Friday, April 27, 2012

Fadhilat Solat Sunat Dhuha



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Terasa ingin menulis di subuh hari. Terdetik di hati ingin berkongsi info islam dengan pembaca blog YuyuAtiqa. It's about Solat Sunat Dhuha. Solat sunat ini dikerjakan selepas solat sunat Israq iaitu matahari kadar segalah dan berkekalan hinggalah gelincir matahari ( masuk waktu zohor ). 

Kebiasaannya, solat sunat ini dikerjakan sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyaknya 12 rakaat.

Sahabat, fadhilat solat sunat Dhuha sangat besar.

" Sesiapa yang berkekalan mengerjakan 2 rakaat solat Dhuha nescaya akan diampunkan segala dosanya walaupun sebanyak buih di lautan ". 

- Riwayat Ar Tarmizi dan Ibnu Majah.


Lafaz niatnya :


أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah taala.


Surah yang biasa dibaca ketika menunaikan solat ini :

Bacaan rakaat pertama :
Selepas al-fatihah - Surah As shams atau Al kafirun

Bacaan rakaat kedua :
Selepas Al-fatihah - Surah Ad Dhuha atau Al Ikhlas


Di bawah ni saya sertakan doa Dhuha. Semoga kalian juga dapat turut sama amalkan membacanya dalam setiap doa kalian setelah menunaikan solat. 









Setakat ini dulu perkongsian saya di subuh hari ni. Semoga kita semua mendapat sedikit sebanyak manfaat daripada entri ini. Selamat beramal, sahabat !


Wassalam.




Salam sayang,
[ Yuyu Atiqa ]
♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Wednesday, April 25, 2012

#8# W O R D L E S S W E D N E S D A Y



On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Thursday, April 19, 2012

Bila jumpa Ben Ashaari Junior !



Assalamualaikum wbt.

Untuk hari ni, waktu dan saat ini baru sempat nak on laptop dan mengupdate blog. Agak kesibukan dengan tugas di rumah dan tempahan katering. Berbalik kepada tajuk entri kali ni ' Bila Jumpa Ben Ashaari Junior ! '. Yaa.. Alhamdulillah, hari ni saya berkesempatan untuk berkunjung ke Kok Lanas iaitu ke rumah mertua Ben Ashaari. 




Qhaliff dalam dukungan YuyuAtiqa. Ternganga Qhaliff tidur. Lena sangat tu..
Hehehe... Sayang Qhaliff... :)

Qhaliff celik kejap masa saya dukung. Comel !

Bapa yang penyayang.. Acecey.. hahaha


Disebabkan nak sangat jumpa dengan ben Ashaari Junior ( Si comel Qhaliff Iman ) alang-alang beliau sudah berada di bumi Kelantan, so saya pun mencelah masa yang ada untuk melawatnya. hehe.


Actually, nak melawat Qhaliff dari hari Selasa lagi tapi hari tu sibuk dengan tempahan roti jala kat rumah, so terpaksa cancel. Ben Ashaari ajak datang hari Jumaat sebab buat cukur jambul Qhaliff. Tapi secara kebetulan, hari ni ada katering di area berdekatan dengan Kok Lanas. So, saya mencelah la sekejap ke Kok Lanas sambil-sambil menunggu katering selesai.


Sebelum pergi tu, sempat jugak call Ben Ashaari dulu nak inform perjalanan ke sana sebab takut-takut beliau tak ada kat rumah. Then, lepas call beliau cakap tak ada ke mana-mana and he said okay. Saya pun dengan gembiranya drive ke sana bertemankan sahabat saya, Fazlen. 


Terfikir jugak jumpa ke tidak rumahnya nanti. Risau takut sesat. Rupa-rupanya senang sangat la nak jumpa rumahnya. Haha. Mula-mula masuk ke dalam tu nampak ayah Qhaliff dulu ( Ben Ashaari ) yang sedang khusyuk dengan Toshiba Ultrabook nya ( jangan marah Ben ) baru laa jumpa dengan Kak La dan si Qhaliff yang sangat lena tidur dalam pelukan ibunya.


Sangat eksaited...


Dapat jumpa dan dukung Qhaliff one of the moment yang indah dalam hidup. Yela kan, selalu duk follow and baca entri pasal Qhaliff dalam Santai Ben Ashaari je kan? Bila dah tengok depan mata, dapat dukung lagi, wah sangat gembira di hati.


Yang geramnya si Qhaliff Iman ni lena yang amat tidur waktu saya datang. Haha. Ayahnya ganggu pun tetap taknak buka mata. Kata Ben Ashaari, bila akak Yuyu balik baru laa dia nak celik mata.. Haihh.. Qhaliff ni... hahaha.. 


Laju bebenor Ben Ashaari update blog beliau tentang kedatangan YuyuAtiqa. Kalian boleh click sini untuk baca entri beliau.




Yuyu Atiqa :


Agak tidak puas hati dengan kualiti gambar. Ambil gambar guna phone. Lupa bawa kamera. Tak apa laa ek?? hehe..




Okaylah, entri terhenti di sini. 




Salam sayang,
[ Yuyu Atiqa ]


♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, April 17, 2012

Al fatihah buat Allahyarham Ab. Halim bin Md Diah.





Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Sekadar entri ringkas. Niat di hati sejak seminggu yang lalu untuk buat entri ini. Buat pembaca yang singgah membaca entri ini, saya harapkan kalian boleh sedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham Ab. Halim bin Md. Diah iaitu bapa kepada idola saya, saudara Hami Asraff bin Ab. Halim.

Semoga roh allahyarham sentiasa tenang dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


Sebak ketika mendengar nasyid ini. Moga Allah sentiasa menerima taubat kita. ameen.






[ Yuyu Atiqa ]

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Ingatlah, andai kamu sering mengingati mati, itu bermakna Allah sangat menyayangi kamu dan ingin kamu sentiasa berada dekat denganNya serta menjauhi segala laranganNya. InshaAllah.


♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Saturday, April 14, 2012

Ben Ashaari ? Another surprise! Alhamdulillah. Syukur.




Assalamualaikum wbt.

Mata masih belum mahu lelap. Maka aku decide untuk blogwalking sambil baca entri-entri yang dapat tambah ilmu sikit sebanyak malam ni starting dengan blog idolaku diikuti dengan entri blogger-blogger yang muncul di dashboard aku. Terus, hati terdetik, apa kata aku update blog. Terbit kerajinan sedikit untuk melawan kemalasan yang agak tebal sekarang.

Namun, masih tidak ada idea untuk update. Tiba-tiba, waktu aku tengok dashboardku, followers blog aku bertambah lagi satu. Ahh sudah... mula-mula genyeh jugak la mata sebab takut tersilap tengok. Tapi, tiga empat kali refresh, ehh betul laa. ada follower baru. maka, aku pun tertanya-tanya, siapa pula la yang rajin blogwalking sambil follow blog aku yang sangat tak seberapa tengah-tengah malam ni kan?





Bila aku tengok siapakah makhluk Allah yang baik hati itu, alangkah terkejutnya aku apabila salah seorang blogger otai, Encik Ben Ashaari yang merupakan salah seorang blogger senior yang pastinya dikenali oleh sesiapa yang berkecimpung dalam dunia blogger ni lah. Tak pernah aku sangka yang Encik Ben Ashaari a.k.a papa kepada si comel, Qhaliff Iman akan follow blog picisan aku ni. Subhanallah. 


Terharu. Betul-betul terharu. Nasib baik tak sampai tahap mengalirkan airmata. Blog beliau memang santai. Sebab tu aku selalu akan click dan baca setiap entri yang beliau update. Lately, update pasal Qhaliff. Sangat sweet. Bapa yang penyayang. 

Mohon maaf andai ada yang tak senang dengan entri aku kali ni. Sekadar ingin berkongsi kegembiraan. Tidak pernah terlintas untuk menunjuk mahupun riak. Nauzubillah. Aku harapkan, Encik Ben Ashaari follow blog aku sebab entri yang aku hasilkan. Mudah-mudahan. Sesungguhnya, aku hanya seorang blogger amatur yang suka menulis. :)

Terdetik di hati, andai satu hari kelak, idola aku follow blog aku, mungkin aku akan nangis kot. Mana tidaknya, beliau berconversation denganku dalam twitter pun sudah buat aku benar-benar terharu. Subhanallah. Terima kasih Allah. Setidaknya, moment kegembiraan ini dapat menghilangkan kesedihan yang melanda diri aku.

Sebelum berhenti menulis, mohon maaf atas penggunaan 'aku' dalam entri kali ni. Ianya benar-benar luahan hati yang sukar nak digambarkan. Hanya Allah yang tahu apa yang sedang dirasai sekarang. 

Buat Encik Ben Ashaari ( jika anda membaca entri ini ) serta
followers blog Yuyu Atiqa yang disayangi,

Saya, Nurul Atiqah Ahmed benar-benar terharu kerana kesudian anda menjenguk dan follow blog saya yang serba kurang ni. InshaAllah, saya takkan pernah jemu untuk menulis dan berkongsi ilmu dengan semua pembaca yang sudi ke sini, selagi saya mampu. Saya akan terus berusaha untuk menghasilkan entri yang berkualiti. Sekurang-kurangnya dapat memberi manfaat sedikit sebanyak kepada mereka yang singgah di sini.  Sekali lagi, terima kasih. 

Wassalam.


Salam hormat,
[Yuyu Atiqa ]



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Sunday, April 8, 2012

Tatkala tersedar dari mimpi..


Assalamualaikum wbt.






Renggangnya sebuah perhubungan bukan bererti penamat bagi sebuah persahabatan. 
Ia masih mampu diselamatkan. 
Khilaf masing-masing diperbaiki, 
maaf memaafi antara satu sama lain.

Kata-kata yang terluah di bibir,
ayat yang diluahkan melalui penulisan 
tidak semestinya mampu menggambarkan secara keseluruhan 
apa sebenarnya yang tersirat jauh di sanubari.


Pastinya terdetik di hati
tertanya-tanya khabar berita walaupun
hakikatnya hanya berbisik sendiri.


Sesuatu yang bermakna takkan dapat dilupakan 
dalam sekelip mata malah takkan dapat dibuang dari ruang ingatan.


Biarkan ia menjadi memori.
Memori dan pengalaman yang boleh mematangkan diri.






[ Yuyu Atiqa ]
-1.10 am-
31/3/2012 ( Sg. Buloh )

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, April 3, 2012

Masuk ke Taman Ilmu :)


Assalamualaikum wbt.

Sejak semalam hati membuak-buak ingin mengemaskini blog ( tak adalah sampai membuak-buak tu. ) Tersangatlah hiperbola kan? Haha ) Malam ni, saya bangkit melawan 'kemalasan' untuk mengemaskini jugak blog ni. Tak kira lah ayat lintang pukang ke tidak, janji sedikit sebanyak dapat berkongsi apa yang sedang bermain di minda sekarang.

Okay, cukup mukaddimah yang entah apa-apa tu ( sila abaikan. Haha ) Bercakap soal ILMU. Apakah yang sedang bermain di fikiran kalian sekarang? Wahai sahabatku sekalian. Sedar atau tidak, kita ada banyak sangat peluang untuk mencari ilmu. One of the best way sudah tentulah dengan membaca. 


 


Tapi, bila sebut pulak tentang membaca, pastinya akan terbit secebis perkataan 'malasnya nak bukak buku', 'malasnya nak baca artikel tu'.. " MALAS " Musuh dalam selimut. Siapa setuju? cakap saya satuju. Haha. Okay, gurau. 

Sahabat.. Jangan kata malas andai kita ingin mendapatkan Ilmu. Membaca tak semestinya kalian kena baca buku-buku tebal, artikel-artikel panjang. Kalau rajin, boleh saja baca dan bila dah baca tu tak semestinya kalian kena habiskan bacaan tu sekaligus kan? Bacalah sedikit-sedikit. Biar lambat asalkan kalian memahami apa yang kalian baca. 




Kalian boleh baca buku-buku yang mudah dan bermanfaat yang menambah ilmu dan pengertian tentang agama seperti Fiqh As-Sunnah, Riyadhus Salihin dan kitab-kitab tafsir yang mudah difahami serta artikel-artikel yang membawa manfaat. 

Sama ada kalian sedar atau tidak, ketahuilah bahawa amal kita yang utama ialah mengetahui dan memahami maksud Allah SWT yang terkandung dalam kitabNya ( Al-Quran ) dan maksud Rasulullah SAW yang terdapat dalam sunnahnya. Sebab itu, kita kena memperbanyakkan renungan terhadap makna ayat-ayat yang terkandung dalam kitab suci Allah SWT.

 Sebagaimana Rasululullah SAW bersabda yang bermaksud :


" Barang siapa yang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya Dia akan menjadikannya memahami agama. "
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )


Yang sebaiknya, hafalkanlah serta praktikkanlah ayat -ayat yang mudah dalam kitab suci Allah SWT. Percayalah, bersikap tidak peduli terhadap syari'at Allah hanya akan mengakibatkan kegelapan hati dan kesesakan dada kalian. 

Saya doakan semoga kita mampu menghindari waktu kita daripada terbuang dengan perkara sia-sia kerana setiap detik daripada waktu itu akan dihisab oleh Yang Maha Esa. Ayuhlah, kita pergunakan waktu kita sebaik-baiknya untuk menggapai redha Allah SWT.


Renungan,

Sesungguhnya di antara jalan mencapai kebahagiaan adalah dengan memahami agama. InshaAllah, dada akan terasa lapang.


Wassalam.


Salam sayang,
[ Yuyu Atiqa ]

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥