Saturday, August 31, 2013

Alhamdulillah, mayat sudah ditemui.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Printscreen dari Utusan Online.
Details : SINI

Allahu..
Kerap kali mendapat khabar kematian.
Kali ni, seorang pelajar tahun 6 sekolah ayahku.

Kelmarin ( 29/8/3013) ayah dapat panggilan dari kakitangan sekolah dia, cakap ada budak sekolah dia lemas kat sungai besar berdekatan sekolah.

Ayah bergegas ke tempat kejadian.

Ayah balik, ayah cakap mangsa belum ditemui.
Ya Allah..

Keesokkan hari (semalam) pihak penyelamat masih melakukan pencarian.
Ayah pun turut sama mencari kat kawasan berdekatan tempat kejadian.
mak cakap,
semua pihak penyelamat (polis, bomba, JPAM, pihak penyelam) bertungkus-lumus mencari.
Mak dan ayah mangsa kelihatan sangat sayu. Aku tumpang simpati.

Hari ni, hampir waktu tengah hari tadi,
ayah call mak, cakap mangsa dah ditemui.
Masa ayah call tu, dia kat hospital, bilik mayat.
Pihak hospital tengah buat bedah siasat.

Alhamdulillah,
walaupun sudah tidak bernyawa, tetapi sekurang-kurangnya keluarga mangsa dapat lihat dan kebumikan jasad arwah.

Allah lebih sayangkan arwah.
Moga Allah berikan kekuatan kepada keluarga mangsa untuk redha dengan ketentuan ini.

Ya Allah..
Ajal arwah sudah tertulis begitu, bagaimana ajalku akan tiba, hanya Engkau yang tahu.
Moga aku sentiasa bersedia.



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

4 comments:

  1. Masa kecik-kecik dulu, mak tak kasi kitorang main air sebab takut kitorang lemas. Sekarang kitorang tak reti berenang. Hurmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah besar boleh slowly belajar berenang.
      but just make sure yang ada orang yang pandai berenang.
      better belajar kat kolam. :)

      Delete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^