Tuesday, June 26, 2012

Kejutan yang tidak disangka...



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.




Jam 11.09 PM ( 25/6/2012 )

Semasa khusyuk menyiapkan slaid untuk pembentangan subjek Sejarah esok, aku menerima satu panggilan dari nombor yang tidak aku kenali. Tak terperasan lah pula nombor negeri mana. So, dengan biasanya aku menjawab panggilan tersebut. 

Suara yang tak pernah aku dengar lagi sebelum ini sedang bercakap denganku. Katanya ingin bercakap dengan Atiqah. Lalu aku jawab, ya Atiqah yang bercakap ni. Ni siapa? Sungguh ku tak sangka siapa gerangan insan yang sedang bercakap denganku ketika itu.

Bila beliau memberitahu namanya, aku terkedu. Hanya lafaz ' subhanallah ', 'alhamdulillah' meniti di bibirku pada saat itu. Sekali lagi, Allah membuktikan kekuasaanNya. Allah memakbulkan doaku. Saat itu, sebak di hati, tak terkata. Sudah lama aku nantikan saat tersebut. Malam ini, Allah telah memberi keizinanNya.

Perbualan telefon selama 10 minit 48 saat tersebut adalah hadiah lahirku yang terindah pada tahun ini. Walaupun ianya bukan pada tanggal hari lahirku, tapi aku tetap bersyukur. Akhirnya, aku dapat juga bercakap dengannya.

Aku coretkan rasa hati ini di sini sekadar ingin menjadikan kenangan yang mana takkan dapat aku lupa dalam hidupku. Siapa insan tersebut, biarlah hanya Allah, aku dan beliau saja yang tahu. 

Wassalam.

Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Monday, June 25, 2012

Terkadang hati juga ingin bercerita...





Bismillahirrahmanirrahim..


Kebelakangan ini...
Kenapa mudah sangat hati terasa rumit?
Kenapa begitu cepat hati terasa goyah?
Kenapa sukar untuk menahan hati dari terluka?
Ya Allah..
Sudah lama ku tidak meluahkannya di sini.
Yang mampu aku lakukan hanyalah bangkit
di kala insan lain masih lena dibuai mimpi
menadah tangan memohon kekuatan dariMu untuk menghadapi
ujian ini Ya Allah.


Semakin kuat dugaan mendatang
Semakin ku cuba kuatkan hati untuk menempuhinya


Syaitan takkan pernah berhenti menggoda manusia untuk terus keresahan
Namun, kita mampu mengatasinya dengan menguatkan keimanan dalam diri.
Tadahlah tangan, pohon padaNya akan ketabahan hati, kekuatan iman dan keikhlasan jiwa
Allah dengar doa kita.
Allah dengar permintaan kita.
Allah tahu segala yang terbaik untuk hidup kita.


Andai Allah masih tidak memakbulkan apa yang kita sering doakan
Percayalah,
Dia sebenarnya ingin menguji sejauh mana kita mampu bersabar
Sejauh mana kasih sayang yang mampu kita berikan padaNya
Sejauh mana kita bergantung harap akan keredhaan dan keberkatan dariNya.


Kesabaran dan kekuatan iman kian teruji
Di kala wujudnya pelbagai tingkah laku oleh individu sekeliling
Banyak kerenah yang ada kalanya menimbulkan ketidakserasian sesama insan
Kecelaruan fikiran
Bebanan tugasan
Cakap-cakap individu sekeliling
yang hakikatnya cubaan duniawi semata-mata.


Ya Allah..
Janganlah Engkau biarkan hambamu ini
leka dengan urusan duniawi sehingga mengabaikan tugas sebenar
mengejar Redha Ilahi untuk kehidupan yang kekal abadi
di sana kelak.


Ya Allah..
Aku yakin setiap ujianMu terselit sebuah hikmah yang sangat berharga
Jadi, aku mohon agar Engkau memberiku kekuatan
Kekuatan untuk terus cekal berdepan dengan segala macam onak duri kehidupan.


Kuatkan aku Ya Allah...
Permudahkanlah urusanku..
Permudahkanlah aku untuk sentiasa memaafkan insan-insan yang menyakitiku.
Permudahkanlah aku untuk tetap tersenyum walaupun kesedihan menyelubungi diri.
Permudahkanlah aku untuk menghadapi segalanya dengan tenang.
Pernudahkanlah aku untuk terus istiqamah dalam melakukan amal kebaikan demi mendapat redhaMu.


Ameen.




Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]












♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Wednesday, June 20, 2012

Alhamdulillah, sudah genap usiaku. :)



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.





Tanggal 18 Jun 2012 ( Isnin )
Syukur...

Banyak hari dah blog ni tidak berupdate. Sibuk sepanjang hari. Semalam, sempat buka laptop kejap. Sempat reply dan like ucapan hari lahir dari rakan-rakan facebook dan twitter. Alhamdulillah, syukur Allah masih memberi nikmat nyawa pada diri ini untuk melalui hari kelahiran yang ke 18 pada tahun ni. Syukur.

Semakin bertambah usia, semakin dirasakan dekat dengan mati. Semakin ingin melangkah, semakin saya sedar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya. Subhanallah. Sudah 18 tahun Allah memberi saya nafas bagi meneruskan kehidupan yang sementara ini. 

Saya terharu atas ucapan dari rakan-rakan yang mendoakan saya agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, agar impianku tercapai dan mendoakan kebahagiaanku hingga ke syurga. Alhamdulillah. Berbanyak-banyak terima kasih Ameen. Semoga Allah melindungi dan memberkati hidup kalian semua. ameen. 

Semoga Allah memanjangkan usia dan kesempatan kita untuk terus melakukan amal kebaikan demi kesenangan dan kebahagiaan yang kekal abadi di sana kelak. InshaAllah, dengan izinNya. Ameen.

Terima kasih, sahabatku sekalian.

Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Thursday, June 14, 2012

Perubahan, tekanan? Normal lah tu.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Seminggu sudah blog tak berupdate. Serius tak sempat ! Usahkan nak update blog, nak buka laptop pun tak sempat. Sibuk betul dengan study untuk first semester. Pagi, pergi belajar, petang baru balik. Malam, study mengadap buku. Then, tidur. Rutin harian setiap hari semenjak jadi pelajar pra U ni.



Agak merasai sedikit perubahan dalam konteks pembelajaran. Semakin bersemangat untuk fokus kepada pointer 3.5 above. InshaAllah. Apa punca saya nak struggle? Banyak punca dia ! Serius saya cakap. Fuhh. Dugaan demi dugaan tak putus dari hari mula-mula mendaftar jadi pelajar Pra U lagi. Tapi, masih dicekalkan hati untuk redha menghadapi qada' dan qadar Ilahi.Yup. Dia tahu segala yang terbaik untuk diri ini. 

Bila ada kesempatan masa sikit macam malam ni ( sebab esok cuti ) baru rasa relax nak update blog. Kalau tak, memang langsung tak sempat. Tapi lately, kecenderungan untuk buka laptop hanya bertujuan untuk mencari nota-nota subjek-subjek tertentu je. Tapi, tu lah lepas siap dapatkan nota, sebelum off laptop sempat laa jadi 'stalker' kejap. Oppss. Ini 'berjurus' punya stalker okay ! Saya stalk tweet Hami Asraff je pun. Nak tahu sebab apa? Sebab tweet beliau dapat hilangkan stress saya. Haha. Pelik tapi benar. Acecey.. Betul ni. Buat apa nak tipu. Apa-apa pun, terima kasih Encik Hami ye sebab sentiasa menjadi pendorong Nurul Atiqah untuk sentiasa bersemangat menghadapi liku-liku hidupnya. Seriously, anda sangat membantu saya. Syukur.

Nak cakap sikit pasal stress. Stress tu perkara biasa. Sometimes, stress tu perlu dalam tugas atau aktiviti yang kita buat. Saya pula, stress dengan keadaan dan segelintir individu-individu sekeliling saya. Stress dalam belajar tu tak sangat sebab memang enjoy belajar. Biasa lah, tak semua orang suka kita. Tapi kena ingat juga, tak semua orang tak sayangkan kita okay ! Hehe. That's why saya suka buat sesuatu yang saya boleh ceriakan saya untuk hilangkan stress saya. Bak kata bestfriend saya, ' mencari ketenangan dengan cara saya yang tersendiri '. 



Macam mana? Okay, kalau saya, saya stay kat sekolah lepas habis kuliah. Sebab, saya ada 'keluarga kedua'  kat sana. I have my caunselors, my pals also my juniors. Saya stay kat bilik kaunseling sampai petang then baru balik rumah. haha. Yupp. So, saya manfaatkan masa yang ada kat sekolah, having a group discussion, study together dengan kawan-kawan. 

Sedar tak sedar, dah banyak rupanya aksara yang sudah ditaip. Tu la pasal, dah lama tak menaip. Hehe. ohh ya ! Menaip juga dapat hilangkan stress ! Haha, nak juga tu. lagi-lagi menaip sambil dengar zikir atau instrumental music yang menenangkan. Lagi satu, readers boleh buat ni. Dengar nasyid nama-nama Allah, next bernasyid sama-sama sambil update blog. Seronok dan tenang je rasa. Cuba kita amalkan.  At least, sambil menaip tu dapat juga pahala kita bila menyebut nama-nama Allah kan?

Okaylah. Menaip, update blog sudah. After this, study kejap sebelum tidur. 

YuyuAtiqa :
Seronok bila belajar dengan penuh minat. Persetankan anasir-anasir yang ingin menjatuhkan kita. Stay gallant to achieve success nawaitu kerana Allah. Dunia akirat, dengan IzinNya. 

Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Monday, June 4, 2012

Hari ni , knowledge dan exercise ( 2 in 1 )



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Seharian di sekolah, dua aktiviti sekaligus ! Seronok. Pagi-pagi dah ke sekolah. Another group discussion. Masuk kali ni, dah 3 kali sempat buat group discussion sepanjang cuti 2 minggu ni. Seronok rupanya bila kita betul-betul nakkan ilmu ni kan? Walaupun penat fizikal dan especially penat otak but still rasa okay. Bila dapat faham dan kuasai topik yang difokuskan, rasa penat fizikal dan otak terus tak terasa.

First activity, of course lah nawaitu kerana Allah adakan group disscussion. Alhamdulillah, dengan izinNya ni adalah group discussion yang ketiga saya dan kawan-kawan dibimbing atau senang cakap dimudahcarakan oleh kaunselor kami who we called him, ayah. 

Hari ni, study pasal komunikasi. Dah mula faham konsep SQ3R. Konsep apa tu? Mungkin ada yang pernah dengar mungkin juga ada yang belum pernah dengar dan tahu langsung pasal konsep ni. Kalau readers rajin dan betul-betul berkeinginan nak tahu, google je SQ3R confirm jumpa ! Kalau tak jumpa tu, tak tahu lah nak cakap. Tapi, InshaAllah, jumpa punya. :)

Habis study komunikasi, ayah ada bagi guideline macam mana nak lebih enjoy bila study. Mudah saja. Guna kaedah mind mapping by using colours. Confirm, nota akan jadi menarik ! Trust me. Kita pun akan jadi bersemangat nak belajar. Percayalah...

Lepas settle dengan group discussion, ayah and us ( saya, anis, safwan, mukhriz ) decided nak teruskan dengan mengecat dinding area kaki lima dekat bilik kaunseling which is merangkap rumah kedua kami. That's why kami study kat situ. So, mula-mula ingat nak beli cat warna oren. Tapi discuss punya discuss ayah bought paint warna biru. Nice colour. Tenang.. So, dinding yang warna asalnya merah jambu akan bertukar kepada warna biru ! Yeayy. 

Lepas solat zohor, proses mengecat bermula. Di sini bermulah kecomotan di tangan dan certain-certain tempat di baju dan seluar. Especially, Safwan. Haha. Seronok tau sebenarnya mengecat ni. Confirm keluar peluh ! lepas tu automatically kalian akan duduk dan bangun. Tak percaya? haha. Cuba lah mengecat mana-mana dinding rumah kalian nanti k. Hehe.


this is Anis.
 
It's me.

Nak mengecat jugak tak?
this is Mukhriz.
this is Safwan.
Mukhriz dan Safwan.
Last but not least, ayah pun mengecat juga. :)


Duk khusyuk-khusyuk mengecat tu, ayah belanja kami lunch. Alhamdulillah. Settle mengecat dalam pukul 5 lebih dekat pukul 6 petang. Disebabkan seronok tengok warna dinding yang baru sampai terlupa nak capture gambar dinding yang dah siap dicat. sorry.. huhu

Okay, actually tengah search nota Pengajian Am ni. Dah jumpa, cuma nak spend time untuk entri blog kejap.  


YuyuAtiqa :

Alhamdulillah, baru dapat phone call ada job esok. Jadi pengacara majlis kat Jerteh untuk majlis bersama Dato' Noh Omar kalau tak silap. Syukur, rezeki Allah. :')

Stop here first. Wassalam.

Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]






♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Saturday, June 2, 2012

Important Announcement !



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.





This is just a short entry. Saya nak announce kat readers Blog YuyuAtiqa yang saya secara rasminya sudah menukar alamat blog saya dari amyqastory.blogspot.com kepada yuyuatiqa.blogspot.com. 

So, kalau ada readers yang selalu baca blog saya through blog address ni kena take note lah ya. *konon macam ramai yang baca blog picisan ni. haha. Starting saat ni, yuyuatiqa.blogspot.com adalah alamat blog baru saya.

Tak lupa juga bagi yang letakkan url blog saya dalam bloglist anda, minta jasa baik anda untuk tukar url lama  blog saya kepada url baru. ( yuyuatiqa.blogspot.com ) maaf sangat kalau menyusahkan. 

Thanks for your concern, my dear readers ! 
Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Friday, June 1, 2012

If you fail, are you going to try again?





Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


If you fail, are you going to try again?

Pernah tak kalian tanyakan soalan ni pada diri kalian? Actually, tadi bila godek-godek youtube secara tiba-tiba teringat pula kat satu video yang pernah saya tonton masa join program dengan kaunselor ( waktu jadi fasilitator ) . Seriously, the video was very touched. It made me realized to be thankful with what had Allah gave to me. 

Okay, now. Let us look back all the things that happened in our life. Were we be grateful with all the blessing that Allah gave to us? Or we kept complaining, not satisfied with what we have? Pernah tak terdetik dalam hati kalian sebegitu? I mean, contohnya  mengeluh with the unlucky moment in your life. 




I think most of us pernah rasa macam tu. Setiap orang tak pernah lari dari ditimpa masalah. We have to face every obstacle in our life. No matter how hard that thing. Sama ada kita sedar atau tidak, dalam hidup ni kita sering berkejaran. Some people mungkin sedang mengejar kekayaan. But for sure, every people in this world keep on chasing knowledge and the glory of course.

For sure, we as muslims were born to perform our duties in this world to reach the eternal jannah later. Biiznillah. So, just a simple question up there. If you fail, are you going to try again? Perhaps, it's easy for us to say of course I am ! But, truly saying it is not easy. Seriously. 

Tapi percayalah, setiap halangan, dugaan, cabaran yang Allah berikan pada kita sebenarnya terselit hikmah yang sangat bermakna even sesuatu yang mungkin tak pernah kita jangka akan berlaku pada kita. I mean the good things. InshaAllah. So, if ada dalam kalangan kita yang ter 'mengeluh ' while facing your problems, cepat-cepat istighfar. Say, Astagfirullahal azim. Ampunkan aku ya Allah. 

I admit, perit sangat untuk cuba bangkit balik bila kita gagal. Kan? Saya pernah hadapinya. But, seriously speaking, no matter how painful you fell, please hold on. Try first. If you still fall down nor failed, just keep on trying. InshaAllah, with a strong spirit, nawaitu kerana Allah, I'm definitely sure that He will guide you to reach the best way to solve every challenge in your life.

Before I stop, apa kata kita tonton video ni dulu.








YuyuAtiqa :


We can see that the guy, Nick Vujicic masih mampu tersenyum dengan hidupnya walaupun anggota badannya tak sempurna. So, kita sebagai hamba Allah yang sempurna kejadian ni seharusnya bersyukur dan sentiasa memanfaatkan nikmat pemberiaan Allah swt kepada kita dengan sebaiknya. Jangan tunggu sampai Allah tarik nikmat yang Dia beri, baru kita nak menyesal. 


Semoga entri kali ni dapat memberi perkongsian yang bermanfaat dengan pembaca semua. Thanks for reading also thanks for watching the video. Sorry for any mistakes. Till we meet again in next entry, InshaAllah.


Wassalam.




Salam sayang,
[ Yuyu Atiqa ]




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥