Thursday, March 21, 2013

Biarkanlah Ia Gugur.






Wahai hati..
Terus kuat walau seperit mana pun ujian yang menimpa dirimu.
Yakinkan dirimu,
Allah itu Maha Tahu.

Wahai hati..
Teruslah bangkit lawan sakitmu.
Tingkatkan imanmu.
Kukuhkan paksi agamamu yang satu,
Islam. 
dan percaya dan akuilah..
ALLAH itu Tuhanmu satu-satunya.
MUHAMMAD itu rasulmu.

Wahai hati..
Tenanglah..
Sabarlah..
Senyumlah..
Hitunglah hari-hari yang mendatang dengan kebahagiaan.
Sebarkanlah kasih sayang pada yang lain.
Lakukan sekadar yang kau mampu.

Wahai hati..
Ikhlaskan dirimu.
Hanya bermatlamatkan Dia yang SATU. 

Ash ha du alla ila ha illallah..
Wa ash ha du anna muhammad Rasululllah..

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.



"Tiada seorang muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerana Allah akan menghapuskan keburukan sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya."

-Hadis Rasulullah s.a.w daripada Imam Bukhari-




"Ya Allah..
Tuhan sekalian manusia, penghilang segala kesusahan. Sembuhkanlah.. 
kerana sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Penyembuh.
Tiada sesiapa yang dapat menyembuhkan kesakitan yang ku alami melainkanMu.
Engkau sahaja yang dapat mengubati dan menghilangkannya. amin.."






♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

1 comments:

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^