Saturday, December 29, 2012

Kami Ceria Bila Bersama..


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Semalam texting dengan umi. Umi ajak datang sekolah. Sebab rindu umi, aku pun decide untuk pergi. Umi cakap tak payah pergi pagi-pagi sangat pun tak apa. Dalam pukul 10 pun boleh. So, lepas buat itu dan ini, aku turun dari rumah lebih kurang pukul 10.45 pagi. Haha. Tu diaa.

Sampai sekolah, aku terus ke bilik kaunseling. Tempat yang sangat aku rindu. Haha. Masuk je, nampak adik-adik junior prs. Tanya diorang, umi pergi mana. Diorang cakap umi ada kat dewan. Aku pun turun lah balik ke dewan. Aikk. Tak ada sorang pun kat dewan. Call umi, umi cakap umi ada kat here and there. Umi suruh aku tunggu kat bilik kaunseling je. Nanti umi naik. Aku pun naiklah semula kat bilik kaunseling. Huhu..

Tunggu punya tunggu, seorang masuk, aku nampak Aliff. Lagi seorang masuk, aku nampak Anis. Seorang lagi masuk, aku nampak Fawwaz. Aihh.. Ni mana umi ni... Last-last, muncul jugak umi dengan bonda. Haha. Aku dengan excited ke arah umi, salam, cium tangan, cium pipi, peluk umi bagai.. Cehh. macam lah bertahun-tahun tak jumpa.. Haha. Sooooo emotional..

Tengok jam, lebih kurang pukul 2.00 petang. Alamak! Dah terlewat lunch laa.. After umi solat zohor, kami ke medan selera untuk lunch. Wait a minute! Kami?? Siapa? Haha.. Aku, umi, bonda dan Abby. Aku order nasi goreng patayya atas pendapat dan saranan umi dan salah satu minuman kegemaran aku, bandung laici. Alhamdulillah, kenyang perut...

Haha.. Bila bersama dengan insan-insan yang selalu buat kita ceria bila di sisi mereka, masa yang lama pun dirasakan singkat. Ya rabbi.. Aku syukur kerana dikurniakan mereka di sekelilingku. Terima kasih Tuhan.


Muka eksaited yang amat sebab kekenyangan sudah! haha

Nasi goreng patayya.. 

Ohhh my feveret bandung laici...

My umi sayang....

Abby dan bonda.. 


Me love them ! Hargai insan di sekeliling kita. Tika mereka mengukirkan senyuman di wajah kita, kita pula perlu mewujudkan kasih sayang yang membahagiakan di hati mereka..

"Kami ceria bila bersama......"


Jazakallahukhairan..

Wassalam.


♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, December 25, 2012

Mencari Kemudahan dan Berbuat Kebodohan. Jauh Berbeza!


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Dalam hidup kita ni, kalau boleh mesti kita nak dapatkan sesuatu dengan cara yang mudah kan? Seperti yang kita sendiri dapat lihat, ramai hamba Allah yang inginkan sesuatu yang baik dalam hidupnya tetapi malas untuk melalui jalan-jalan yang boleh membawa mereka untuk mencapai tujuan yang diingini. Kemalasan itulah sebenarnya yang menjadikan sesuatu perkara yang mudah itu bertukar menjadi susah. Berpunca daripada siapa? Sikap manusia itu sendiri.


cc : WeHeartIt


Waktu aku di Kolumpo hari tu, aku sempat beli sebuah buku tarbiah rohani, tajuknya "Mudahkan Jangan Susahkan" ditulis oleh Syed Alwi Alatas. Ada sebuah kisah dalam buku tersebut yang aku nak kongsikan di sini. Kisah ini berkaitan dengan tajuk entri aku kali ni. Kisah tentang seorang lelaki bernama Nasruddin Hoja. Mungkin kalian sudah pernah mendengar kisah-kisahnya. Banyak pengajaran dan teladan yang boleh kita ambil.


     Pada suatu hari Nasruddin Hoja kelihatan sibuk mencari-cari sesuatu di atas permukaan tanah di luar sebuah bangunan. Lama dia mencari, tetapi tidak jua menemui apa yang dicarinya itu.

     Lantas ada seorang hamba Allah yang lalu di situ simpati melihatkan Nasruddin tercari-cari akan sesuatu seorang diri. Maka, hamba Allah tersebut berhajat untuk membantu Nasruddin melakukan pencarian.

     "Wahai Nasruddin, apa yang sedang kamu cari?" tanya lelaki tersebut. 

     "Ohh. Saya sedang mencari cincin saya yang telah tercicir. " jawab Nasruddin sambil terus mencari cincinnya di atas tanah itu.

     "Baiklah, biar saya bantu kamu mencarinya," kata lelaki budiman tersebut.

     Maka, kedua-duanya pun mencari cincin tersebut dengan bersungguh-sungguh. Namun begitu, setelah sekian lama mencari, tapi tetap tidak berjaya ditemui. Lalu, lelaki tersebut sekali lagi bertanya kepada Nasruddin.

     "Wahai Nasruddin, di kawasan manakah sebenarnya tempat cincin kamu itu jatuh dan tercicir?"

     "Sebenarnya, cincin saya tercicir di dalam bangunan itu." jawab Nasruddin Hoja sambil menunjuk ke arah bangunan di sebelah tanah lapang tersebut.

     Lelaki yang membantunya itu terkejut mendengarkan jawapan Nasruddin Hoja lantas bertanya, "Kalau cincin itu tercicir di dalam sana, mengapa kamu mencarinya di luar sini?"

     Nasruddin memandang lelaki tersebut dengan reaksi wajah yang serius lalu berkata, "sebab lebih mudah mencarinya di luar sini. Ianya terang kerana disinari cahaya matahari. Di dalam sana gelap dan kelam, saya tidak boleh melihat apa-apa."

    Lelaki tersebut tergamam.. "????!!!???"

- dipetik dari 
"Mudahkan Jangan Susahkan"
ditulis oleh Syed Alwi Alatas 


Apa yang readers dapat setelah membaca kisah di atas? Pastinya kita rasa geram terhadap kedunguan Nasruddin Hoja kan? Dia ingin melakukan sesuatu yang mudah, tetapi sebenarnya tindakannya itu adalah sesuatu yang sangat bodoh. Mana mungkin dia akan mendapatkan apa yang diinginkan dengan cara yang begitu.


cc : WeHeartIt


Begitu juga dengan kita. Sekiranya kita ingin meraih sesuatu, maka kita perlu menempuhi laluan yang betul kerana itu adalah jalan yang sesuai walaupun mungkin kita akan menghadapi sedikit kesukaran dan cabaran sebelum berjaya mendapatkannya.

Tidak salah untuk mencari kemudahan, malah ianya sesuatu yang sangat digalakkan. Tetapi, carilah pada tempat yang betul kerana pastinya, apa yang dicari akan menjadi lebih mudah untuk ditemui.

Okaylah. Aku harap kalian akan dapat sedikit sebanyak manfaat daripada entri perkongsian kali ini. Sebelum aku mengakhiri entri kali ni, JOM kita renung-renung kata-kata hikmah di bawah.


"Jika kemudahan tidak dicari pada tempatnya, maka kesusahan dan kepayahanlah yang akan diperolehi."

- Syed Alwi Alatas -


Cukup sampai di sini dahulu. InsyaAllah, kita jumpa lagi dalam entri akan datang.

Jazakallahukhairan.

Wassalam.







♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, December 18, 2012

Berdiri Berteman Awan dan Bangunan Pencakar Langit..



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Dah 6 hari aku tak update entri baru. Agak-agak ada tak readers yang tertunggu-tunggu nak baca entri aku? Ermm.. tak kisahlah.. Alhamdulillah, dah 5 hari aku ada kat Kolumpo (Kuala Lumpur). Hari ni, masih ada kat rumah mak su aku di Kyoto Garden Condo, Bukit Antarabangsa. Rumah mak su aku kat tingkat yang paling atas. Sebab tu lah aku buat tajuk entri ni, "Berdiri Berteman Awan dan Bangunan Pencakar Langit."

Kalau kalian perasan, beberapa entri aku kebelakangan ni semuanya tentang diri aku. Kehidupan aku. Kalau readers yang selalu 'usha' (tengok) blog aku sebab suka baca entri perkongsian ilmu mesti bosan dan malas nak masuk blog aku sebab aku duk post entri pasal diri aku je. Kan?? Aku minta maaf banyak-banyak ya.. Bukan apa, aku ni malas nak tulis dalam diari. Kalau kat depan laptop, rajin lah sikit nak menaip alang-alang mengonline kan diri melayan twitter, facebook dan article-article kat internet. InsyaAllah, lain entri aku akan cuba tulis entri perkongsian tentang perkara yang boleh buka minda sikit. InsyaAllah.. mudah-mudahan ada idea nanti.. Kalian sabar ya..

Ohh ya! Aku ingat nak kongsi pengalaman aku masa dalam perjalanan aku datang ke Kolumpo ni. Dalam entri lepas Appointment Ohh Appointment... aku ada cakap yang aku datang Kolumpo tumpang kereta sepupu aku dengan husband dia kan? Haa.. At first, aku dimaklumkan yang sepupu aku akan datang ambil aku kat rumah lepas zohor lebih kurang dalam pukul 3 petang macam tu. So, aku ready laa. Bila tunggu punya tunggu, dah nak pukul 4 petang dah, sepupu aku belum datang lagi.. Aku pun try text dia tanya dah on the way ke rumah aku ke belum.. Then, sepupu aku reply yang husband dia belum balik kerja lagi.. Dia cakap, bila dah gerak nanti, dia text aku.. Tup.. tup... azan asar berkumandang. Aku pun ambik wuduk then solat asar.. Lepas asar, sepupu aku text cakap dalam perjalanan nak ambil aku. Sampai rumah aku, sepupu aku dan husband dia berbual kejap dengan parents aku then kami gerak ke Kolumpo.. Haha.. Plan lepas zohor, tengok-tengok lepas asar jugak dapat jalan. Haha. Ada sebab laa tu kan? Positif. :D

Kami stop kat R&R Gua Musang untuk solat Maghrib dijamak qasar terus dengan isyak. Maklum laa, musafir laa katakan.. Tak ramai macam selalu kat R&R Gua Musang time tu. Kat surau agak penuh sebab orang berhenti solat. Tapi, kat food court tak ramai sangat. Lepas solat dan beli makanan dan minuman sikit untuk makan dalam kereta, kami sambung perjalanan. Dah sampai pada moment yang aku nak ceritakan ni.... Dalam pukul 11 malam lebih, kami lalu kat Bukit 7 which is salah satu lokasi yang agak tidak sesuai untuk dilalui pada waktu malam. Sebab kat situ jalan berbukit, dan kiri-kanan tu hutan dan gaung. Baru je kereta mula mendaki, tiba-tiba aku,sepupu aku dan husband dia hidu sesuatu yang hangit. At the same time, bonet depan kereta berasap. Betul-betul masa kami berada kat atas bukit 7 tu. So, husband sepupu aku hentikan kereta kat tepi jalan sambil buka lampu emergency.




Hanya Allah je yang tahu perasaan aku time tu.. Agak cuak. Siapa yang tak cuak kalau kereta tiba-tiba buat hal kat kawasan bukit pada waktu yang hampir tengah malam dah.. Kereta dan lori pun jarang lalu waktu tu.. Kebetulan ada sebuah kereta kat depan kami pun hentikan kereta diorang jugak sebab alami masalah yang sama. Kereta diorang ada masalah jugak. Serius, aku agak seram laa time tu. Sebab kiri-kanan jalan tu hutan, lepas tu gelap lagi.. Mana tak risau.. Tapi, aku tak berhenti baca ayat-ayat suci yang mana terlintas di minda time tu.. Tu salah satu cara untuk tenangkan diri.. Aku yakin, ada hikmah Allah izinkan kejadian tu berlaku ketika tu. Bila aku amati sekeliling tempat aku lantas aku teringat yang mak mertua kakak aku pun pernah hadapi situasi yang lebih kurang sama dan pada lokasi yang sama tahun lepas! Ya Allah.. Masa tu tak dinafikan, ada terlintas lah jugak, adakah tempat ni 'keras'?? Aku istighfar banyak-banyak dan tenangkan diri.. aku call ayah untuk inform pasal kereta hangit dan berasap tu.. Then, ayah suruh gerak slow-slow sebab kat depan sana ada stesen minyak petronas then ayah suruh stop kat situ check balik keadaan kereta.

So, kami ikut apa yang ayah cakap.. Kami gerak slow-slow sampai lah jumpa stesen petronas tu. Alhamdulillah.. lega sikit.. Sampai kat situ, kawan kakak aku yang tinggal kat area tu call aku. Dia tanya macam mana keadaan kereta and so on. Siap nak hantar mekanik lagi.. Aku tanya husband sepupu aku.. Dia cakap, tak perlu lagi kot buat masa ni. Nak coolkan kereta tu je dulu. Nak kasi enjin sejuk. Dia bagitau aku, "Hebatlah pok ngoh (ayah aku) .. Mana-mana pun ada kabel.. Sampai kat sini pun boleh mintak tolong.." aku tersenyum.. Alhamdulillah.. Itu lah pentingnya kita jalinkan silaturrahim sesama manusia.. walau di mana pun kita berada, InsyaAllah, Allah akan permudahkan urusan kita kelak.. Kami stop kat stesen petronas tu hampir sejam jugak. Dengan lafaz bismillah dan doa, kami sambung perjalanan tanpa pasang air-cond sampai lah ke Kolumpo. Dalam perjalanan, dengan disapa angin malam yang sangat dingin, aku akhirnya terlelap. Sampai je area berdekatan rumah sepupu aku, kami singgah makan sebab perut lapar.. hehe.. Waktu tu lebih kurang pukul 2.30 pagi.. Aku pesan nasi goreng paprik dengan sirap bandung.. What??? Masih makan pagi-pagi buta cenggitu? Haha.. Ada aku kesah.?? Makan tetap makan.. Perut perlu diisi.. Kan?? Hehe



Alhamdulillah.. Finally arrived safely kat rumah sepupu aku. Keesokan paginya, they sent me here at Bukit Antarabangsa, rumah mak su aku.. Tujuan entri aku kali ni untuk share situasi yang berlaku masa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur..

Bila fikir-fikir balik, aku rasa bersyukur sebab Allah selalu berikan ujian yang berbeza pada aku.. Dengan kasih sayang Allah, aku rasakan yang aku semakin kuat dan matang untuk hadapi satu-persatu cabaran dalam hidup.. Terima kasih Tuhan.. kerana telah berikan aku peluang untuk lalui pelbagai pengalaman yang mematangkan diri dan menjadikan aku hambaMu yang cekal. syukur, Alhamdulillah..

Okaylah, sahabat. Dah panjang aku menulis.. Nak melayan anak sedara aku pulak. Terima kasih sebab luangkan masa untuk baca entri dalam blog aku yang serba kurang ni.. Moga sikit sebanyak ada pengajaran dan teladan yang boleh diambil. InsyaAllah..

Jazakallahukhairan..

Wassalam..

Loves,
Aku.
♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Wednesday, December 12, 2012

Appointment Ohh Appointment...


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Hari ni bertarikh 12/12/2012. Mungkin ramai yang tertunggu-tunggu tarikh ni kan? heee. Dalam kepala aku sekarang, mesti ramai orang kawin hari ni. Aku pun ada juga peristiwa yang mampu dirakam pada tarikh ni. Guess what? Hari ni hari appointment aku kat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Macam haritu jugak, pepagi lagi dah bertolak ke Kota Bharu. Sampai-sampai je, cun kaunter belum buka. Tapi, manusia yang duk menunggu kaunter buka dah ramai dah. Masa aku sampai tu, ada lah dalam 2o orang lebih yang dah ada kat depan kaunter. Hari ni, ramai patient yang ada appointment terdiri daripada warga emas dan makcik-makcik serta pakcik-pakcik yang sebaya mak ayah aku. Mula laa aku rasa segan nak beratur depan mereka. Yelah kan, aku masih muda belia, tenaga pun ada. Tak sampai hati betul nak biar makcik pakcik tu beratur panjang kat belakang.

Nak sedapkan hati, aku call umi. Inilah kelemahan orang yang empati tinggi ni.. Cehh.. hehe.. Aku bagitau umi apa yang aku rasa time tu. Umi cakap, buat masa dan ketika itu, rasa kesian kat makcik pakcik tu memang perlu. Hormat pun tetap kena hormat. Tapi, aku kena kesiankan mak dulu. Kesian mak yang duk menunggu aku nanti. Dari aku beratur sampailah aku jumpa doktor... Haa. Lama tuuuu ! Berjam-jam.. Sampai tertidur mak.. huhu.. Kesian..

Untuk appointment hari ni, aku dapat 3 nombor giliran. Satu nombor, untuk ke kaunter. Bila ke kaunter, dapat nombor jumpa doktor pulak. Dah jumpa doktor, ingatkan dah dapat balik. Tengok-tengok kena check darah lagi sekali. Nak tak nak, terpaksa lah beratur ambil nombor giliran untuk ambil ujian darah pulak. Tu diaaa... Banyak sangat proses nya yerr.. haha..

Okay, jom beralih kepada perkembangan keadaan kesihatan aku. Tunggu punya tunggu, akhirnya giliran aku sampai. Aku masuk bilik nombor 10. Fuhh.. doktor perempuan... nasib baik! Bukan apa, kalau doktor lelaki, segan woooo... Check punya check, doktor cakap darah okay. Cuma macam biasalah kan, darah rendah.. X-ray punya result pun okay.. Cuma.... (Ahhh.. bila doktor tu sebut cenggitu, aku dah cuak dah.. dalam kepala time tu, apa pulak penyakit aku ni... ) Then, doktor sambung cakap.. Cuma ada satu bahagian dalam hati aku ada masalah sikit. bahagian lain okay, cuma bahagian tu je yang bermasalah.. Nak tak nak, doktor buat lagi satu appointment untuk aku dalam masa 2 minggu lagi. 26/12/2012 tarikhnya.. Hmm.. alamaknya tak berlama sangatlaaa aku kat Kolumpo.. kena balik kelantan sebelum 26 haribulan sebab ada appointment tu.. Takpe-takpe.. Kesihatan perlu diutamakan! Yesss!

Kesimpulannya, insyaAllah aku makin beransur pulih..Belum sembuh sepenuhnya. Jadi, kena jaga makan minum. Moga-moga next appointment nanti, everything is gonna be fine.. Ameen. Hopefully.. Ohh ya, esok InsyaAllah aku bertolak ke Kolumpo. Tumpang kereta sepupu aku. Alhamdulillah.. Rindu Zara.. Rindu adik aku, Asma Laili.. Rindu kakakku, Amira.. Rindu saudara-mara aku kat sana. Tak lupa, rindu my dear friends.. Farisya Syamin,Anwar,Imran,Iskandar.. Hopefully, dapat jumpa diorang masa kat sana nanti..  Time for ziarah and relaxation!!! hehe..


Nombor giliran untuk kaunter..

Nombor giliran untuk masuk jumpa doktor..

Nombor giliran untuk ambil darah..

Okay, aku stop sini dulu untuk perkembangan terkini aku.. Cehh.. macam laa ada orang nak ambil tahu.. haha.. Lantak lah.. Till we meet again..

Jazakallahukhairan.

Wassalam.

Loves,
Me.
♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥