Tuesday, March 27, 2012

Permata hati sulung kekanda tersayang.




Assalamualaikum wbt.

Dari semalam lagi terdetik di hati untuk mengemaskini entri yang baru cuma kekurangan idea untuk menulis. Alhamdulillah, hari ini ada sesuatu yang terlintas di fikiran. Mungkin juga sekadar entri ringkas.

Ingin kongsikan khabar gembira, Alhamdulillah Allah telah mengurniakan seorang lagi ahli baru dalam keluarga saya. Cucu sulung ayah dan mak, anak saudara sulung saya, anak sulung kekanda kedua saya. Syukur yang tidak terhingga.


Nur Zara Batrisya binti Adnan

Di saat saya berada di Di Muara Beach Resort, Tok Bali untuk membantu kaunselor dalam sebuah program selama 3 hari 2 malam di sana baru-baru ini, saya dikhabarkan dengan berita kelahiran tersebut oleh adik saya. Kakak selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Ampang. Subhanallah. Tanpa disedari, menitis airmata kegembiraan. Begini rupanya perasaan 'excited' menerima kehadiran anak saudara yang pertama.

Dari apa yang mak cakap, baby alami komplikasi selepas dilahirkan. Radang paru-paru. Terdetik kerisauan di hati. Doa dipanjatkan tanpa putus ke hadrat Ilahi agar melindungi dan memberikan kesihatan kepada anak saudara saya dan kakak tersayang. Alhamdulillah, beberapa hari lalu, baby dah melepasi komplikasi tersebut. wayar oksigen yang disambungkan pun sudah dibuka.


Muka Zara sewaktu masih memakai wayar bantuan oksigen.

Syukur. Hari ini, hari ketujuh kelahirannya dan mengikut sunnah Rasulullah, abang ipar telah mengumumkan nama puteri sulungnya sejurus selepas solat maghrib tadi. Nur Zara Batrisya binti Adnan. Seindah nama dan maknanya.


Zara sewaktu dipangku oleh mamanya.

Tak sabar menantikan kepulangan Zara ke rumah ( Kelantan ). Sudah mula terfikir apa panggilan yang akan dipanggil oleh Zara nanti. Haha. Tergelak sendiri. Semoga Nur Zara Batrisya binti Adnan menjadi anak yang solehah serta hamba Allah yang taat. ameen.

Setakat ini dahulu entri kali ni. Wassalam.



Salam sayang,
[ Yuyu Atiqa ]



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Sunday, March 25, 2012

Personality Test !


Assalamualaikum wbt.

Tiba-tiba tergerak hati nak update entri baru malam ni. Sekadar entri ringkas rasanya. Beberapa minit yang lalu semasa sedang meng'online'kan diri di facebook dan twitter, mata sempat tertumpu pada satu link yang dikongsi oleh senior saya di dinding facebook kakaknya. Sesuatu yang menarik perhatian saya.




Apa ya? Haha. Ianya ujian personaliti. Mungkin ada yang pernah dengar pasal ni dan ada juga yang tak pernah dengar. Ada ke?? Haha. Tak mengapa. Sebenarnya, ujian ni perlu untuk sesiapa yang masih keliru dan ragu-ragu dengan personaliti dirinya. Itu pendapat saya lah. Tapi ini hanyalah sekadar ikhtiar tau. :)

- Keputusan Ujian Personaliti -


Bagi kawan-kawan yang nak cuba buat ujian personaliti ni, boleh tekan sini. Sekali lagi saya khabarkan, ini hanyalah sekadar ikhtiar. Sesungguhnya, mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa iaitu dengan bermuhasabah diri adalah cara terbaik untuk menyelami personaliti diri kita dari setiap segi.

Semoga Allah merahmati kita semua. ameen.

Saya hentikan entri malam ini di sini. Semoga ceria selalu.

Wassalam.

Salam sayang,
[ Yuyu Atiqa ]




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Thursday, March 22, 2012

Entri ringkas : Permohonan Kursus Perguruan SPM KPLSM Ambilan Jun 2012



Assalamualaikum wbt.

Salam ceria buat semua pembaca blog saya. Mohon maaf sebab sepanjang berada di Kuala Lumpur, saya tak sempat nak kemaskini entri baru. Alhamdulillah, saya selamat sampai di rumah pada jam 4.56 pagi semalam ( 21 Mac 2012 )




Entri kali ni adalah entri yang ringkas untuk pemberitahuan kepada calon-calon lepasan spm yang berkemungkinan ingin memohon untuk menyambung pembelajaran anda di institut perguruan.

Anda boleh click di sini untuk mengetahui tentang Permohonan Kursus Perguruan tersebut.

Saya hentikan entri ringkas di sini. Terima kasih.

Wassalam.



[ Yuyu Atiqa ]


♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥