Saturday, May 26, 2012

Wah ! Que Achmad follow balik ! Terharu.. :)


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Setelah beberapa hari tak sempat mengupdate blog, pada waktu dan ketika ni saya nekad untuk menulis entri ! Tengok balik tajuk. Ada apa dengan tajuk tu? Siapa Que Achmad? haha.

Actually, beliau ialah seorang blogger. Saya kenal blog beliau melalui otai saya, Ben Ashaari. Bila first time terjah blog Que Achmad ni kan, wah serius rasa macam kagum. Kenapa? Mula-mula tengok header beliau. Serius, gempak ! betul ni, tak tipu. I wish that I could have a header like his header one day . Hehe. berangan saja ! Acecey... Then, beliau punya penulisan pun santai. Seronok baca. 




Hebat kan header blog beliau?



Disebabkan excited beliau follow balik, saya pun printscreen kotak followers dengan senyum yang lebar. Kebetulan, beliau ialah follower yang ke 580. :D

Saya yakin, satu hari nanti blog beliau mesti akan sukses dan dikenali ramai. 



YuyuAtiqa :

P/s : Alhamdulillah, otai saya dah selamat sampai Kelantan hari ni. Nak pergi ziarah Qhaliff. InshaAllah. :)


Stop here. Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]











♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Saturday, May 19, 2012

Angkara bola ke ni???



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.





Ni haa.. Saya tengah update entri blog sambil membelakangi 'mereka' yang sedang khusyuk tengok perlawanan bola antara Kelantan dengan SD FC. Siapa mereka? Yang paling excited kat depan tv ni, kakak saya, Atin. Then, yang lain tu, cousin saya, Ummi and her parents aka mak sedara dan bapa sedara saya. Haha. EXCITED betul mereka menyokong Kelantan. 

Balik pada tajuk. " Angkara Bola ". Banyak sebenarnya penangan pasukan Kelantan The Red Warriors di Kelantan ni. First, masa saya keluar merewang dengan kakak dan sepupu saya siang tadi, jalan raya kat Kota Bharu yang selalu sibuk ni dah jadi lengang sebabnya majoriti rakyat Kelantan ni dah berada di Kuala Lumpur. Penuh dah tu kat Stadium Bukit Jalil. Hehe. Kan?



Ni jalan masa on the way nak ke Tesco.


Second, disebabkan bola ni juga lah penyokong pasukan The Red Warriors ni bersatu. I mean, bila masuk part bola, hal politik letak tepi. Rakyat Kelantan semuanya bersatu. Tak kira apa parti politik mereka sekalipun. 

Bagus kan? Ada baiknya juga bola ni. Ni pendapat daripada insan yang tak minat bola macam saya ni. Haha. Tak minat bola sekadar tengok untuk support negeri Kelantan. Boleh kan? hehe.

Lastly, esok Kelantan cuti. maybe sebab nak bagi ruang untuk penyokong-penyokong Kelantan ni bertolak balik ke Kelantan dengan tenang dan selamat. Keselamatan diutamakan ! Hehehe. 

YuyuAtiqa :

esok Zara balik together with her mummy and nanny. Yeayyy ! Miss her. :)


Stop here. Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]








♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Ben Ashaari dalam Generasi Y ..



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.



Hai kawan ! Actually, sekarang tengah siap-siap nak keluar dengan kakak dan sepupu saya. Tapi sempat tengok Ben Ashaari dalam Generasi Y kat tv1 tadi. Hehehe. Topik? Budi bahasa... Penting tu..

Haha. K, out dulu ! Bye. Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Friday, May 18, 2012

currently at Kota Bharu....


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.




This moment waktu kaum-kaum adam ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Saya pula ambil kesempatan update entry. Actually, nak sertakan gambar tapi tak dapat nak upload disebabkan oleh masalah teknikal laptop. Huhu.

Semalam sampai sini dah almost pukul 7.00 malam. Stuck dalam jammed. Seronok kat sini. Melayan kerenah anak buah, Mawar Arissa. Seriously, memang nak upload lah gambar si kecil ni tapi nak buat macam mana. Tak dapat nak upload.

Nanti next entri lah kot, InshaAllah saya cuba upload lagi. Ingat nak ajak cousin pergi Tutti Frutti nanti. Tengok mood dulu lah. Huhu. K, bye !


Wassalam.



Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]







♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Thursday, May 17, 2012

Packed things to KB !



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.




Sempat mengupdate entri ringkas ni sebelum nak bertolak ke Kota Bharu. Why? Sebab ayah, kakak dan adik akan ke Kuala Lumpur kejap lagi. Saya tak ikut sama sebab ada kerja. That is why saya kena bermalam di rumah bapa saudara saya di Kota Bharu  sebab tak ada orang di rumah bila family saya berangkat ke KL nanti.

Ayah risau kalau saya duduk sorang-sorang kat rumah. Tak harap katanya. Maklumlah, anak perempuan. So, ikut sajalah kata ayah. Barang semua dah pack, tengah tunggu cousin datang ambil saja. 

Stop here !

Wassalam.



Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]






♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Saturday, May 12, 2012

LIGA SUKAN UNTUK SEMUA ! :)



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Okay, serius penat ! Tetiba saja ayat tu yang terlintas untuk dijadikan ayat mukaddimah. Haha. Perlawanan hari ni. Serius memenatkan. But, alhamdulillah walaupun penat, berbaloi la sebab menang. :)

Sedikit injured di jari kelingking dan peha tapi alhamdulillah cedera tak serius. Dari pagi sampai ke petang. Mana tak penatnya, stamina pun kurang. Streching pun ala kadar saja. Cooling down lagi laa tak sempat nak buat. Tu yang habis sakit satu badan ni. Padan muka saya kan? huhu

Malam ni home alone lah pula. Mak kat KL. Ayah malam ni baru balik. Kakak, balik lewat malam ni. Aduyai. Serius seram duduk rumah sorang-sorang. Haihh. Apa-apa pun, memang saya akan terperap dalam bilik ni sampai kakak balik nanti. 

Malam ni, serius kena rehat cukup-cukup. Esok still asimilasi. Lagi-lagi kena jadi pengerusi majlis. Nasib laa badan. :(

Banner match hari ni.. :)

Ni muka baru lepas main. Haha. merah mukaku.. :)

This is my team.. Saya yang pakai ( GS ) tu..
sorry gambar kabur..
sebab capture atas kamera.. 

Ni pic team yang lawan final.
team saya ( TITAN GIRLS ) vs team ( UITM )
yang ni pun capture atas camera. blur..

Ni gambar ramai-ramai bersama banner.
saya yang terlebih inci dari orang lain.
Cari lah sendiri ya. hehe

Okaylah. Tak larat nak menaip dah. Nak rehat cukup-cukup. Wassalam.



Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Zara dah nak naik flight dah...



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Pagi-pagi lagi dah tercongok ( loghat kelate ni ) kat depan laptop nak update entri. Ni semua pasal Zara. Huhu. Zara pagi-pagi lagi dah bangun. Mana tidaknya, dah nak balik KL dah pagi ni. Naik belon pula tu. Untunglah si kecil tu. Haha.

Flight pukul 9 pagi tapi disebabkan jarak Machang dengan Airport KB agak memakan masa, so kena gerak awal-awal pagi lagi. Zara cool je tidur. Mak Uyu dia yang sebak sikit. Betul la apa orang cakap, masa ada kat depan mata tak rasa sangat. Bila dah tak ada kat depan mata punya lah rindu. Tu baru anak buah, belum lagi anak sendiri. 

See ! Muka marah kacau dia tidur.
Saya dah cakap, si Zara ni kecil-kecil dah garang.
Hahaha. :)


Stop here. Wassalam.



Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Friday, May 11, 2012

Malam ni baru sempat......



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Malam ni baru sempat nak update entri. Semalam memang nak update, tapi tak sempat nak celah masa plus penat. bayangkanlah, pagi pergi sekolah, balik lebih kurang pukul 4.30 petang. Malam semalam pula training netball untuk match sukan belia wanita esok. Balik dari training, mandi, solat isyak terus landing baik punya atas katil. PENAT laa ! huhu

Pagi ni, pun tak sempat nak buka laptop. Bangun solat subuh then sambung beradu sekejap. huhu. Bangun dari tidur yang sekejap tu, mandi dan pergi training netball. Lepas selesai training, pergi lunch dengan team netball then balik rumah. Dengan keadaan cuaca yang agak panas, lepas mandi dan solat terus berehat dalam erti kata lain TIDUR ! hehe

Haa. Malam ni baru sempat nak buka laptop, online facebook, tweetdeck dan update blog ! Rasa macam banyak dah tertinggal untuk dicoretkan hari ni. Nak buat macam mana, dah tak sempat kan? Tak tahu la bila dah mula belajar nanti. Bulan 11 nanti dah exam semester 1. Confirm kena lebihkan masa untuk study dan siapkan assignment. Tu tak masuk dengan program-program kat sekolah lagi-lagi Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) yang kena handle. 

By this July, akan bermula pilihanraya untuk melantik exco pimpinan baru ( bebudak junior pra U ) untuk ganti senior-senior ni dalam MPP. Agak-agak nama saya naik ke tak? Tak kisahlah. Tengok keadaan dulu.





YuyuAtiqa :

Terkadang bila kita tengok seseorang tu sentiasa ceria, tak semestinya dia betul-betul gembira dalam hidupnya. Mungkin, dengan berpura-pura ceria, dia dapat menghilangkan kesedihan dalam hidup dia. Memang ada orang macam tu. Percayalah. 


Stop here. Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Thursday, May 10, 2012

Morning everybody !



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.





My breakfast for today ! 
semalam tak sempat nak makan, tapi hari ni Alhamdulillah, sempat.
Out to school ! Bye !


Sebelum tu,
 sudi-sudikan spend masa anda 2 minit untuk undi Blog otai saya, Ben Ashaari . 
Thanks !

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Wednesday, May 9, 2012

Zara got her new Baby Bouncer ! :D

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Ingatkan dah tak ada benda nak tulis untuk hari ni rupanya masih ada. Apa lagi, terus buka laptop dan ready untuk mengupdate ! Hehe. Actually, this entry is about my dear niece, Nur Zara Batrisya binti Adnan.

Guess what? See the tajuk laa.. She got her new baby bouncer ! Wah.. Mak Sedara dia pula yang gembira. This Saturday, Zara nak pergi KL dengan mama dia dan nanny juga. So, Mak Uyu duduk kat rumah diam-diam ya. Sobs sobs.. :'(


NI baby bouncer baru Zara. Biru okay, not pink ! Mak Uyu suka ! :)

Gambar ni Mak Long Zara yang capture tapi Mak Uyu ambil  letak dalam blog. Hehe.
Si comel Zara sedang beradu.. :D


Ini muka Zara masa mood dia baik, baru lepas mandi. Kejap ehh. Tengok bawah !
Haa ! Tu diaaaa.. Ni sebab Mak Uyu dia kacau hidung dia, terus keluar dia punya suara yang merdu tu.. Haha

Bila dia nangis, kita bagi susu.
Bila dah bagi susu, mesti dia kenyang.
Ha, bila dah kenyang, mula lah mata tu lali nak tidur !
Haiyyaaa.. Zara.. Zara... Aduyaiii...


Sebelum tu, sudi-sudikan spend masa anda 2 minit untuk undi Blog otai saya, Ben Ashaari . Thanks !



Stop here. Wassalam.




Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Day Two, asimilasi !



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Something simple about today. Bangun pagi tadi baca sms dari otai, " Good ! G skolah baik-baik ya ! " terus bersemangat ! Hehe.Tadi agak lewat sampai di sekolah, jam 7.29 pagi. Masa sampai tu, lagu Negaraku dah berkumandang tapi nasib baik saya lewat sebab tumpang cikgu yang mengajar kat situ. So, diberikan excused la juga. hehe.

Sampai kat dewan dalam keadaan termengah-mengah. Nasib baik tak kena denda dengan senior. Tersengih je saya macam kerang tak berapa nak wangi. haha. Okay. Mula menunjukkan semangat di pagi hari walaupun tak sempat nak ambil breakfast pagi tadi.

Malangnya, sewaktu duk khusyuk bagi cadangan dalam kerja berkumpulan, haa penyakit tak diundang tiba-tiba muncul. Gastrik ni memang tak boleh tengok orang khusyuk buat kerja. haha. Tapi, pretend macam takda apa-apa yang menyakitkan pun. Hehe ( semangat laa kononnya )

Lepas presentation, senior bagi semua junior ( kami ) rehat. Time tu, saya duk melayan perut yang sakit ni lah sampaikan tak sempat nak pergi makan. Ubat pula lupa nak bawa. Haihh. Nasib baik lah, bila minum air mineral dapat kurangkan sakit tu. Ubatnya tahu tak, istighfar banyak-banyak. Betul ni... Tak tipu.. hehe

Alhamdulillah, tak rasa sakit dah. Dah boleh follow aktiviti yang senior kendalikan hari ni. Tadi juga, ada jemputan dari Management Science University ( MSU ) untuk bagi motivation talk pada kami. They are lecturers from MSU, Encik Addie ( A-level lecturer, now tengah sambung PHD ) dan encik Zaim ( lecturer bahagian forensik, also tengah sambung PHD ) Hebat kan? Kagum tengok Encik Addie speaking tadi. Hebat ! Banyak ilmu dan motivasi yang beliau kongsikan. Begitu juga dengan Encik Zaim.

Alhamdulillah, saya dapat cenderamata dari beliau kerana memberi respon sewaktu beliau menyampaikan motivation talk beliau tadi. Saya tak dapat nak letakkan gambar mereka sebab tak bawa phone ke sekolah. Kamera pun tak bawa, jadi tak dapat nak bergambar. Terkilan juga sebenarnya. :')



Ni cenderamata yang saya dapat. Hehe. Seronoknya.. :D


Lepas slot bersama lecturers MSU, senior take over balik slot yang last untuk hari ni. Slot yang simple tapi paling membuatkan saya enjoy. Ianya slot Spell It Right ( SIR ) My group dapat jawab dengan baik dan tepat ! Yeayy.. Hehe. Okay then, slot tu berakhir dengan nyanyian lagu tema asimilasi.

Secara keseluruhan, enjoy juga lah aktiviti hari ni. Thanks senior-senior! hehe. 

P/s : Esok ada persembahan kebudayaan yang perlu dilakukan oleh setiap,kumpulan. Hmm. Now, sedang fikir nak buat persembahan apa. ANY IDEA??? 


Sebelum tu, sudi-sudikan spend masa anda 2 minit untuk undi Blog otai saya, Ben Ashaari . Thanks !

Stop here. Wassalam.



Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]


♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

#8# W O R D L E S S W E D N E S D A Y !


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.






♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, May 8, 2012

Seronok sebenarnya tweet guna TweetDeck ! :D



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.




Sedang khusyuk tweet segala yang terlintas di minda ni tetiba membuahkan sesuatu untuk saya tulis malam ni. TweetDeck ! The question now is, apa itu TweetDeck ? Setakat yang saya tahu, TweetDeck ni ialah satu aplikasi destkop yang mana kita kena install dulu. 

Fungsi dia, kita dapat tweet something, dapat tengok timeline sahabat twitter dan banyak lagi kemudahan lain dalam satu masa. aduyai. Nak hurai macam mana ek? Tengok bawah saya printscreen yang saya punya. Klik gambar untuk nampak jelas.





Untuk yang nak install TweetDeck, kalian boleh google ek. hehe. sorry tak tolong carikan. Okaylah, stop here ! Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]


♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

First day, back to school ! :D



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Pagi tadi, pergi sekolah pukul 9 pagi lebih kurang. Now, pukul 5.30 petang baru sampai rumah. Haha. Cik Nurul Atiqah ni bila dah jejak sekolah, mula lah tak ingat nak balik rumah sebabnya terus melangkah menuju ke Bilik Unit Bimbingan Dan Kaunseling ( UBK Room ) a.k.a rumah kedua saya. haha.

Today, first day asimilasi everything agak memuaskan. Senior-senior pra U dari fakulti Ekonomi, Fakulti Geografi dan Fakulti Seni pun best ! Seronok dan senang hati dengan cara mereka sambut kedatangan kami. Rasa dihargai. 

Now, something playing around in my mind samada nak masuk Fakulti Ekonomi atau Fakulti Geografi? Fakulti Seni tu dah sah-sah tak masuk senarai rasanya sebab memang kurang kesenian sikit. hehe. InshaAllah, istikharah malam ni.

Hari ni, dapat semangat baru bila dapat support dari senior-senior yang dah berpijak di menara gading sekarang. InshaAllah, yakin boleh ! hehe.

Kawan-kawan doakan saya tau ! Terima kasih sangat-sangat.



Muka di pagi hari yang excited nak ' Back To School ' !
( mak yang hantar.. hehe )


P/s : Ni masa on the way balik rumah petang tadi. Tengok ada satu pusat terapi yang baru open kat area rumah saya. Kagum dengan inisiatif dan kesungguhan mereka mempromosikan perkhidmatan mereka.


Stop here first ! Wassalam.


Salam sayang,
[ Yuyu Atiqa ]

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

New spirit! success is everywhere, antara Nak Taknak je ! :)



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.




See the tajuk? hehe. Betul la kan? Kejayaan ada di mana-mana. Terpulang pada kita saja samada nak dapatkan kejayaan tu atau tidak. Kenapa saya bercakap tentang kejayaan ni semua? Sebab that is what I want. Semua orang nak berjaya kan?

Bila tengok sahabat-sahabat dapat masuk IPT, terdetik dalam hati seronoknya. Tapi cepat-cepat pujuk hati, kita manusia hanya mampu merancang, meminta dan berdoa. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Mungkin, Dia letakkan hikmah dan rezeki yang tak akan pernah saya sangka bila saya struggle di Pra U kelak.

Tak dinafikan, sebak saja bila kawan-kawan sudah dapat tawaran ke IPT. Belajar dalam suasana yang baru. Tapi saya percaya dengan rezeki Allah. Someone told me before, this is not the end of the world. Cabaran hidup yang sebenar baru bermula. InshaAllah, Allah tahu apa yang saya nak. Allah tahu apa yang saya ingin kejar dan dapatkan dalam hidup.

Hari ni, 8 Mei 2012, saya akan mendaftar sebagai salah seorang pelajar Pra Universiti di SMK Hamzah, my old school. Okay, Nurul Atiqah is now back to school ! Yeayy.. Alhamdulillah. Semoga akan dipermudahkan segalanya kelak. Harap kawan-kawan dapat mendoakan diri saya. Thanks everybody !


YuyuAtiqa :
Sudah mula untuk mencoretkan almost everything yang dilakukan dalam hidup untuk dilogkan dalam blog peribadiku ini. thanks to my otai. Seriously, sangat menghargai. 


Stop here. Wassalam.

Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, May 1, 2012

PLKN : kawan yang dapat, aku tumpang eksaited !



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Agak *kemalasan* untuk mengupdate blog waktu ini sebenarnya. Tapi, disebabkan sudah 4 hari tiada entri baru yang berjaya ditulis, jadi saya memujuk diri secara *paksa rela* untuk update jugak blog petang ni. Untuk menjadikan saya khusyuk mengupdate, saya menulis entri sambil minum susu segar. haha.

Okay, cukup dengan mukaddimah yang tersangatlah entah apa-apa tu. Berbalik kepada tajuk entri ya ! Pagi tadi saya sempat menghantar sahabat saya, Wan yang telah terpilih sebagai pelatih PLKN bagi siri 2. So, saya dan tiga orang kawan, Fazlen, Lisa dan Tinie decide untuk hantar Wan ( kat tempat berkumpul )

Saya turun dari rumah pukul 8.30 pagi lebih kurang then terus drive ke padang Majlis Daerah Machang (MDM) which is tempat pelatih-pelatih naik bas. Saya sepatutnya berada di sekolah at that time to gather with pasukan pantun untuk latihan terakhir mereka sebelum bertanding esok but saya ambil masa sekejap untuk say goodbye to Wan.

Bila tengok reaksi wajah pelatih-pelatih yang nak naik bas tu rasa macam best je. So sad sebab tak terpilih. Tak apalah, ada hikmah la tu. Kan??? Then, sebelum Wan naik bas sempat jugak la tangkap gambar sikit-sikit. Tak dapat pergi PLKN, dapat tangkap gambar dekat bas PLKN pun jadi lah... Erkk !


Kami wira wirawati negara ! hehehe
This is Wan. Wan tengah sebak sebab taknak pergi. haha.


See ! Ramai orang yang menghantar berbanding pelatih-pelatih yang nak pergi. Hehe.


Ni haa. Buat muka tembok tetiba peace kat depan bas PLKN. Haha





Tiga gadis pingitan, Tinie ( tudung hitam ) Fazlen ( Baju Kelabu )  Lisa ( baju oren )
Me?? Yang tengah tangkap gambar tu laa..


Okay. Jangan terpedaya !
 Sekadar perasan nak jadi pelatih yang nak naik bas dengan penuh eksaited walhal tidak ! hahaha..



Sekadar entri ringkas hari ni. InshaAllah, kalau ada kerajinan dan kelapangan masa entri berikutnya akan dikemaskini secepat mungkin. Hehe. Thanks everybody !


Wassalam.




Salam sayang,
[ Yuyu Atiqa ]




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥