Sunday, July 7, 2013

Jangan Degil.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Tiba-tiba rasa nak update blog walaupun kering idea untuk menaip. Hanya mampu menaip ikut apa yang terlintas di minda. Fuhh... Berminggu-minggu dilanda kesibukan hampir mencecah tahap melampau. Penat. Sangat penat. Tapi tak apa. Peroleh banyak pengalaman yang mampu mematangkan diri.

Back to the topic. Jangan degil.

Macam yang aku tengok balik dalam hidup, aku ni agak degil orangnya. Serius, aku cakap. Degil dalam banyak perkara. Degil waktu sakit tak nak makan ubat. Degil nak stay up late semata-mata nak tengok running man. Degil malas siapkan homework, esaimen, nota. Degil mengadap laptop. Haa. degil jugak tu. Pokoknya DEGIL.

Degil dari segi tu, okay lagi rasanya. Sebab ia melibatkan diri sendiri. Kan?

Yang susahnya.. Degil dan kedegilan itu melibatkan orang lain. Serius, bengang.





Jangan tunjuk degil bila orang selalu mendoakan kita untuk berbuat kebaikan.
Jangan tunjuk degil bila orang betul-betul mengharapkan yang terbaik untuk kita.
Jangan tunjuk degil bila orang dah berkorban untuk kita.

sebab.. takut nanti bila orang dah FED-UP nak peduli pasal kita, kan naya tu!
Jadi, sila jangan DEGIL.

Kbai.

YuyuAtiqa :
"Kalau nak kasih manusia, gapai kasih Allah dulu. Bila Allah dah kasih, Dia sendiri yang akan hadirkan kasih manusia untuk kita. Berubahlah keranaNya. InshaAllah, Dia pasti redha. Dengan izinNya, ketenangan pasti milik kita."






♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

2 comments:

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^