Friday, August 2, 2013

Leaving..


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Masa terbang meninggalkan kita umat manusia yang masih terpinga-pinga. Awal ramadhan hari tu, azam untuk memanfaatkan peluang dan ruang yang semaksimanya untuk beribadah. Pejam celik, bulan yang sangat dirindui ni dah hampir nak meninggalkan kita. Aku rasakan masih tak cukup ibadah yang dilakukan sepanjang ramadhan. Begitu cepat detik demi detik berlalu. Allah..


Dah tinggal beberapa hari di penghujung ramadhan ni, aku perhatikan, keterujaan di wajah mereka-mereka yang tak sabar nak menyambut Syawal. Masing-masing sibuk dengan persiapan raya. Shopping baju raya. Buat kuih raya. Bisnes online confirm ramai yang serbu. Sampaikan pihak pos laju pun kena keluarkan notis limit pengeposan parcel. Nampak kan kat situ, hampir semua manusia teruja nak sambut Syawal.

Aku? Hmm. Masa form 1 sampai form 5, masih ada keterujaan nak sambut syawal. Teruja nak beli baju baru, teruja dan teruja. Tapi, tak tahu kenapa.. Tahun ni, keterujaan tu tak sampai 50 peratus pun. Mungkin, terlalu sibuk dengan komitmen belajar. Plus, adik-beradik belum balik. Jadi, rumah belum riuh lagi. Mungkin.

Baju raya tahun ni, tak beli.. Aku dan family pakai baju masa Atin kawin hari tu. Lagipun, baju tu masih baru. Baru sekali pakai. Jadi, apa salahnya kan berjimat. Bersederhana sambut raya.

Rutin wajib setiap Syawal menjelma, tempahan roti jala.
Tempahan roti jala tahun ni pun mak tak ambik banyak. Sebab tinggal aku dengan adik je. Atin dah kawin. Maybe balik rumah suami dia. Berkurang lagi sorang assistant mak. Sebab tu tak ambik banyak. Aku pun tak berapa nak larat.. Berjam-jam berdiri mengirai roti jala tu.. Tipu kalau tak lenguh satu badan.

Tahun berganti tahun, ada pertambahan dan pengurangan.

Maksud aku..

Ramadhan tahun ni, berasa sedikit kekurangan. Aku tak dapat nak rasa bubur lambuk air tangan arwah ayah chik aku lagi dah.. Rindu sangat.. Sebak. Aku redha. Allah sayangkan arwah. Moga arwah ditempatkan bersama golongan beriman. ameen. :'(

Tapi aku tetap bersyukur, Allah tambahkan ahli keluargaku tahun ni.
Kalau tahun lepas, ahli keluargaku bertambah dengan kehadiran abang iparku, tahun ni kehadiran abang ipar lagi seorang, dan anak saudaraku, Zara. Alhamdulillah.

Apa-apa pun, bergerak mengikut arus.

Sebelum aku hentikan entri, aku nak share dengan kalian lagu ramadhan yang sangat meninggalkan kesan dalam hati aku dari Maher Zain. Aku suka versi Melayu. Tapi, aku share both version untuk kalian.



Versi Melayu :





Versi Bahasa Inggeris :




YuyuAtiqa :
Ayuh, kita manfaatkan hari-hari terakhir ramadhan untuk terus mencapai redha Ilahi.
Salam ramadhan. Juga, ayuh bersederhana dalam menyambut Syawal. 
Mohon maaf atas silap salah. 

Wassalam.



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Post a Comment

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^