Wednesday, February 27, 2013

Jangan Biar Ego Kuasai Diri


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Syukur pada Allah, petang ni saya dapat ruang untuk update blog. Jujur, sangat rindu untuk mencoretkan sesuatu di sini. Apa boleh buat, terlalu banyak kekangan yang menghalang saya untuk terus adakan entri baru. Alhamdulillah, hari ini dapat peluang. Syukur.

cc:WeHeartIt


Jangan Biar Ego Kuasai Diri. Indeed. Ego. Tiga huruf yang membentuk satu perkataan. Ejaan dan sebutannya mudah tapi harus diingat perkataan tersebut tersimpan makna yang besar. Ego, satu perasaan yang sangat saya takuti. Takut ia akan menguasai diri. Sedar atau tidak, setiap manusia ada keegoan masing-masing. Terpulang pada diri sendiri untuk tunduk pada ego mereka atau sebaliknya.

Saya teringat satu quote yang simple, tapi bawa makna yang mendalam.

"Always remember, too much EGO will kill your talent".

Saya setuju dengan quote tu. Let say sesuatu yang boleh kita kaitkan dengan kehidupan seharian kita. Contohnya dalam sebuah persahabatan. Pastinya berlaku ketidaksefahaman. Ianya datang tanpa kita undang.Walau sekuat mana pun kita menghalang, ia pasti mara untuk goyahkan hubungan tersebut.

Apa yang kita buat bila perkara sebegitu berlaku? Nah. Masing-masing akan menaikkan ego masing-masing.  Ya Allah... mulalah berlaku ketegangan di sana sini. Maka syaitan pun bergelak ketawa kerana dapat memporakperandakan ukhwah yang selama ini kukuh dijaga.

Tatkala syaitan sedang berpesta ria, kita bersendirian mengalirkan airmata kerana tewas dengan hasutannya. Ya Allah.. goyahnya iman. goyahnya silaturahim yang selama ini dikatakan berpaksi kerana Allah.. Astaghfirullahalazim.. Betapa malunya kita pada Allah kerana tak mampu melawan ego dalam diri...

Bila muhasabah kembali diri yang serba kurang ini, terlintas sejenak di minda saya, kenapa begitu mudah aku tewas? Kenapa begitu mudah aku bersedih? Kenapa tidak aku gagahkan diri untuk memperbaiki segalanya.. Allah beri ujian yang sedikit pada kita.. Itu cara Dia menunjukkan kasih sayangNya pada kita. Tapi kenapa kita tak cuba sayangkan diri sendiri?? Ya rabbi..

Saya ingat pesan umi,

Dalam apa jua perkara yang berlaku, carilah jalan yang terbaik untuk selesaikannya. Jangan ikutkan amarah dalam hati. Jangan tunduk pada Ego yang selalu ingin menguasai diri. Guna akal yang Allah beri sebaik-baiknya. Rendahkan ego untuk selamatkan persahabatan. Andai cara itu tidak berhasil, pasti ada jalan lain. Jangan bersedih. Sekurang-kurangnya kita cuba untuk kembalikan keadaan seperti sedia kala. Redha dan ikhlas dengan ujianNya. Yakin dalam hati, Allah pasti bantu kita keluar dari masalah yang membelenggu fikiran.


Allahu rabbi.. Satu persatu musibah menimpa. Moga diberi kekuatan oleh Yang Maha Esa. Ingat, Allah duga sebab Allah sayang kita.


cc:WeHeartIt


Wassalam.


Salam sayang,
YuyuAtiqa




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

1 comments:

  1. enjoyed reading it. I need to read more on this topic...I admiring time and effort you put in your blog.
    too much ego will kill your talent

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^