Tuesday, August 6, 2013

Grow Up and Behave.


Bismillahirramanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Tajuk tak boleh blahh okay! Baik. Ayat mukaddimah menggunakan bahasa slanga.


Muka tak puas hati.


Aku baru balik dari hantar biskut raya sepupu aku. Drive laaa tadi. Masa tengah drive, tetiba terlintas nak update blog. Hilang fokus masa memandu kejap. Astaghfirullah hal azim.

Hati meronta-ronta nak meluahkan kata-kata di hati dan minda. Cehh.. ayat puitis tuh! Abaikan.
Terkadang aku terfikir, aku ni duk menaip meluahkan sesuatu yang biasanya satu perkara yang kecil je..
Tapi, bila fikir 2 kali, aku rasa elok jugak aku tulis macam tu.
Sebab, perkara kecil, bila kita buat tak endah, dia secara tak langsung jadi tabiat kita.
Kalau benda baik, tak apa. Kalau sebaliknya, naya! Yang tu kita kena sama ingatkan.

Faham tak? Setuju?

Okay, macam ni.

Lately, aku grow up menjadi seorang yang sangat observant. serius aku cakap. Dulu, aku tak ambil kisah sangat. Tapi, sekarang memang aku sendiri perasan akan perubahan diri aku tu.
Faktor peningkatan usia, mungkin. haha.

Berbalik kepada perkara kecil yang aku cakap tadi. Benda baik, aku taknak sentuh laa kan.
Yang aku nak cakap ni, benda tak berapa elok, bila tak ada orang tegur, kita jadikan ianya kebiasaan. HABIT !

Ada cerita yang aku nak kongsi sebagai contoh..

Semalam, aku tolong mak katering (makan colek a.k.a moreh) anjuran PEMANCAR (jangan tanya sebab aku pun tak tahu nama penuh PEMANCAR tu apa) event disediakan untuk siswa-siswi yang pulang bercuti.
Siswa-siswi terdiri daripada student-student IPTA, IPTS, kolej swasta, IKBM, pelajar luar negara dan seangkatan dengannya kecuali pelajar tingkatan 6 macam aku. hoho.

Okay, apa yang nak dicerita, situasi yang berlaku masa makan semalam.

Sometimes, aku ni kan selaku pelajar tingkatan 6 agak hilang respect kat segelintir student universiti ni tau.
Maaf cakap laa kan.
Ye laa kan. aku ni bukan malaikat. Terkadang tu, terkeluar lah jugak ayat sarkastik aku nih.

Semalam, aku tercakap, terr nih ekk..

aku tercakap..

"Nama je belajar dekat universiti, cara berfikir tak macam student U pun!"

Kasar kan? Maafkan aku.

Nak tahu sebab apa aku cakap macam tu?

Aku nak tanya kalian.
Tepuk dada tanya diri sendiri.

Student U berebut ehh masa nak ambil makanan?
MashaAllah.... kalah budak sekolah rendah.

Student U tamak ehh bila ambil makanan? Kalau habiskan, takpa. aku tak kisah. 
Ni tidak.. Membazir pulak kat situ. Kesian orang belakang tak dapat makan.

Student U nih tak pandai jalan/gerak sendiri buang sisa/bekas makanan dalam tong sampah eh? Tinggalkan sisa-sisa makanan atas meja macam tu.
sedangkan orang dah sediakan tong sampah dekat dengan diorang.

Dari kaca mata gadis berumur 19 tahun, pelajar paling senior di sekolah menengah, walaupun aku masih pakai uniform sekolah, pergi sekolah, sedangkan rakan-rakan seusia aku dah masuk U, aku nak cakap sini, aku bangga jadi diri sendiri. Berada pada situasi begini, hari ini.

Sebab apa?

sebab, lebih baik aku berada di sekolah, berada dalam persekitaran budak-budak sekolah,
aku dapat behave diri sendiri. Lepas makan kat kantin, aku ajar diri letak bekas makanan dalam bekas besar yang pihak kantin sediakan.

Maaf. Bukan niat membangga diri. Cuma, aku kesal.

Aku langsung tak nampak kematangan dalam cara segelintir student U behave diri diorang.
Serius, aku cakap.

Aku tak cakap semua siswa-siswi universiti macam tu, tapi ada segelintir dari mereka bertingkah laku sedemikian.

Tak best aku tengok.

Sampaikan wujud perbandingan,
"ni pelajar universiti ke, budak sekolah rendah?" Cuba kalian bayangkan.
Sakit hati lah jugak kan kalau dibandingkan macam tu.

As a university student, sepatutnya masing-masing dah matang kan?
Tak perlu nak ditegur pasal benda remeh-temeh. Behave laa..

Malu laa kan kalau budak kecik tengok pelajar U bersikap macam budak-budak.
Macam mana budak-budak kecik nak jadikan role model. Kan?

Main point kat sini,


Yes, it is. BEHAVE !

Start it today!


bersikaplah macam orang berpendidikan.
Jangan bagi orang pandang serong kat kita.
Jangan matang dalam bercintan cintun je...
Biar matang dalam perlakuan harian juga.


Aku mintak maaf kalau entri aku tak menyenangkan student U yang baca.
Aku cakap ni, bukan bermakna aku baik. aku bagus. Tidak.
Aku juga selalu buat silap.

Tapi, tak salah kalau kita sama-sama ingatkan dan baiki diri masing-masing kan?
Aku rasa ini bukan busybody, aku yakin ini lebih kepada prihatin. Peka. Concern.

Harapan aku, jadilah siswa-siswi yang boleh jadi contoh kepada generasi muda yang akan ikut jejak langkah kalian/kita untuk masuk universiti kelak. Bukan dalam aspek pendidikan semata-mata, biarlah juga dalam kehidupan.

Ada kaitan tak, agak-agak?
K, ni gurau. :)


Moga Allah redha.

Sekali lagi, aku mohon maaf kalau kalian tak puas hati dengan statement aku kali ni.
Segala feedback kalian, aku alu-alukan kalian tulis dan ruangan komen bawah entri ni.

Salam hormat.

Wassalam. :)








♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

2 comments:

  1. setuju, sepatutnya mentaliti pelajar 'U' dah lebih matang. sepatutunya pelajar U menjadi contoh kpd org yg lebih bwh.
    'sepatutnya' tapi jadi 'tak sepatutnya'

    ReplyDelete
  2. maaf menggacau eks.. cik Yuyu Atiqa.. PEMANCAR IS PERSATUAN MAHASISWA MACHANG..

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^