Saturday, October 19, 2013

Dinner - Senior Year


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt..

Sekadar perkongsian singkat tentang majlis makan malam 'Mekar Setaman' yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2013/2014 untuk meraikan senior-senior sebelum kami menduduki peperiksaan semester akhir pada awal bulan 11 nanti.

Terima kasih daun keladi sebab sudi raikan kami.

Dengan bertemakan 'glamorous', majlis makan malam kami diadakan di Hotel Raudah, Kota Bharu.

Majlis start lebih kurang pukul 8.30 malam.
Untuk aturcara majlis, pada awalnya.. pihak MPP sediakan banyak persembahan..

tetapi....

disebabkan tarikh dinner kami jatuh pada 18 Oktober (semalam) bersamaan dengan tarikh perlawanan bola sepak antara Kelantan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).. Oleh yang demikian, semua persembahan dibatalkan.. dan digantikan dengan tayangan perdana perlawanan bola sepak.

Haha.

Seumur hidup aku pergi dinner.. Ini kali pertama, aku pergi dinner, at the same time tengok bola.

Cuba bayangkan.. Pakai cantik (kononnya), makan kat hotel.. Tup tup bersorak tengok bola pada masa yang sama.. Tak ke wujud satu kelainan di situ??? Haha..

Betul laa orang cakap.. Semangat rakyat Kelantan memang tak dapat dijangka bila berkait dengan bola sepak.. di mana-mana pun, masih berkobar-kobar menyokong pasukan bola sepak Kelantan.

aku yang tak minat bola ni, tetiba dapat meja betul-betul depan skrin pun dapat satu feel, bersemangat menyorak sama ketika menonton. haha. adoii. terus hilang keayuan di situ! heee..

Salute!

Okay, sambung.

Bila rehat separuh masa pertama, aturcara selingan diisi dengan cabutan bertuah. Dengan penuh harapannya aku nak dapatkan salah satu hamper cabutan bertuah tu.. tetapi malangnya.. tak bertuah diriku semalam. sobs sobs.. kesedihannn.. haha. takdalah. gurau.

Masuk separuh masa kedua, sambung tengok balik. Akhirnya, berbaloi laaa jugak bertolak ansur untuk turut sama tengok perlawan bola sepak malam tadi. Alhamdulillah, Kelantan menang 2-1.

Bersorak gembira bebudak dalam dewan.. lagi-lagi budak lelaki.. aku pun terikut sama. Eh! heee

tapi yang paling aku tak boleh lupa.. dan takkan lupa.. yang pasti..

bila aku tengok sir dengan penuh semangatnya bersorak kegembiraan sampai ke atas pentas.
First time kot tengok sir cenggitu. Haha. He made my day last night. Serious! At least ada something yang dapat aku jadikan memori.. Thank you sir! heeee

Lepas habis tonton perlawanan, emcee umumkan King and Queen of the Night..
King of the night jatuh kepada classmate aku, Anuar.. Queen pulak jatuh kepada Anis, student kelas ekonomi. Memang kacak dan cantik kedua-duanya. tapi malangnya, tak sempat nak tangkap gambar dengan diorang. huhu..

Selesai majlis, curi masa untuk amik gambar. then kami bertolak balik.

Overall, okay laaaaa... haha..  Best jugak. :)

Okay dah. Jom usha gambar sikit sebanyak.

Venue : Hotel Raudah, Kota Bharu.

A special thanks to my dearest Kak Cah , pemilik blog LoveIsCinta dan founder of  Hazanis Fashion
sebab sudi temankan adikmu yang banyak songeh ini..
hehe

Love them either!
Thanks Lala and Abe Long..
Will be missing you both.. :)

Banner
Bersama Ju yang sweet. :)

Principal is giving his speech. :)

with makcik emcee merangkap mek gwiyomi, Ain Iwani ! heee. :)

With Erin yang cantik.. :)

Le' girls... :)
Left : Ein, Atun, Me, Anis
gambar a bit blurr...  :(

Bergambar di lobi bersama Fareez.
Reez tak kasi aku berdiri sebab...
faham-faham sendiri lah ye.. hehe

#OOTD
Dress : custommade
shawl : custommade by Fareeza Fesyen

sweet pic with my dearest mok mok, Asyraf..
merangkap my partner of the night sebab baju kebetulan sedondon.
cc : picture from his phone.
suka tengok mok mok senyum.
thanks mok mok..  

Last but not least,
sekalung penghargaan buat staf
Hotel Raudah atas perkhidmatan dan layanan yang diberikan.
Makanan sedap! :)

Thanks to Kak Cah, her sister and also her nephew sebab temankan aku.. sayang mereka.
Thanks to my dearest brotha sebab drive me to Hotel Raudah.
Thanks to exco MPP sebab anjurkan dinner.
Thanks to everyone!

Till then.

Loves!

Wassalam.





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

6 comments:

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^