Wednesday, August 14, 2013

Ziarah.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Alang-alang time raya ni cuti sedikit panjang, aku ambil kesempatan untuk ziarah insan-insan yang dikasihi.
Alang-alang jugak memenuhi permintaan seseorang di kejauhan. Cehhh..

Kelmarin..
Aku dengan sahabat-sahabat ziarah kaunselor aku. Ayahanda Taifor.
Insan yang dah banyak bimbing aku dengan ilmu psikologi dan kaunseling.
Insan yang dah banyak ubah diri aku daripada takut nak pegang 'copong' a.k.a mikrofon kepada seorang yang 'gila' copong.

Allah sayang ayah. Ayah diuji dengan cancer of oesophagus. Selalu kena berulang alik ke hospital untuk chemo. Moga ayah terus kuat hadapi ujian ini. Rindu nak ayah kembali bersama kami di Unit Bimbingan Kaunseling.


Gembira lihat senyuman ayah..
Kami sayang ayah.


Hari ni, aku ajak Yaya dengan adik Lin ziarah umi Aliff. Alang-alang beraya. hehe.
Umi Aliff peramah. Ni kali kedua aku jejak kaki kat rumah Aliff.
Alhamdulillah, lega hati lihat wajah ceria umi Aliff.
Moga-moga keceriaan dan kebahagiaan sentiasa memayunginya. ameen. :)

Umi Aliff cantik kan? hehe..
Ohh ya. yang posing macho tu, adik Aliff, Irsyad namanya. :)


Lepas ziarah umi Aliff, kami singgah rumah junior aku, Ain Iwani. Mama dengan papanya ajak beraya katanya. Langkah kanan aku keluar rumah hari ni. Mama papa Wani buat mi soto.
Aku respect family Wani.
sebab apa? Sebab first time aku tengok semua anggota keluarga dia, mula dari papa sampai adik-adik dia, semua kerjasama tolong mama masak kat dapur. Harmoni betul. :)

Aku tak dapat nak amik gambar dengan parents Wani dan Wani sendiri sebab keadaan tak mengizinkan. Huhu.

Apa-apa pun, syukur alhamdulillah..
At least, hajat seseorang dah dipenuhi.
Niat aku nak ziarah pun dah terlaksana.
Syukur.

Last but not least, Salam Aidilfitri dari kami.
Left : Yaya, Me, Adik Lin. 


Okaylah.

Nak beristirehat ni.

Jumpa lain kali pulak. Kbai.

Wassalam.




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

3 comments:

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^