Wednesday, July 10, 2013

Kembali.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Ramadhan kembali. Syukur. Aku berpeluang berterawih semalam dan berpuasa pada satu ramadhan hari ni. InshaAllah, kuat. Moga terus kuat untuk istiqamah.

Ramadhan kali ni, sedikit sebak. Ketiadaan ramai insan yang disayangi di sisi.

Rindu arwah nenek sebelah mak.
dulu, masa arwah nenek ada, arwah suka makan roti dhuda (roti tradisi keluargaku) dengan teh susu. Allah. rindu. sungguh. :'(

Rindu arwah ayah chik.
selalunya, bila ramadhan menjelma, arwah mesti buat bubur lambuk. Bubur lambuk arwah sedap. sangat sedap. sekarang, mana-mana bubur lambuk yang aku makan tak sama rasa dengan yang arwah pernah buat dulu. Allah. sungguh aku rindu. :'(

Rindu kakak-kakak dan abang-abangku. 
(Kak Amy, Kak Tin, Abe Ise, Abe Nain)
masing-masing duduk jauh. Rindu keriuhan suara mereka. Rindu mereka arah aku buat itu dan ini. Walaupun kadang-kadang geram, tapi serius aku rindu. :')

Rindu Zara (anak saudara)
rindu si kecik tu. Walaupun sekarang dah dapat kaki, tak duduk diam. Aku rindu telatah dia.
Walaupun selalu skype, tak sama macam dia ada kat depan mata. Rindu nak berperang time nak mandikan dia dan pakaikan dia baju. Kadang-kadang geram, tapi masih rindu.

Rindu insan-insan yang pernah dan sentiasa ada ruang untuk menghuni hati yang kecil ni. Allah.. Ramadhan kali ni agak sayu secara peribadi buat diriku. Tapi, aku yakin. Ada hikmahnya pasti. Redha. Terus senyum. Aku boleh! :)

Salam ramadhan buat semua yang mengenali diri ini.
Aku mohon maaf kalau-kalau ada sesiapa yang terasa/sakit hati dengan aku.
Serius, aku minta maaf.
Aku manusia biasa.
Kekadang tu tak sedar kalau buat dosa.
Yang aku mampu, taubat dan terus mintak maaf sesama manusia.


Salam ramadhan! :)


Niat puasa dan doa berbuka untuk kamu semua yang disayang! :)



Kbai. :)

Loves,
YuyuAtiqa




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Post a Comment

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^