Friday, October 4, 2013

Cerita Hujan, Pelangi dan Langit


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Lidah kelu untuk berkata.
Mata terpana.

Ohh. Begitu sastera mukaddimah entri.

Nak cerita sikit saja.
Lebih kurang pukul 5 petang tadi. Sedang elok masuk kereta dengan mak dan Zara nak pergi melawat adik aku kat asrama, hujan turun. Lebat. Sangat lebat.

Dan.. cuba bayangkan macam mana aku drive dengan berhemahnya dalam cuaca ribut dan hujan lebat beserta pakej kereta kesayangan mak dan aku tak ber'aircond'. Cermin tutup. Aircond rosak. Okay, tersangat sukar nak nampak jalan. Cermin berkabus. Aku drive dalam 20 km/j rasanya. Woahh. Berhemah tuuuu! Sangat berhemah. Haha

Sampai asrama adik, jumpa dia dalam 15 hingga 20 minit sambil tunggu hujan reda. Then gerak balik. At first, niat nak pergi melawat abah Safa, tapi terpaksa postponed pulak sebab cuaca tak mengizinkan. Hurm. Sedikit kecewa. Takpa. Mesti ada hikmah di sebaliknya.

Sampai rumah, hujan berhenti.
Nampak kat situ. hehe. Allah menguji kesabaran hambaNya.
Alhamdulillah.

Klimaks nya begini.
Tadi, jam 6 lebih, Lin sms aku.
Cakap ada pelangi.
Woahhh. Aku ni memang suka moment-moment indah cenggini.

Terus aku capai tudung, keluar kat belakang dapur tengok langit.
Serius, pelangi dan langit sangat cantik.
Speechless!

Aku masuk rumah balik nak ambil kamera nak tangkap gambar.
Keluar tu, cari pelangi..
Malangnya, pelangi dah hilang.
Tak sempat tangkap gambar.
Lagi sekali kecewa..
Hurmm.

Tapi, aku sempat tangkap gambar langit indah.
Serius, takda filter untuk gambar yang aku tangkap ni.
Aku letak watermark je.

Subhanallah..

Alhamdulillah..

Allahuakbar..

La Ila Ha Ilallah..

Sungguh indah lukisan alam ciptaan Yang Maha Esa.

Cukup entri ringkas.

Kbai.
wassalam.




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

1 comments:

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^