Tuesday, April 16, 2013

Sekelip Mata.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


cc:WeHeartIt


Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Pejam celik pejam celik. Sekejap saja masa berlalu tinggalkan diriku yang masih terkapai-kapai.
Terasa seperti baru semalam diri ini menjengah ke tahun baru. Hari ni, dah masuk April.. Sudah empat bulan berlalu. Allah. Sekejapnya rasa. Tak lama lagi dah nak habis semester dua. Cepatnya. Allah.. benar-benar terasa  segalanya berlaku begitu pantas.

Begitu juga dengan perkara yang hadir dalam hidup. Banyak. Banyak perkara yang muncul. Tanpa sedar atau mungkin juga dalam sedar. Ada perkara yang berlaku seperti yang dirancang. Ada juga perkara yang berlaku sesuatu di luar sangkaan. Hidup. Unik. Aneh. Tak terluah dek kata-kata.

Berubah. Perubahan demi perubahan berlaku dalam hidup. InsyaAllah, ke arah baik. Sebelum ini, sering tak yakin dengan apa yang dilakukan. Tapi sekarang, dari hari ke hari, keyakinan dan kesungguhan untuk selesaikan setiap tugasan dengan segera sentiasa muncul. Muncul dan terus muncul. Walau penat. Walau perit. Namun tetap diteruskan. Dihabiskan. Kerana keyakinan yang teguh pada perancanganNya. Alhamdulillah. Moga ku terus istiqamah.

Dalam waktu yang sekelip mata ini juga, hati diuji. Terus diuji. Allah. Perasaan bercampur baur. Pemergian insan-insan yang dikasihi. Mengejutkan. Agak menjejaskan emosi. Manakala kehadiran insan-insan yang tidak disangka dalam hidup ini memberikan rasa yang berbeza. Perasaan yang tak pernah dirasai sebelum ini. Gembira. Terharu. Keliru. Tekejut. Semuanya bercampur baur. Segalanya berlaku secara mendadak. Tiba-tiba. Sehinggakan membuatkan diri ini terdiam tanpa tindak balas buat beberapa ketika. Terkadang menyoal diri sendiri. Adakah benar apa yang berlaku dalam hidup? Tertanya-tanya benarkah ianya realiti. Realiti hidup yang sedang kuhadapi.

Tak kira apa yang terjadi. Asalkan berpegang pada satu. Allah Yang Maha Tahu Segalanya.

Kepada Dia aku bergantung.
Kepada Dia aku meminta.
Kepada Dia aku berserah.
Kepada Dia aku mengharap.
Segalanya hanya padaNya.


Terima kasih buat insan yang menghargaiku.
Terima kasih buat insan yang menyayangiku.
Terima kasih buat insan yang mengajarku erti kehidupan.
Terima kasih buat insan yang tak jemu menasihatiku.
Terima kasih buat insan yang tak jemu membimbingku ke jalanNya.
Terima kasih buat insan yang memberiku sinar harapan yang baru.

Aku manusia lemah. Hanya mampu berusaha untuk terus kuat.

Moga Allah redha.

Wassalam.







♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Post a Comment

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^