Thursday, September 12, 2013

Work For It.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Seseorang yang saya hormati telah ajar saya sesuatu yang sangat membuka mata dan minda saya. Baru sekejap tadi.

Nak dapatkan sesuatu, tidak sepatutnya dengan meminta-minta. We must work for it.

Bila kita usaha untuk dapatkan sesuatu,
Hadapi apa jua cabaran untuk dapatkan sesuatu,
Sabar dan positif untuk mendapatkan hasilnya,

Once kita dah dapat,
Pastinya kita akan rasa satu kepuasan dan bersyukur dengan kejayaan tu.
Pastinya kita akan hargai hasil usaha kita kan?
Pastinya kita takkan akhirinya dengan cara yang sia-sia bukan??

Semua orang nak berjaya dalam hidup mereka kan?
Cuma, lain orang lain caranya.

Sekarang, pada masa dan saat ini, saya cabar diri saya,
Sebelum dapatkan sesuatu, saya kena usaha untuk beri sesuatu terlebih dahulu.

Saya harap anda faham dengan apa yang saya cuba sampaikan.

Jadi,
Di sini, saya nak promosikan kepada kalian tentang EBOOK Siri Motivasi Pelajar Cemerlang, perkongsian daripada Tuan Haji Mohd Firdaus Mat Saad, seorang hamba Allah yang telah berjaya dalam hidupnya.

Dalam ketiga-tiga buah Ebook ini, beliau kongsikan pengalaman beliau bermula dari seorang pelajar biasa, menjadi insan yang luar biasa.

Masih saya ingat lagi ketika pertama kali bertemu mata dengan beliau..

Saya pernah ceritakan dalam entri INI dan INI .

Sesudah kalian baca kedua-dua entri tersebut, kalian akan faham kenapa saya begitu kagum dengan beliau dan kenapa saya cadangkan kalian untuk beli Ebook beliau. Percayalah.

Untuk tahu lebih detail tentang Ebook ini, boleh lihat di SINI
Saya sangat berharap, akan ada pembaca yang terkesan dengan entri ini dan akan ada pembaca yang berminat untuk membeli Ebook ini.

Jika kalian berminat, sila inform pada saya di comment box, atau pm saya di facebook.

Sokongan daripada kalian amat-amat saya hargai.
Semoga Ebook ini dapat menjadi panduan untuk kalian mencapai matlamat hidup kalian.





YuyuAtiqa:
"Kita usaha dan terus usaha. Moga ada hasilnya. Moga Allah redha."

Terima kasih. Wassalam.




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

3 comments:

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^