Thursday, January 3, 2013

Ten Intentions. Apakah?


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


cc:WeHeartIt

Nampak gambar kat atas? Dah masuk tahun 2013 dah kita. Ni kira entri pertama Yuyu Atiqa dalam tahun baru ni. Sebenarnya, kita dah lama masuk tahun baru kalau ikutkan kalendar Islam. Tapi, apa-apa pun, Selamat Tahun Baru saya ucapkan kepada semua pembaca blog Yuyu Atiqa (kalau ada). hehe.

Back to the topic.

Bila berganjak saja ke tahun baru, pastinya majoriti manusia di muka bumi ni akan bercakap pasal AZAM TAHUN BARU. Haha. Kan? Konpem, masing-masing seronok bercakap pasal azam masing-masing. Bagi saya, bila-bila masa pun boleh berazam sebenarnya. Tak perlu nak tunggu tahun baru. Mungkin, ramai yang buat begitu sebab memang dah jadi satu budaya ataupun fenomena setiap tahun. Kalau tak disebut azam tahun baru, mungkin dirasakan pelik. Emm. Terpulang kepada persepsi masing-masing.

Haha. Apa-apa pun, saya pun ada jugak azam yang nak cuba dicapai dan dilaksanakan.

Pertama.
- Nak mati dalam iman. ( azam sejak dulu lagi ).

Kedua.
- Nak tingkatkan kesabaran bila berdepan dengan sesuatu yang menguji diri saya.

Ketiga.
- Cuba ajar diri untuk tidak menangguh kerja dan sesuatu tugasan tertentu.

Keempat.
- Lebih beranikan diri katakan TIDAK demi kebaikan diri dan orang lain.

Kelima.
- Ajar diri untuk senyum walaupun dalam mood yang tak baik.

Keenam.
- Cuba untuk atasi stress dengan lebih tenang dan bijak.

Ketujuh.
- Jadi kawan yang lebih prihatin dan peka.

Kelapan.
- Gunakan kata ganti diri 'saya' dalam setiap entri di blog.
 ( tahun lepas guna 'aku'. Tahun ni, untuk lebih sopan, decide untuk guna 'saya'. )

Kesembilan.
- Nak berjimat dan istiqamah menabung.

Kesepuluh.
- Fokus semampu yang boleh dalam kuliah,kelas tutorial,kerja kumpulan,pembentangan pasangan/individu.


Keinginan yang nak dicapai perlu seiring dengan usaha dan doa. Moga dapat capai semua yang diimpikan. Amin. Cukup cakap pasal intention. Sekarang, nak mengadap sejarah Islam pulak. Nak kumpul maklumat untuk buat pembentangan tentang salasilah Rasulullah S.A.W minggu depan.

Berhenti sini dulu. InshaAllah, mungkin dalam lain-lain entri akan muncul entri bervideo dari Yuyu Atiqa. haha. Who knows kan? hehe. InshaAllah.

Wassalam.

Loves,
me.



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

9 comments:

  1. tak sabar nak tunggu part video tu. hehe. :P

    Selamat tahun baru yuyu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. sabar..
      coming soon..

      selamat tahun baru, kak sayang. :)

      Delete
  2. semoga azam tercapai... :)

    meh jenguk blog kita..:)

    ReplyDelete
  3. http://hawaahmady92.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. moga tertunai azam Yuyu deh!
    amin!

    goodluck untuk pembentangan nanti yuyu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..
      tima kasih abe wea.
      good luck jugok! :)

      Delete
  5. Selamat tahun baru cik yuyu :) hee salam perkenalan~
    wah azam ke arah yg lebih baik.. chaiyok3x.. Moga Allah permudahkn sgalanya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru..

      amin..

      terima kasih.. :)

      Delete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^