Wednesday, July 25, 2012

Wordless Wednesday : Ramadhan Special


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.



On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Sunday, July 22, 2012

Ibu bapa menaruh harapan. Suatu hari nanti, kita juga begitu.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Petang ni terasa nak menaip. Hati terdetik nak berkongsi sesuatu yang saya dapat daripada usrah bersama ustaz pagi tadi. Alhamdulillah, hari ni hari kedua kita berpuasa. Baru sahaja terbaca status facebook dari sepupu yang tinggal di Blacksburg, katanya anaknya Raha (5 tahun ) mampu menahan diri berpuasa dari jam 4.50 am hingga jam 8.40 pm. Alhamdulillah, Raha dapat berpuasa dalam tempoh yang agak panjang. Satu rekod yang sangat baik dalam diari ramadhan Raha.

Okay, kembali pada apa yang ustaz cakap dalam usrah sempena Ihya Ramadhan tadi. Topik tentang menaruh harapan. Ustaz ada ceritakan satu kisah yang agak menyentuh perasaan.




Ada seorang ibu, mempunyai seorang anak yang bermasalah. 

Satu hari, anaknya tertangkap ponteng dengan guru disiplin. lalu, si ibu dipanggil ke sekolah. Si ibu diberitahu tentang perkara yang terjadi. Selesai berdialog dengan guru disiplin, si ibu membawa anaknya pulang ke rumah dengan harapan anaknya akan berubah.

Kini, anaknya sudah dewasa. 

Satu hari, anaknya ditangkap polis atas sebab mengambil pil kuda. Si ibu dipanggil ke balai polis. Lalu, si ibu ke balai polis untuk menjamin anaknya dan membawa anaknya pulang dengan harapan anaknya akan berubah.

Satu hari, anaknya tertangkap mencuri oleh orang-orang kampung. Si ibu mendapat tahu berita tersebut lalu bersemuka dengan orang kampung. Memohon maaf bagi pihak anaknya dengan harapan anaknya kelak akan berubah.

Satu hari, anaknya ditangkap kerana terlibat dengan penagihan dadah. Si ibu bersetuju untuk menghantar anaknya ke pusat serenti dengan harapan bahawa anaknya pasti akan berubah.

Namun, hari berganti hari, si ibu semakin tidak larat akibat semakin dimamah usia di samping tinggal sendirian mengenangkan si anak yang masih di pusat serenti. 

Akhirnya, si ibu meninggal dunia dengan harapan yang masih menebal di sanubari agar anaknya mampu berubah. tapi malangnya, anaknya juga meninggal dunia akibat HIV positif. 


Apa yang kalian dapat bila baca cerita ni? 

Kita semua tahu, kita dilahirkan dari rahim seorang insan yang bernama ibu. Bila ibu lahirkan kita ke dunia, pastinya ibu dan ayah kita mengharapkan kita untuk lahir sebagai seorang anak yang soleh dan solehah serta bertaqwa kepada Allah. 

Jadi, kita kena sedar yang ibu bapa kita menaruh harapan yang besar pada kita. Sebagai anak, kita perlu berusaha untuk menunaikan harapan kedua ibu bapa kita. Setidak-tidaknya, biarlah mereka berasa gembira, beruntung dan bahagia mempunyai anak seperti kita. InshaAllah.

Ingat, satu hari nanti, kita juga akan melewati hari-hari sebagai seorang ibu dan ayah andai masih dipanjangkan umur. InshaAllah. Dah tentu, kita inginkan zuriat yang dapat memberi kesenangan dan kesejahteraan kepada kita setelah kita meninggal kelak. Bukan? begitu juga dengan apa yang ibu bapa kita mahukan dari kita.


Ayuh, jadi anak yang soleh dan solehah. Anak yang mampu membahagiakan ibu bapa kita dunia dan akhirat. Biiznillah. Ameen.

Hopefully, entri ni sedikit sebanyak dapat memberi kita kesedaran dalam meniti hari-hari di dunia yang sementara ini. Manfaatkan masa yang masih tersisa untuk kita. Mohon maaf andai tersilap tutur kata.

Saya hentikan entri kali ini.

Wassalam..


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]






♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Friday, July 20, 2012

Ramadhan is knocking our door again ! Alhamdulillah. :)


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Siang tadi tolong mak katering kat satu tempat. Kena menunggu. Huhu. jadi, kepuasan melanda diri. Bila telefon cap 'samsung' ada di tangan, dimanfaatkan untuk ambil gambar sendiri. *annoying tak? *abaikan... Sekadar mengisi memory card phone saja. Okay apa? hehe.




Ketidakadakerja laa ni namanya! Ohh. hybrid yang digunakan. Entah betul atau tidak ! Sila abaikan. hehe.
Alhamdulillah, syukur ramadhan muncul kembali. Pergi terawih tak ni? Alhamdulillah, baru balik dari tarawih malam pertama. Terawih malam ni, saf penuh. Moga-moga kekal penuh saf hendaknya sampai ke hari terakhir ramadhan.  Moga-moga juga kita semua dipertemukan dengan Malam Lailatul Qadar. Ameen. 

Esok jangan lupa bangun sahur ya ! 


Mak : nak masak apa ya sahur esok?
Me : masak apa yang ada dalam peti ais, mak. apa-apa pun boleh. Rezeki sahur.
Mak : ayah belum beli sambal daging lagi.
Me : esok-esok boleh beli. Apa kata mak buat telur mata kerbau masak kicap? Terbuka juga selera nak sahur.
Mak : nak telur masak kicap ke? Tengoklah nanti.
Me : Okay, mak. Apa-apa pun boleh. Kak Yu ( panggilan saya di rumah ) ikut sajaaa. *muka tersengih




Salam Ramadhan Buat Semua Pembaca Blog Yuyu Atiqa !

Ayuh perbanyakkan amal kebaikan serta istiqamah melakukannya walaupun dah habis ramadhan nanti.
Moga kita tetap cekal dan tabah beramal di jalan yang diredhai Allah.
Moga dipermudahkan segala niat yang baik.
Ameen.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Wednesday, July 18, 2012

MESEJ PENTING UNTUK WANITA !


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.




Tadi, dalam banyak-banyak entri yang muncul kat dashboard, saya terpandang tajuk entri dari faceblog.com
So, saya klik untuk baca. Dan saya rasa saya perlu kongsikan entri tersebut dengan readers.

Mesej ni berkaitan dengan keberadaan anda sewaktu berada di mana-mana pasaraya atau pusat membeli belah. Apabila anda ingin menukar atau mencuba pakaian, pastinya anda akan menggunakan ruangan ataupun bilik persalinan yang telah disediakan, bukan? Jadi, saya mohon agar anda berhati-hati semasa menukar pakaian. Ini kerana, ada kemungkinan besar cermin yang tersedia dalam bilik persalinan tersebut bukan cermin asli.

Jadi, untuk memastikan sama ada cermin tersebut asli ataupun tidak, anda boleh gunakan cara yang mudah ini.

Caranya :

Letakkan hujung kuku anda pada permukaan cermin tersebut. Jika terdapat 'GAP' (jurang) antara hujung kuku anda dengan imej yang muncul pada cermin tersebut, maka ia adalah cermin yang asli.

Namun begitu, sekiranya hujung kuku anda terus menyentuh imej hujung kuku anda yang muncul pada cermin tersebut, maka anda perlu sangat BERHATI-HATI kerana cermin tersebut ialah cermin yang boleh tembus pandang. Berkemungkinan besar, ada individu yang sedang memerhatikan anda tatkala anda sedang menukar pakaian. 

Moral of the story, sebelum anda menukar pakaian dalam mana-mana bilik persalinan di mana-mana sahaja pasaraya ataupun pusat membeli-belah, eloklah kiranya anda lakukan 'ujian kuku' tersebut terlebih dahulu. 


sumber dari : SINI


Jadi, buat makcik-makcik, kakak-kakak, gadis-gadis, adik-adik kat luar sana yang gemar mencuba pakaian sebelum membeli, diharapkan dapat berhati-hati kelak. Sekadar mengingatkan sesama kita. 

Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, July 17, 2012

Percaturan Allah itu tak mampu disangkal.



Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalamualaikum wbt.





Subhanallah, Alhamdulillah, Alluhakbar

Semakin hari terasa semakin singkat hidup ini.
Semakin lama terasa semakin banyak perkara yang telah disia-siakan selama ini.
Astaghfirullah.

Kenapakah?

Allah itu Maha Hebat.
Dia telah tentukan segala-galanya.
Bermula dari kelahiran hingga kematian.
Bermula dari kesusahan sehingga terhasilnya kesenangan.
Bermula dari kesedihan yang akhirnya dapat mewujudkan senyuman keceriaan.

Hebatnya percaturan Allah.
Sungguh tak mampu kita sangkal.
Sungguh tak mampu kita nafikan.

Allah dah membuktikan kekuasaanNya.
Persoalannya, adakah kita sedar akannya ataupun masih lagi
terumbang-ambing dalam mencari di mana haluan yang perlu disusuri.

Moga kita mendapat Redha dan Rahmat dariNya.
Moga kita masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan kali ini.
Moga kita semakin kuat untuk beramal di dunia sementara ini.
Moga kita terhindar dari segala perkara yang tidak diingini.
Moga Allah mempermudahkan segala niat kebaikan yang ingin dilakukan.
Moga kita mampu berjaya dunia dan akhirat.

Mudah-mudahan. Ameen.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Saturday, July 14, 2012

"Segmen : Blogger Inspirasi/Idola Saya"


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Sudah beberapa hari blog tidak ber'update'. Actually, saya baru balik dari KL ziarah anak buah. rindu beliau. Then, bila agak rajin meng'usha' entri-entri yang muncul di dashboard, terpandang pula 



by Faqihah Husni.


So, nak spend masa sikit update entri baru sambil-sambil menjoinkan diri untuk segmen di atas. 

Soalan : Siapakah Blogger Inspirasi/Idola Nurul Atiqah Ahmed ?

Jawapan : Sebenarnya ada dua orang. Seorang tu otai saya dalam bidang blogging ni. Seorang lagi ialah idola saya.

Yang mana satu otai, yang mana satu idola? 




Haa. Ini otai saya ! Most of bloggers mesti kenal beliau. Kenapa saya pilih beliau?
Of course, I have my own reason why I chose him. Actually, saya kenal beliau lepas saya ada blog, kalau tak silap tahun 2010. Tapi masa tu memang langsung tak peduli dengan dunia blog. Bila dah mula aktif berblogging balik, saya selalu ikut setiap perkembangan di blog beliau. Saya selalu juga comunicate dengan beliau di twitter dan facebook. Tak lupa, saya sempat jumpa beliau masa beliau kat rumah mertua beliau di Kok Lanas hari tu sebab menziarahi anak beliau yang comel, Qhaliff Iman. Ada beliau update dalam blog beliau tentang kunjungan saya ke sana. #Terharu. 

Respect beliau ! Pesanan beliau pada saya yang masih segar dalam ruangan ingatan. Alhamdulillah. Thank you so much, Mr. Ben Ashaari. 

 "Blog untuk logkan kehidupan kita. Menulis kena guna akal, kena ikhlas dari hati." 
- Ben Ashaari -





Haa. Yang ni pula idola saya. Ohh. Bukan sebab beliau kacak. Itu satu kelebihan yang ada pada beliau. Tapi sebab penulisan beliau yang tersangat kacak ! #Ehh. Saya ikut blog beliau. Seringkali menjadi stalker. I admit ! Stalk benda yang elok, okay apa ! Kan?  Mungkin, ramai yang sependapat dengan saya yang setiap penulisan beliau ada manfaat yang dapat dikongsi. Bila tahu beliau ada twitter, saya ikut beliau di twitter. Rupanya, beliau sangat aktif di situ. Beliau selalu kongsikan tweet yang santai tapi penuh bermakna.

 Secara tak langsung, beliau telah menjadi pendorong saya untuk terus bersemangat menempuh dugaan Ilahi dengan sabar. Tiap kali semangat saya kendur, kata-kata beliau lah yang dapat membuatkan saya bersemangat semula. Secara tak sedar, beliau yang banyak membimbing saya untuk terus istiqamah dalam penghijrahan saya dalam jihad untuk menjadi muslimah sejati. InshaAllah. Alhamdulillah. Mungkin Allah kirimkan beliau untuk buka hati saya mencari kemanisan dan kebahagiaan di jalan Allah. Saya percaya dengan takdir Allah. Saya yakin. satu hari nanti Allah akan makbulkan hasrat saya untuk bertemu dengan beliau. InshaAllah.



"Ikhlaslah menjadi diri sendiri hanya bermatlamatkanNya."
- Hami Asraff -




P/s : Kalau Mr.Ben dan Mr. Hami baca entri ni minta maaf sebab saya ambil gambar kalian tanpa minta izin. Maaf sangat-sangat. Minta maaf sambil minta izin ni. Seriously..

For Qihah pula :

Saya dalam kategori C lah agaknya. :D


Okay dah. Cukup cukup sudah. Ehh. Macam pantun dua kerat? *Sila abaikan. Berhenti di sini dulu. 

Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]














♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, July 3, 2012

Taubat, nak tunggu sampai bila?



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Dah banyak hari tak berkesempatan mengemaskini entri blog. Petang ni, harap dapat kongsikan satu entri dengan readers sekalian. 

Bertaubat? nak tunggu sampai bila?

Pernahkah kita duduk, bertenang dan merenung ke dalam diri kita sejenak? Apa yang sudah kita lakukan sepanjang kehidupan kita selama ini? Berapa banyak amal kebaikan yang telah kita lakukan? Berapa banyak perkara yang telah kita lakukan benar-benar niat hanya kerana Allah? pernah tak kita terfikir untuk kembali menghitung setiap sesuatu yang pernah kita buat? Hanya kita yang boleh menjawab pertanyaan tersebut. Sama ada kita ingin menjawabnya dengan penuh kejujuran dan ketelusan di samping bermuhasabah diri ataupun kita mahu terus berada dalam zon keselesaan tanpa memikirkan apa tugas kita sebagai hamba Allah yang sebenarnya di atas muka bumi ini.

Allah berikan kita nafas. Allah berikan kita akal. Untuk apa semua itu? kembali kepada fitrah kita dijadikan. Allah mewujudkan kita untuk menjalankan tugas sebenar kita di dunia yang tidak selamanya kekal ini. Allah memberikan hati yang celik kepada kita untuk menyedarkan akal bagi menyembahNya. Melaksanakan setiap perintahNya. meninggalkan segala laranganNya. Tetapi, sejauh manakah kita peka, sejauh manakah kita berpegang dengan perintah Allah? Tanya hati. Muhasabah kembali. Betapa kerdilnya kita di sisi yang maha Pencipta, betapa banyak dosa yang telah kita lakukan selama ini. 


Sumber : Bing.com


Sudah lumrah, setiap manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Sebab tu, kita perlu bertaubat setiap hari padaNya. Terkadang, kita boleh melakukan dosa tanpa kita sedar lebih-lebih lagi kita semakin berhadapan dengan suasana kehidupan pada hari ini yang mana penuh dengan onak dan duri. Namun, kita sebagai insan yang berakal, tidak sepatutnya terus terikut-ikut dengan perkara-perkara yang boleh melalaikan diri. Sebaliknya, ayuh kita cuba tambahkan, upgradekan iman dan sering bertaubat kepada Allah untuk membatasi atau menjadi benteng diri kita daripada terdorong untuk melakukan sesuatu perkara yang dibenci Allah. 

Kita takkan tahu bila ajal kita akan tiba. Mungkin, beberapa saat lagi. Mungkin, beberapa hari lagi. Mungkin juga beberapa tahun lagi. Hanya Dia saja yang Mengetahui. Mati itu pasti. Kita sebagai hambaNya tak mampu menolak. tak mampu lari dariNya. Satu saat nanti, giliran kita pasti akan tiba. Cepat atau lambat saja. Itu sebab, kita perlu manfaatkan peluang, masa dan ruang yang Allah kurniakan untuk kumpul sebanyak mungkin pahala, lakukan sebanyak mungkin amal kebaikan untuk kesejahteraan dan kesenangan kita di alam yang kekal abadi di sana kelak. Yang pasti, setiap perkara yang kita buat, nawaitu mesti hanya kerana Allah swt. 


sumber : Bing.com

Ayuh kita sucikan diri. Bersihkan jiwa. Celikkan akal bagi mencari redha Ilahi. Perkongsian ini juga sebagai peringatan buat diri saya sendiri. Mohon maaf andai ada yang tidak menyenangi. Semoga kita semua sentiasa berada di jalan yang diredhai dan diberkati olehNya. Kuatkan diri dengan keimanan agar hati kita tidak mampu dibolakbalikkan oleh hasutan dan godaan iblis laknatullah. 


" Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik di kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya mampu menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka, akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan. "

- Imam Hassan al Basri -


Mungkin, cukup setakat ini dulu entri kali ini. Moga ada manfaat daripada perkongsian ini. yang baik kita jadikan teladan, yang tak elok letak tepi. Jumpa di entri akan datang, InshaAllah.

Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥