Friday, August 31, 2012

Respon kepada pertanyaan rakan blogger.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Hari ni agak kerajinan nak baca komen-komen rakan blogger di Cbox. Dalam khusyuk baca komen-komen tu, aku tebaca satu komen yang ditinggalkan oleh Wafa


Click gambar untuk nampak lebih jelas. Wafa tanya macam mana nak letak entri blog lain di blog kita. Itu adalah RSS feed. Macam yang kat dalam blog saya, saya letak link dari blog Ben Ashaari dan Hami Asraff. 

Okay, Wafa.. Macam ni, senang saja sebenarnya. Wafa buka options dekat 'dashboard', Wafa click 'layout', then Wafa click 'add a gadget'. Next, Wafa tengok gambar di bawah.



Lepas click 'add a gadget', kekalkan dengan option 'basics'



Then, scroll down sampai Wafa jumpa Feed RSS yang yuyu petakkan dengan line merah dalam gambar kat atas. Lepas tu, Wafa letak link blog yang wafa nak linkkan ke blog wafa tu. Lepas tu drag kat mana-mana area dalam layout. 

Hope wafa faham laa dengan steps yang saya cakap ni k. Hehe. Best of luck !

Kalau wafa dah baca entri ni, let me know by telling me at the comment box ya!

Wassalam.

Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]








♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Thursday, August 30, 2012

Cinta itu Cantik ...


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Sudah hampir seminggu jariku tidak menaip sesuatu untuk blog kesayanganku ini. Tadi, masa menggodek-godek youtube, aku sempat menonton satu video yang dimuatnaik oleh seorang vlogger muda, ShahrinCool. Aku tertarik dengan satu tajuk video beliau, Cinta Itu Beautiful . Satu video yang simple, tak perlu cakap banyak-banyak. Mesej mampu disampaikan hanya dengan perbuatan. Good effort, Shahrin!

Actually, bukan nak cakap pasal video tu. Hari ni, aku nak cakap pasal cinta. Yaa. Cinta. 




Apa ada dengan cinta? Hebatkah cinta? Ramai yang sering berkata-kata soal cinta. Cinta.. Mengikut kamus dewan edisi ketiga, Cinta bermaksud suatu perasaan ingin akan sesuatu. Hakikatnya, Cinta itu subjektif. Lain orang, lain pendapat. Lain orang, lain persepsi mereka tentang cinta. Aku yakin, macam-macam perkara yang bermain di minda kalian apabila disoal tentang cinta. Bukan?

Bagi aku, cinta itu sesuatu yang indah. Satu perasaan yang dikurniakan oleh Allah yang disemat mekar dalam jiwa setiap makhluk ciptaanNya. Aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku dapat merasai bagaimana rasanya mencintai dan dicintai. Buat masa dan ketika ini, Allah kurniakan aku perasaan mencintaiNya, mencintai rasulku, mencintai agamaku, mencintai kedua ibu bapaku, mencintai keluargaku, mencintai sahabatku, mencintai negaraku. Alhamdulillah, syukur.

Aku juga yakin, Dia akan wujudkan rasa cintaku terhadap insan yang bakal menjadi imamku kelak. Tidak aku nafikan, aku sangat menantikan saat itu. Lebih-lebih lagi, tatkala melihat, mendengar sahabat-sahabatku yang telah menjengah ke alam rumahtangga yang mana pasti mekar dihiasi rasa cinta dan kasih sayang. Namun, kembaraku masih jauh. Masih banyak perkara yang belum aku capai. Masih banyak hal yang lebih penting yang perlu aku utamakan. Aku kena upgrade pelajaran aku dulu, stabilkan hidup aku dulu. Next, baru boleh fikir soal lain. Usia masih muda. Masih terlalu awal untuk melibatkan diri dalam urusan ni. 



Dalam usiaku ini, aku mudah untuk jatuh cinta. Bukan memberi cinta, tapi jatuh cinta. Jauh bezanya tu. Bukan jatuh cinta pada seseorang.. Aku mudah jatuh cinta pada persekitaran yang membawa kasih sayang. Aku jatuh cinta apabila melihat seekor ibu kucing melindungi anaknya di saat kehujanan. Aku jatuh cinta apabila merenung langit ciptaanNya yang begitu luas dengan kehadiran burung-burung berterbangan riang. Aku jatuh cinta tatkala berkesempatan meluangkan masa berada di tepian pantai, menjamu mataku menikmati keindahan lautan yang berteman deruan ombak yang sangat menenangkan hati.

Hebatnya cinta. Secebis cinta mampu mewujudkan kebahagiaan yang boleh membuatkan senyuman terukir di wajahku. Ya Allah, aku mohon tetapkanlah rasa cinta ini dalam jiwaku. Semoga kehadiran cinta dapat menjadi penawar segala duka. Bila tiba masanya nanti, temukanlah aku dengan bakal imamku agar aku mampu memberikan cintaku. Namun, andai masa itu tiba, aku mohon, biarlah cintaku terhadap bakal imamku itu tidak melebihi cintaku padaMu. 

Cinta.. Cinta.. Cinta..

YuyuAtiqa : 

"Hati insan yang mampu menghargai cinta adalah hati yang mampu menghidupkan kebahagiaan".

Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]










♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Friday, August 24, 2012

Beberapa jam bersama sahabat-sahabatku..



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Semalam dapat mesej dari salah seorang sahabatku yang sedang menuntut di matrikulasi sebelah utara. Beliau ajak gathering kat KFC. Nak jumpa sebelum beliau balik esok. At first, aku okay. Tetiba pagi ni aku rasa tak sedap perut. So, aku sms beliau yang kemungkinan besar aku tak dapat menjoinkan diri. Alih-alih perut dah okay sikit. So, aku drive ke KFC dengan niat kononnya buat surprise kat kawan aku tu alang-alang aku keluar nak beli barang sikit. Haha.

Sampai kat KFC, aku tak makan, sebab takut perut meragam balik. Sekadar menghadirkan diri untuk jumpa sahabat-sahabat yang sangat aku rindui. huhu. Banyak juga yang dibualkan. Most of perkara yang dibualkan tentunya tentang suasana pembelajaran beliau kat sana. 

Khusyuk punya khusyuk berbual, tak terperasan pula terjumpa dengan kembar aku, Soon Joy Ann. Kembar?? Apa pasal boleh jadi kembar? Iyalah. Kembar hari lahir. Tarikh lahir kami sama. 18 Jun ! Lagipun, orang yang lahir tarikh 18 Jun ni comel-comel kan?? Erkk ! Masuk lif naik sendiri laa pulak yerr.. Joy Ann tu memang betul comel. Aku?? Jelita jerr.. hahaha... Okay, sila jangan muntah hijau ! haha. :D

Keluar dari KFC, aku beransur ke kedai ditemani oleh dua sahabatku yang comel, Elah dan Abby. Beli barang sikit. Barang yang dibeli tak banyak, tapi masa yang diambil untuk beli barang tu punya lah lama. Biasalah, orang perempuan. Bab membeli memang cerewet. Hehe..

Sempat capture gambar guna iPhone Abby tadi. hehe..

aku dan Abby
Inilah sahabatku yang dimaksudkan, Adilah Nadzri. :)

Ni kembar yang aku cakap tadi, Joy Ann.
Beliau comel kan?? 

Adilah ditemani kakaknya.. :)

Abby memang suka kamera. Kat sebelah tu, Elah. :)

3 Dara pingitan.
Bergambar dalam kereta lepas balik beli barang.
Abby, aku, Elah. :)


Okay, cukup. Tak tahu nak taip apa dah. Kalian masih dalam mood beraya eh? Mungkin sesetengah orang tu masih dalam mood raya mungkin juga dah hilang mood raya dah.. hehe. 

Jumpa dalam entri lain. Tentang apa? Aku pun tak tahu. Tengok jelah nanti.

Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Thursday, August 23, 2012

Salam Syawal 1433H (episod 3)


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Hari ni nak curi masa sikit update blog untuk event kat rumah aku pula. Alhamdulillah, selesai sudah majlis pertunangan kakakku semalam. Tahniah buat beliau dan bakal abang iparku. Agak kepenatan, tapi tak apa bukan untuk orang lain, kakak sendiri juga. Kan? 

Terima kasih buat rakan blogger Ben Ashaari sudi datang bersama isteri dan putera cilik beliau, Qhaliff Iman.  Terima kasih juga buat rakan, Captain Faiq dan sahabat sudi datang. Hehe. Terima kasih juga buat ex classmates yang sudi singgah. Seriously, aku terharu. Terima kasih buat saudara-mara, mak-mak sedara, sepupu-sepupu tersayang yang turut sama memeriahkan majlis. Sayang kalian ! hehe.

Hari ni, InsyaAllah kalau jadi, akan beraya ke Kota Bharu. Entah lerr. jadi ke tidak. Sesi mengemas seluruh rumah masih belum selesai sepenuhnya. Haha. 

Jom cuci mata tengok gambar yang dicapture oleh abang ipar aku :
p/s : click pada gambar kalau nak tengok dengan lebih jelas. faham? hehe..



keluarga tersayang.

me and my sis.
kembar?? ohh no no no.. haha

bersama sepupu, Aisya dan beliau memegang my niece, Zara..
Haa.. Aisya lagii..

Siblingsss !

My sis and her fiancee..

Gambar bersama qhaliff ( putera Ben Ashaari )
p/s : masa ni aku belum lagi bersiap.. huhu

Alhamdulillah, selesai satu majlis. Tahniah buat kakak tersayang, sudah bergelar tunangan orang. Adikmu doakan semoga segala urusan dipermudahkan serta mendapat keredhaanNya. ameen.

Okay, stop sini. Aku nak ke Kota Bharu, beraya bersama famili ke rumah mak sedara aku. Orang lain, raya pertama, raya kedua keluar beraya. Aku ni terbalik, raya pertama, raya kedua sibuk dengan tempahan, raya keempat, kelima baru sempat nak keluar beraya. haha. aduyai..

Buat rakan-rakan yang buat open house tu, maaf lah tak sempat nak hadirkan diri. Terima kasih kerana ajak aku. Buat rakan yang berkahwin dan bertunang, aku ucapkan tahniah. Walaupun aku tak sempat nak hadirkan diri ke majlis kalian, tapi doa aku tetap ada untuk kalian. Mudah-mudahan dimakbulkan Allah. ameen.

Okay, cukup. Ayah dah memanggil. Nanti tak pasal-pasal bising pula. Pergi dulu !

Wassalam..


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]







♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Wednesday, August 22, 2012

Salam Syawal 1433H (episod 2)


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Hari raya ke-3, baru aku sempat keluar beraya. Beraya ke rumah kaunselor tersayang. Ingatkan jalan tak jammed, rupa-rupanya sangkaan meleset. Jalan jammed teruk. Menyesal tak bawa air minuman letak dalam kereta. Dahaga kot ! Dengan cuaca panas semua.. huhu.. cobaan...

muka agak tertekan sebab cuaca panas plus jalan jammed !

sahabat-sahabat yang turut ada bersama masa ziarah rumah kaunselor.. :)
kiri : abby, fazlen, yuyu
gambar yang dipost oleh kaunselor dalam fb. hehe

Keluar raya tengah hari, tumpang solat zohor rumah kaunselor. Petang baru sampai rumah. Nasib baik dekat. Kalau jauh, fuhh jenuh nak sampai agaknya. 

Stop di sini dulu. Next entry is coming soon. Pasal majlis kat rumah aku pulak. Majlis apa?? Tunggu entri akan datang aku cerita, okay? Cun ! 

Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Monday, August 20, 2012

Salam Syawal 1433H (episod 1)


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


 SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA ! 




Rezeki syawal setiap tahun keluarga aku, siapkan tempahan roti jala daripada pelanggan. Macam biasa, mula dari hari buat ketupat sampai keesokkan harinya, memang tak tidur. Lepas semua pelanggan datang ambil tempahan masing-masing baru keluarga aku boleh balik beraya kat kampung. Untunglah kampung dekat. kalau tak jamm, 10 minit sampai. kalau jamm, mahu setengah jam jugak lah kot.

Hari ni, raya kedua pun ada tempahan. Kalau tak silap aku, pukul 4 pagi lebih aku selesai mengirai roti jala. Yang seronoknya, sempat lagi aku makan maggi lepas siapkan tempahan. Haha. Dah lama kot tak makan maggi. Tiba-tiba semalam rasa nak makan. Haha. Bukan selalu. Okay je kan? hehe.

Okaylah, hari ni event rumah mak-mak sedara. Raya ke-4 nanti event kat rumah aku. Siapa yang ada kat Kelantan raya ke4 nanti, aku dengan berbesar hati nak jemput kalian datang ke rumah aku. Ada buat open house sikit. Datanglah ya kalau nak jumpa aku. hehe.

Okay dah, jumpa dalam next entri syawal, InsyaAllah. 

Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]







♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Saturday, August 18, 2012

Terawikh terakhirku ramadhan kali ini.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.




17/8/2012
10.05 pm

Sebak tatkala mendengar bacaan terakhir imam ketika solat terawikh untuk ramadhan kali ini.
Tanpa aku sedar, air jernih mengalir di pipi.
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..
Adakah aku bakal bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang?
Moga-moga aku masih berpeluang, dipanjangkan usia oleh Yang Maha Esa.

Selesai berjemaah, 
Aku mengambil peluang bersalam-salaman dan bermaaf-maafan bersama jemaah perempuan yang lain. Bimbang kalau-kalau ada perilaku atau percakapanku yang mengguris hati sesiapa sepanjang ramadhan ini.

Keluar dari masjid, 
Aku terserempak dengan sahabat merangkap seniorku yang masih mengikuti pengajiannya di Mesir
yang mana beliau menjadi imam kami sepanjang solat terawikh di bulan ramadhan kali ini.
Aku ambil peluang ucapkan tahniah dan terima kasih kerana menjadi imam dalam usia yang begitu muda.
Aku kagum dengan beliau.
Masih ada 5 tahun tempoh pengajiannya di sana.
InsyaAllah, bakal menjadi doktor setelah tamat pengajiannya nanti.
Ameen.

Malam ini,
Perasaan bercampur baur.
Antara sebak dan gembira.
Sebak kerana ramadhan sudah hampir berlalu,
Gembira kerana syawal bakal menjelma.

Ya Allah, 
adakah aku memanfaatkan sepenuhnya ramadhan kali ini?
masihkah aku berpeluang menemui ramadhan akan datang?
Atau solat terawikh malam ini adalah solat terawikh terakhir dalam hidupku?
Wallahualam.

Yuyu Atiqa :
Sejauh mana perubahan dalam hidup kita sepanjang ramadhan kali ini? Apa-apapun, semoga kita berubah menjadi lebih baik dan terus istiqamah di jalan yang sentiasa diredhai dan diberkati oleh Allah s.w.t hendaknya. Ameen Ya rabbal alamin.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Friday, August 17, 2012

Satu-satunya kad raya aku dapat tahun ni dan ianya dari PM!


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Masa tengah khusyuk melayan anak sedaraku, Zara tiba-tiba adik aku tanya,

adik : Kak Yu, bakpo PM bagi kad raya ko Kak Yu?
aku : Haa! Bila masa nyo? Ada ko?
adik : Ni.. (sambil tunjuk kad raya tersebut)

( maaf bagi sesiapa yang tidak memahami conversation di atas. Ianya dalam dialek Kelantan )

Kad raya?? Siapa punya? Siapa yang bagi? Apa pasal kecoh sangat? Okay-okay. Actually, tak ada kecoh apa pun. Ni haa. Masa adik cakap aku dapat kad raya tu, agak terkejut laa sebab dah lama dah aku tak dapat kad raya. SMS raya tu memang banyak. Tapi, bila adik aku cakap Perdana Menteri yang bagi, itu yang aku sentap tu. Iya lah kan, dalam ramai-ramai manusia kat Malaysia ni, apa pasal pulak kad raya Dato' Najib sampai kat aku? Tertanya-tanyalah kononnya kan..

Bila aku buka dan baca, baru lah aku faham. Rupa-rupanya memang betul la. Kad raya tu memang daripada Y.A.B Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Baru aku ingat hari tu, aku sempat daftar satu pertubuhan jadi ahli sukarelawan FELDA. Masa isi borang tu, aku ada letak alamat rumah aku laa kot. Jadi, mungkin itu lah sebabnya kad raya tu sampai kat aku.



sampul depan.

ni cover depan kad raya.

ada gambar PM lagi..


isi kad raya tu. menara FELDA tu penting. hehe

ada signature PM..


Apa-apapun, terima kasih ya, Dato' Seri sebab bagi kad raya. Cantik kad raya tu. Kreatif betul deisgner yang designkan. Hehe. Ni satu-satunya kad raya yang aku dapat tahun ni. Al maklumlah, dah tak ramai yang hantar kad raya manual sekarang. Majoritinya, selalu buat kad raya digital post kat facebook, twitter, blog, MMS Raya, SMS Raya dan banyak lagi lah rasanya.

Tak kisahlah, at least ada juga usaha nak sampaikan ucapan raya tu kan? Yang penting, ikhlas..


Yuyu Atiqa :
Masih dalam mood ramadhan. Bila ramadhan labuhkan tirai, pasti kita akan merindui terawih dan suasana menyambut ramadhan. Keterujaan untuk sambut raya tahun ni tak seperti tahun-tahun sebelumnya. Apa-apapun, sederhana lebih baik. :)

Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, August 14, 2012

Kali pertama bertentang mata bersama bloggers cun dan kacak sekitar Kelantan. ehem!


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Dua hari lepas, saya ada mention tentang iftar bersama bloggers sekitar Kelantan kat dalam twitter. Alhamdulillah, semalam perancangan yang diatur oleh Ustaz Jiji berjaya dilaksanakan. Cewah! hehe.

For the first time kot, saya dapat bersua muka dengan blogger-blogger cun dan kacak ni. *muka serius* Ramai rupa-rupanya bloggers yang asal dari Kelantan dan tinggal di Kelantan. Hehe. 

Baru first time jumpa, dalam kepala masa tu, macam mana lah agaknya nanti ya. Boleh masuk tak dengan blogger-blogger ni. Macam-macam lah yang difikirkan. Tapi, Alhamdulillah. Semuanya friendly. Seronok dapat berkumpul sama-sama walaupun tak lama. InsyaAllah, next time kita buat lagi deh. 

Tak larat nak menaip panjang-panjang. So, saya post beberapa gambar yang dicapture oleh Mr. Ariff a.k.a BabunLaut. Terima kasih bebanyak deh kepada Abe Ariff dan Kak Cah sebab bagi copy gambar. Maklumlah, dik yuyu ni tertinggal kamera. Gambar dalam phone pun tak berapa okay kualitinya. hehe.. nasib baik lah ada kamera kalian. acecey.. 

Dik yuyu harap kita still keep in touch lah belako deh. Seronok dalam jumpa kalian. Seriously. 

Bersama Kak Cah yang cun dan yang pasti kecil molek mek kelate sorang nih. :)

Nurul Atiqah,  Kak Mastura, kak Anis Zahirah, Kak Nuru, Abe Wan. 

Kami lagi bersama Mr. Ariff ( BabunLaut )

makan jangan tak makan.

Semua pandang kamera! :)

Abe-abe blogger yang berjurus.
Abe Wan, Abe Ariff, Abe Hafizin.

Bersama Kak Izma.

Bersama Kak Nuru.

Kami lagi....

Bersama Abe wan.

Bersama dua beradik yang cun datang dari Indonesia, Fifi dan Farra.

Dengan Kak Cah lagi....

Cun kan? Hehe.

Terima kasih sebanyak-banyaknya kepada semua yang terlibat. Terima kasih kepada Abe Wea sebab spread tentang iftar tu kat blog beliau. terima kasih buat Ustaz Jiji sebab belanja kami. terima kasih buat Kak  Nuru sebab hantar saya balik. 

Pokoknya terima kasih semua !!!

Jom baca dan setia bersama blog mereka :


Cukup sampai di sini dulu untuk entri kali ni. Jumpa dalam next entri, InsyaAllah..

Wassalam.


Salam Sayang,
[ YuyuAtiqa ]



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, August 7, 2012

Iftar bersama classmates dan Encik Rizal Hasyim's Family


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Hello there. Jumpa balik dalam entri baru. Kalau readers yang sempat baca entri lepas, saya update pasal Iftar bersama Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti SMKH . Hari ni nak update event semalam. Iftar bersama my classmates kat rumah our class teacher, Encik Rizal Hasyim. 

Menu pilihan untuk iftar semalam, Nasi Kerabu ! So, saya ambil tugas untuk beli semua keperluan yang diperlukan. Awal-awal pagi semalam dah turun dari rumah ke pasar borong ditemani Safwan dan mak untuk beli sayur-sayur nak dijadikan kerabu. Sampai saja di pasar borong, mak aihh punya lah ramai orang. Nasib baiklah Safwan dan mak ada. Kalau tak, mahu pengsan saya kat situ. 


Sewaktu di pasar borong


Settle beli sayur kat pasar borong, terus ke tempat mak selalu beli ayam. Selesai beli ayam, singgah kat pasar besar Machang untuk beli rempah nak perap ayam pula. Fuh. banyak perhentian betul. Settle beli barang, balik rumah. Dah balik rumah apa lagi, masa berdating dengan ayam lah pula. Haha.

Nak tunjuk kaki ayam yang ada 3 jari. believe it or not??? huhu
Abaikan muka eksaited tu. haha

Settle siang dan basuh ayam, terus perap ayam tu. Petang nanti cuma tunggu classmates lelaki bakar. Kita bakorrr.. *seakan akan Usop Wilcha cakap* haha. Settle hal ayam, saya buat puding gula hangus. Tapi lupa nak tangkap gambar puding tu. aduyai.. 

Settle semua, dalam pukul 3 lebih gerak pergi rumah Encik Rizal. Saya dan Safwan jadi runner semalam. Kerja kami beli barang-barang yang still tak cukup sambil pergi ambil classmates yang tak ada kenderaan nak datang. So, saya let anis dan classmates perempuan yang lain handle untuk bahagian kerabu dan tumis nasi kerabu. 

Settle jadi runner, sampai-sampai tu dah nampak classmates lelaki start bakar ayam dah. Bagus betul. Haha. Sambil-sambil bakar ayam sempat lah juga bergambar. *event wajib* haha.

Bersama Asmah yang kecil molek

Bersama Ana dan Alisya ( anak Encik Rizal )

Bersama Encik Rizal dan Farihin

Sesi membakar ayam bersama faiz. Haha

Classmates khusyuk bakar ayam. *gambar curi*

Ah.. yang ini gambar curi. langsung tak disedari bila gambar ini diambil.  Ohh ya, yang di sebelah tu Zamier ketua kelas kami merangkap jiran sebelah rumah saya. hehe

Gambar bersama Farihin. Abaikan keselekehanku. huhu
Juadah terhidang.. Nasi Kerabu.......

Settle bakar ayam, settle menghidang, sedang elok masuk waktu berbuka. Ohh. lupa nak sebutkan minuman. Ana incharge bahagian coctail. Ada juga minuman feveret saya bila event gathering macam ni, sirap telur katak ehh tak tak.. sirap biji selasih. ha, baru betul. Tak lupa juga air feveret one of my classmates, Amzar. Beliau suka air ribena. so, buatla juga untuk beliau. Cuma lupa nak ambil gambar. haha

Telur katak  Biji Selasih kelihatan. yang tu sedap tu ! hehe

Actually, sempat rakam video. cuma ada masalah teknikal, tak dapat nak upload. maybe next time. InshaAllah. Selesai berbuka, solat jemaah, mengemas last sekali menghantar classmates yang tak ada kenderaan nak balik. 

Alhamdulillah, selesai satu lagi event. Syukur. Terima kasih Encik Rizal dan family! Okaylah, stop sini dulu. Thanks for reading. Till we meet again in the next entry, God Will. 

Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥