Friday, March 1, 2013

Appreciation, Appreciate and Appreciated.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


appreciation, appreciate and appreciated. 


Apa yang kamu faham dengan ketiga-tiga perkataan di atas? Penghargaan, menghargai dan dihargai. Saya rasa tergerak hati dan tangan nak mencoretkan sesuatu tentangnya. Dalam hidup ni kan, kalau kita imbas kembali, dah banyak saat-saat yang sepatutnya kita hargai tetapi kita sia-siakannya begitu saja.

Sekarang, bila situasi yang sama terpaksa kita depani, mulalah kita nak menuding jari kepada orang lain. Astagfirullahalazim. Pertama, tanya diri kita. Selama ini pernah tak kita hargai orang yang ada di sisi kita? Tak kisah lah siapapun mereka. Keluarga, kawan atau kenalan sekalipun.

Saya masih ingat sms yang dihantar oleh salah seorang cikgu saya 2 tahun lalu,

"Awak dah cukup semua benda cuma satu saja yang kurang. Penghargaan kepada individu sekeliling. Cikgu yakin, awak pasti boleh mengubah sikap tersebut. Cikgu doakan awak. "

Bila teringat kembali sms tersebut, airmata saya pasti mengalir. Kalau tidak kerana pesanan tersebut, pasti saya masih berada di takuk lama. Setelah 2 tahun berlalu, saya rasa semakin yakin untuk berubah dan terus berubah ke arah yang lebih baik. Lebih-lebih lagi dari segi penghargaan kepada individu sekeliling.

Mungkin, selama ini saya tidak sedar bahawa telah banyak hati yang saya lukakan disebabkan perkara ini. Dengan nasihat tersebut, saya bangkit kembali untuk baiki kesilapan dan kelemahan diri saya selama ni. Ramai manusia yang bercakap soal hukum karma.

Ya, hukum karma. What you give, you get back. 

Setelah melalui bagaimana rasanya tidak dihargai, barulah tekad semakin kuat ingin menginsafi diri. Mungkin apa yang sedang saya lalui, malah mungkin juga apa yang bakal saya lalui kelak ialah pembalasan kecil daripada apa yang telah saya lakukan pada masa lalu. Astaghfirullahalzim.

Apa yang saya boleh nukilkan di sini,

percayalah.. Apa yang sedang awak lalui sekarang mungkin adalah pengajaran daripada Allah s.w.t atas apa yang telah awak lakukan sebelum ini. Jangan lupa, setiap perkara yang kita terpaksa hadapi boleh jadi bermula daripada kesilapan kita sendiri walaupun ia melibatkan orang lain.

What can we do???

"Learn from mistakes"

I speak bout it coz I've been through it. Keep on reflect ourselves. Learn from mistakes. Fix it before it's too late. It is okay to be sad as you teach yourself to be the one who appreciate everything in your life. Do not easilly give up hope. Ask Him to help you. Allah will not turn you down. Trust me. 

Readers,

"We lost a friend, they can be replaced. Yet, if we lost our family, people who're closest to us, no one is able to replace them. Believe it. Think bout it."



cc:WeHeartIt

Thanks for reading this entry. 


Loves,
YuyuAtiqa




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Post a Comment

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^