Monday, October 21, 2013

Jumpa Dentist


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

To be frank, aku ni seorang yang sangat takut untuk jumpa dentist. Serius!
Last aku jumpa dentist masa aku sekolah rendah rasanya. Sekarang, dah nak habis STPM dah.
Lama tu.

Sedangkan..

Kita disarankan untuk menemui dentist sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk buat pemeriksaan gigi.

Nampak tak kat situ betapa trauma dan fobia nya aku dengan dentist.

Nak dijadikan cerita...

masuk hari ni dah 3 hari aku sakit gigi. ada sebatang gigi berlubang. kritikal. Degil punya pasal taknak jumpa dentist sampai betahun-tahun. Teruk bebenor kan? hurmm..

semalam, mok-mok suruh aku pergi jumpa dentist. Dia cakap, lagi dibiar gigi ni sakit, lagi teruk jadinya.
Macam-macam ayat dia kasi aku suruh jumpa dentist.

Last-last..
aku kumpul keberanian untuk jumpa dentist.
redha jelah sebab gigi sakit sangat dah..

So, semalam, aku decide nak jumpa dentist hari ni.

Pergi sekolah pagi tadi, berdenyut-denyut rasa sakit. Ya Allah. rasa macam nak tumbuk orang je. Serius.
Tapi, mok-mok pesan kena senyum walaupun sakit.

Habis sekolah, aku pergi klinik pergigian kat hospital ditemani mok-mok.

Dia usik aku.. Dia cakap :

"nanti dentist cabut kau punya gigi pakai playar".

Bertuah punya kawan.
Dia berjaya pujuk aku yang degil ni jumpa doktor, alih-alih dia pulak yang usik aku.

Nyaris aku nak berlari keluar dari klinik tu ha.

Tiba giliran aku, dentist check aku punya gigi.
Ahh sudah! Gigiku yang berlubang itu perlu dicabut. Adoiiii ! Perkara yang paling aku takutkan..
Masa tu, rasa macam nak nangis. Tapi, berlagak cool sebab dah besar. Malu wehhh kalau nangis depan dentist sebab gigi nak kena cabut.

Then, dentist bius area yang nak kena cabut tu.

Dia suruh aku tunggu kat luar dulu alang-alang tunggu aku rasa kesan ubat bius tu.

Keluar dari bilik dentist, mok-mok tengok muka aku resah.
Aku cakap kat dia :

"Kau laaa nih! Masin betul mulut tu. Kan dah nak kena cabut gigi aku sebatang."

At the same time bergenang airmata sebab takut nak kena cabut gigi. Teruk betul laa. Cengeng tahap dewa, aku nih! Kalah budak kecik.

Mok-mok pujuk aku tak kasi aku nangis.

Aku control taknak bagi nangis.

Wooooo.. pucat weh!

Then, dalam 20 minit camtu, dentist panggil aku masuk balik.

Ahh sudahhh!

Time tu, tawakkal alallah..

Dentist suruh baring.. then, tak sampai 5 minit, dia cabut gigi aku.
Aku still rasa sakit walaupun dia dah kasi bius area nak cabut tu. Then, aku gitau dentist tu, sakit.

Lagi sekali, dia bius. 2 kali bius wehhh... sakit !

Waaaaaaa... nak nangis..

Then, lepas amik ubat dengan nurse, mok-mok hantar aku balik.
Mok-mok serba salah tengok aku nangis dalam keta.

Apa-apa pun, memang aku berterima kasih yang amat kat mok-mok sebab ajak dan temankan aku jumpa dentist. Kalau tak pergi sekarang, lambat-laun aku tetap kena jumpa dentist gak kan? huhu.. positif!

Mok-mok..
Dia kawan baik aku dunia akhirat.

Sekarang (time aku tengah menaip ni), tempat gigi yang dicabut stilll bleeding. Dah lebih 10 ketul kapas dah aku tukar. Sakit masih terasa sampai sekarang.

Yang pasti, lapar sangat.
Tak makan dari tengah hari tadi.

Terliur bila tengok semua makanan.

Ya Allah, beri aku kekuatan untuk hadapi ujianMu yang satu ini.

Kbai.

Wassalam.





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

6 comments:

  1. Salam,, syafakillah ya ukhti =) anyway im a new blogger ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. syukran ukhti.
      all the best. :)

      Delete
  2. biasalah tuh...best apa cabut gigi...hihi..jenjalan bw entry baru http://hunyieda.blogspot.com/2013/10/sedih-bila-kawan-lama-tidak-menegur.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu. best kalau orang yang dah biasa jumpa dentist. :)

      Delete
  3. Replies
    1. boleh tahan sakit.
      bleeding dari pukul 3 petang smalam, sampai pagi ni.
      berdenyut-denyut area kena cabut.

      Delete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^