Monday, May 6, 2013

Kenyang.



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.



Gambar takda motif! Heee..
cc :WeHeartIt


Alhamdulillah. 'Demam' PRU13 dah surut. Saya taknak ulas pasal PRU sebab still bawah umur. Haha. Nak update pasal hari ni. Interesting. Dari semalam ramai classmates saya yang confused sama ada hari ni hari persekolahan ke tak. Mereka tak henti-henti mesej dan call saya tanya soalan yang sama sampailah pagi ni. Fuhh.. PRU punya fenomena.. heeee..

Hakikatnya, hari ni hari persekolahan seperti biasa. Punyalah eksaited bangun pagi tadi nak pergi sekolah sebab hari ni still ada test. Fuhh. Cuak tetap ada okay! Huhu... Tup tup, datang sekolah.. Sunyi.. Masuk kelas, lebih separuh yang tak datang. Disebabkan majoriti students pre-U tak datang, test pun ditunda. Makk aihh. Saya dan beberapa orang classmates yang datang pun stay kat library. Lama stay untuk study kat library, perut rasa lapar. Nak pergi rehat kat kantin, tup tup, kantin tutup! alamak.. serius sakit hati. Mana taknya, lapar kot! huh!

Disebabkan saya dan classmates ni students yang ada prinsip, jadi kami minta izin cikgu untuk keluar dari kawasan sekolah untuk makan. Just untuk pergi makan kat dalam pasar, isi perut yang lapar. Then, kami balik semula ke sekolah. Kami students yang ada PRINSIP tahu! heeee... Tak dikira ponteng tu tau! Sebab keluar atas izin dan bersebab! heee.. Okay laaa tu kan?? Heee..

Habis sekolah, serikandi saya datang!!! Seronok sangat.. Dah lama tak jumpa mereka. Hari ni dapat jumpa sebab semua dah balik.. Yeayy.. Heee.. Habis sekolah, kami keluar makan. Then, decide hantar Adilah (one of my serikandi) balik rumah dia kat Labok. Mama Dilah hidangkan makanan.. Perghh. Makan lagi! Lepas hantar Dilah, kami gerak ke rumah Alif. Niat nak melawat umi Alif yang baru lepas operation. Lagi sekali, papa Alif beli roti canai hidangkan untuk kami. Perghhh! Makan lagi. Memang murah rezeki bebenor kami hari ni.. Alhamdulillah, syukur nikmat Allah.. Heeee... Plus, seronok berbual dengan umi Alif, sangat peramah! Serius.. :)

Lepas ziarah umi Alif, Fawwaz hantar saya balik. Sampai rumah, segarkan diri. Melayan pulak si Zara. Mandikan dia. Main kejap dengan dia. Then, mak ajak makan steambot pulak. Fuhh! Kenyang perut. Serius.. Alhamdulillah.. Syukur..

Sekarang, tengah update blog dalam keadaan kekenyangan. Alhamdulillah. Lepas ni, kena study. Esok test! Final exam lagi 13 hari. Doakan saya, sahabat! Cukuplah dulu entri kali ni. See you in the next entry. Wassalam.


Salam hormat,
YuyuAtiqa



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

1 comments:

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^