Saturday, February 2, 2013

Mengalah Tak Bererti Kalah..



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Mengalah. Perkataan yang selalu muncul apabila berada dalam situasi yang memerlukan kita beralah dengan seseorang. Saya yakin dan pasti, ramai yang pernah dan sedang melalui situasi macam ni. Malah mungkin setiap manusia akan melaluinya.

Mengalah tak bererti kita kalah. Contohnya, bila kita buat keputusan untuk mengalah bagi menenangkan sesuatu keadaan. Cuba bayangkan, kalau kita juga turut sama berdegil untuk tidak mengalah, kacau-bilau keadaan dibuatnya! Situasi yang tegang dapat diselamatkan bila adanya seseorang yang boleh beralah.

Kan bagus begitu? Plus, kita sendiri pun boleh meningkatkan kesabaran yang ada dalam diri kita ni. Allah pun suka pada hambaNya yang sentiasa tenang dalam membuat sesuatu tindakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Pokoknya, banyak kebaikan yang boleh kita dapat bila kita beralah ni. Hati kita pun puas sebab dapat mengalahkan hasutan iblis laknatullah. Pemikiran kita pun boleh jadi semakin matang sebab tidak terikut-ikut dengan amarah yang disukai syaitan.

Jadi, bersyukurlah jika kita tergolong dalam golongan yang sentiasa boleh beralah. Tapi ingat, mengalah biar bertempat dan bersesuaian dengan keadaan ya.

Cc to : WeHeartIt


Beralah, bukan mengaku kalah. :)

Moga Allah permudahkan segala urusan kita. amin.

Salam sayang,
Yuyu Atiqa



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

3 comments:

  1. salam , mengalah tak semestinya kalah , tp tu menunjukkan yg kita ni matang dalam menangani sesuatu perkara..:)

    ReplyDelete
  2. Betul...mengalah bukan bereti kita gagal tapi memberi ruang untuk perbaiki diri kita kearah positif.

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^