesa dan masih menutup aurat. :)
(review pasal inner neck ni dalam next entry, InshaAllah)

Cukuplah dulu entri kali ni.
Thanks for reading!

Wassalam.



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

4 comments:

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^