Wednesday, February 29, 2012

Aku diam dalam bicara..




Assalamualaikum wbt.
================


Bangun dari tidur pagi ini, alhamdulillah masih diberi nafas dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang sementara ini. Namun, entah kenapa. Terasa sebak di pagi hari.




Aku diam dalam bicara..


Apa sebenarnya yang tersirat di sebalik tajuk entri? Entah. Aku sendiri tertanya-tanya. Ianya datang dari hati terus ke minda lalu dicoretkan di sini.


Hati terasa sebak.
Semakin cuba untuk berlagak tenang, semakin ia sebak.
Cuba bertindak seolah-olah tiada apa yang mengganggu fikiran, namun masih sebak.
Semakin masa berlalu detik demi detik, sebak semakin menyelubungi.
Saat kain dilipat dan dimasukkan ke dalam beg, semakin kuat sebak di dada.


Ya rabb.
Pengorbanan itu memang sangat menyakitkan.
Terpaksa berpura-pura seperti tiada apa yang menyakitkan.
Walaupun hakikatnya hati sangat terluka.
Namun, kenyataannya perlu ada yang berkorban.
Berkorban kerana kerelaan hati, bukan kerana terpaksa.
Biarlah satu hati yang luka sebelum nanti lebih banyak lagi yang terluka.


Ya Rabb.
Jauhkan rasa putus asa dan mengeluh dari hati. Jauhkanlah.
Tetapkan hati ini supaya cekal dan tabah berdiri hadapi ujian kecilMu.


Ya Rabb.
Semoga betul tindakan ini.
Berada jauh mungkin dapat mengubat hati.
Berada jauh mungkin keputusan yang terbaik.
Pergi tanpa memberitahu, juga lebih baik.
Ya.. pergi..
Itulah yang terbaik.


Ya Rabb.
tolonglah.
Buangkanlah perasaan itu dari hati.
Naluri kuat mengatakan,
Walau teramat pahit pada awalnya,
lambat laun akan terasa kemanisan pada akhirnya.

Tersimpan harapan,
moga senyuman yang terukir mampu sembunyikan segalanya yang tersimpan di hati.



Yuyu Atiqa:

" Semoga sepi yang menyelubungi, akan terubat dengan membawa diri pergi dari sini. Yakin pada perancangan Ilahi. "


♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Sunday, February 26, 2012

Karnival Pengajian Tinggi " Jom Masuk U "



Assalamualaikum wbt.
===============


Apa khabar semua? Saya doakan semuanya sihat. Dah lama entri blog tak dikemaskini. Tersangatlah ketiadaan idea dan kemalasan untuk menaip baru-baru ini. Haha. Alhamdulillah, malam ni sedikit rajin untuk berkongsi aktiviti yang saya lakukan hari ni.



Hari ni, seharian saya berada di ibu negeri Kelantan, Kota Bharu. Buat apa ya? Actually, saya bersama abang saya ( Isham ) dan tiga orang lagi sahabat saya ( Anis, Yana, Akmal ). Kami pergi Karnival Pengajian Tinggi " Jom Masuk U " . Pergi dengan bas. Seriously, lama yang amat tak naik bas ke Kota Bharu. haha. Seronok ! :D

Setiap tahun, karnival ni diadakan. Alhamdulillah, kali ni dah masuk kali ketiga saya berpeluang berkunjung ke karnival ni di Kelantan. Sampai sana, saya berpecah dengan abang. Abang ada hal dia then saya teruskan perjalanan dengan Anis, Yana dan Akmal. Ramai jugak jumpa dengan kawan-kawan lama kat sana. Yang pasti, tersangatlah ramai pengunjung yang datang. Penuh sesak dengan manusia. haha.






Lepas dah dapatkan info dari beberapa booth IPTA dan IPTS, saya dan kawan-kawan ke food court yang berdekatan dengan stadium untuk lunch sebab perut dah teramat lapar. Haha. Alhamdulillah, selesai makan kami cari surau berdekatan untuk solat Zohor.




Selesai solat Zohor, kami ke Parkson shopping mall. Lenguh kaki jelajah satu mall. Haha. Nasib baik ada kerusi urut, "Rest and Go". Dapat la jugak hilangkan lenguh-lenguh badan sambil tunggu Anis dan lain-lain shopping. Dah puas shopping, dalam pukul 4.30 petang macam tu, kami naik bas balik ke Machang.



Alhamdulillah, sangat seronok walaupun agak memenatkan. Saya hentikan entri setakat ni dulu ya! Sudah lenguh jari menaip plus mata pun kuyu perlukan tidur. *demam.


Wassalam.



Salam sayang,
[ Yuyu Atiqa ]

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Thursday, February 23, 2012

Jom intai BLOG bloggermates aku kejap.



Assalamualaikum wbt.
===============


Salam ceria semua !

Satu entri ringkas malam ni. Tentang apa? Mari la nak cerita. Sebenarnya, saya nak ajak kalian yang baca entri ringkas saya ni ziarah dua buah blog awesome milik dua orang bloggermates yang boleh dikatakan rapat dengan saya. Acecey. jangan fikir bukan-bukan. NO NO NO ! hehehe. :D




Siapa dua insan yang bertuah tu? Nak tahu? Betul ni kalian nak tahu? Okay-okay. Nak bagitahu la ni. Cuba sabar sikit. hehe.


Apa yang saya boleh cakap, mereka berdua mempunyai keistimewaan masing-masing. Blog mereka pun boleh tahan ramai pengunjung. Sebab apa? sebab mereka pandai menarik pembaca ke blog mereka. Lagipun, mereka memang rajin kemaskini entri baru.


Jom kita tengok header blog mereka kat bawah ni :






Beliau rajin kemaskini entri blog beliau. Beliau seorang yang berjiwa puitis. Sebab apa? Banyak betul entri-entri beliau dalam ( SEINDAH BICARA, SEBUAH MEMORI, LUAHAN HATI ) yang menggunakan kata-kata yang puitis. Kagum ! Banyak juga entri tentang rahsia. Rahsia apa? Nak tahu. Kenalah masuk blog beliau. Tekan saja link kat atas, okay !






Cik Mun ni pun tak kurang rajinnya kemaskini blog beliau. Hehe. Kadang-kadang tu terasa cemburu sikit sebab beliau selalu ada idea nak kemaskini entri baru. Acecey. tak adalah. gurau saja. Beliau adalah bloggermates yang paling rapat dengan saya. Yang buat saya terharu, beliau siap letakkan RSS feed blog saya di blog beliau. Terharu. Terima kasih, Mun. Sayang kamu ! Kat bawah saya ada printscreen ruangan RSS feed blog saya di blog beliau :



Melihat kepada header blog mereka pun dah buat kalian excited nak masuk blog mereka kan?? Haa. Tak tengok lagi entri mereka. Bagi saya, ianya terbaik dan banyak membawa perkongsian yang bermanfaat. Jangan lupa ke blog mereka tau.


Okaylah, entri kali ni terhenti di sini.

Wassalam.



Salam sayang,
[ Yuyu Atiqa ]

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Wednesday, February 22, 2012

#7# W O R D L E S S W E D N E S D A Y !


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.









♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, February 14, 2012

Bila fikir soal jodoh..








Assalamualaikum wbt.
===============




Satu entri ringkas. Setiap hari, bangun dari tidur seperti biasa bersihkan diri, solat dan teruskan aktiviti harian macam biasa. Sekarang, semua tugas harian dah siap, terus masuk bertapa dalam bilik depan laptop. Tapi hari ni, minda ni semakin ligat berfikir soal jodoh. Dalam pada itu, sempat juga bermonolog, kenapa asyik fikir pasal jodoh je ni?


Kadang-kadang tersenyum sendiri dalam bilik. Haha. Tak boleh nak senyum kat depan mak dengan ayah. Takut nanti mereka cakap anak dara mereka dah tak berapa nak sihat dah. Haha. Eh, jangan macam tu. saya sihat walafiat lagi ni, Alhamdulillah.


Cuma yelah kan. Kita tak boleh nak jangka apa yang tiba-tiba appear dalam fikiran kan? Bila dah muncul tu, semakin dielakkan dari memikirkannya, semakin ligat pulak otak ni nak fikir. Lepas tu mula la nak sakit kepala fikir perkara yang tak sepatutnya fikir. Haha. Okay, perangai agak *pelik sikit hari ni. *Sila abaikan ya !


Okay, dah mula nak melalut ke benda lain rasanya ni. Haha. Okay, cakap pasal jodoh. Saya dah pernah mention dalam twitter rasanya. Umi cakap, kena mula doa dari sekarang untuk dapatkan bakal suami yang beriman dan boleh bimbing kita ke jalan Allah sampai syurga.


Yang pasti, takkan pernah lupa untuk doa tentang tu. Apa-apa pun, banyak lagi perkara yang perlu saya kecapi sebelum mendapatkan pasangan hidup. Umur baru setahun jagung. Haha. Eh, elok apa kalau kahwin awal. Kan??? haha.


Disebabkan duk terfikir pasal jodoh, terasa nak dengar lagu ni. Menusuk ke hati je bila dengar. Alhamdulillah. Istikharah padaNya. Dia maha Mengetahui.






Perihal Jodoh :

Berkahwinlah demi Allah dan nabi. Bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jangan risau soal jodoh, bila tiba masanya nanti ia akan datang menjemput. Namun, perlulah juga terbuka hati dan ruang agar ianya mudah sampai dan tidak terhalang.



Wassalam.


Salam sayang,
[ Yuyu Atiqa ]

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Monday, February 13, 2012

" Segmen Cik Mun : First post aku in Blogging. "




Assalamualaikum wbt.
===============



Apa khabar semua?

Kebelakangan ni saya memang sangat-sangat tak sempat nak mengemaskini blog. First, sebab sibuk dengan tugas. Second, sebab kekurangan idea nak tulis entri baru. Hehe. Jadi, minta maaf sangat-sangat la bagi yang selalu datang blog ni untuk baca entri baru. Ehh. Kejap. Ada ke pembaca setia yang hari-hari datang baca blog saya ni ? Okay, *perasan sekejap aje !


Dah-dah. Cukup lah mukaddimah yang entah apa-apa tu ya! Sebenarnya, memang kalau ikutkan mood nak menulis, saya tersangatlah malas. Tapi disebabkan beberapa hari lalu, rakan blogger saya, Cik Mun yang comel tu dah tinggalkan pesanan di Tagboard saya. Beliau cakap beliau dah tag saya dalam satu segmen yang beliau buat. Ha ni pesanan beliau :






Tengok printscreen kat atas ni, yang dalam kotak merah tu lah pesanan Cik Mun kat saya. *Abaikan message blogger lain ek ! hehe. :D



Printscreen kat atas ni pula dari blog Cik Mun. Tengok-tengok memang betul lah Cik Mun dah tag saya. Link dalam kotak merah tu link blog saya. Wahh. orang first yang kena tag lagi tu. *Terharu ! :D


Jadi, disebabkan Cik Mun ni dah rapat dengan saya, saya pun ambil keputusan luangkan masa kejap untuk buat entri ni khas untuk segmen di blog Cik Mun.






Kalian nampak tak banner yang comel kat atas ni? Okay, kalau nak tahu banner kat atas ni ialah banner yang Cik Mun letakkan untuk segmen beliau. Comel kan? macam beliau juga lah. Betul, tak tipu ! Hehe.


Kalian tertanya-tanya tak, apa segmen yang beliau buat ni kan? Okay, mari sini saya nak bagitahu. Segmen ni adalah segmen " Entri pertama sekali yang kalian tulis masa kalian mula-mula ada blog/buat blog ". Faham tak? hehe.


Apa entri pertama saya? haha. Okay, mari sini nak cerita sikit sebelum saya bagi link entri pertama saya tu. Dulu, saya ada dua buah blog. Blog pertama saya adalah blog paling lama yang pernah saya ada. Since 2008. Tapi, tahun lepas saya terpaksa delete blog tersebut atas sebab-sebab tertentu. Sebab tu lah, terhasilnya blog ini, Blog Yuyu Atiqa.


Pada mulanya, niat saya buat blog ni untuk saya tulis cerpen dan puisi. Sebab tu entri pertama saya dalam blog ni pun sebenarnya sebuah cerpen yang bersambung. Tapi, disebabkan terlalu banyak tugas yang memerlukan komitmen saya, cerpen tu tergendala sampai sekarang. haha


Tajuknya, Masihkah Ada Bahagia. Yang sedihnya, saya sempat tulis cerpen tersebut untuk ( part 1 ) saja. Huhu. Agak terkilan. InshaAllah, bila dah tiba masa yang sesuai, saya akan sambung tulis cerpen dan puisi nanti. :)


Okay, Masihkah Ada Bahagia adalah entri pertama saya dalam blog ni. Hehe. Jangan ada yang gelak pula masa baca entri tu ya ! Pada kawan-kawan yang nak sertai segmen Cik Mun, janganlah segan-segan ya. Kalian boleh click sini untuk sertai segmen.



Okaylah, pembaca yang disayangi. Jari ni pun dah lenguh menulis. InshaAllah, entri yang baru akan menyusul bila saya ada masa terluang nanti. Jangan serik-serik datang sini. Entri kali ni saya hentikan di sini.


P/s : Cik Mun, saya tak tahu nak tag kan segmen ni kat siapa. huhu.



Wassalam.



Salam sayang,
[ Yuyu Atiqa ]










♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Wednesday, February 8, 2012

Tersentuh hati dengan telatah pakcik OKU :')




Assalamualaikum wbt.
===============


Salam ceria semua. :)

Hari ini saya agak penat dan sangat tak larat serta kemalasan nak menaip entri yang panjang. Sebenarnya nak menaip entri tentang ambil lesen P tadi tapi tersangatlah malas nak menaip dengan panjang lebar. Mungkin dalam entri yang akan datang lah kot. Entri kali ini cuma nak berkongsi pembelajaran bahasa isyarat dengan kalian.






Tadi masa berada di litar, terserempak dengan Pak Su ( seorang OKU, bisu dan pekak ). Tersentuh hati melihat beliau menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi. Kelihatan beliau sangat gembira dan teruja untuk berkongsi kegembiraan beliau.


Namun, saya agak terkilan. Kenapa? Sebab pertama, saya tak jelas dengan apa yang beliau ingin sampaikan. Alangkah baiknya jika saya tahu bagaimana untuk berinteraksi menggunakan bahasa isyarat. Sekurang-kurangnya saya dapat memahami dan berkomunikasi dengan Pak Su tu. Serius, agak terkilan di situ. Dari situ jugalah, terdetik di hati untuk cuba semampu saya untuk mempelajari bahasa isyarat secara perlahan-perlahan. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. amin.


Jadi, bersyukurlah kita diberikan nikmat suara, pendengaran dan penglihatan oleh Allah swt. Kagum melihat kesungguhan Orang Kurang Upaya ( OKU ) untuk menjalani kehidupan mereka seperti orang normal yang lain. Subhanallah.. :')


Saya hentikan entri ringkas ni setakat ini dahulu ya. InshaAllah, akan diceritakan suasana di akademik memandu dalam entri akan datang.


Semoga ceria selalu.


Wassalam.


Salam sayang,
[ Yuyu Atiqa ]





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, February 7, 2012

Anak soleh dan solehah penyeri hidup




Assalamualaikum wbt.
===============


Salam ceria semua !

Pada mulanya terasa macam agak kemalasan nak menulis dan mengeluarkan idea untuk mengemaskini blog ni. Tetapi disebabkan mood nak buat entri baru ni tiba-tiba muncul maka terhasil lah entri ni. Hahaha.


Okay dah. Cukup mukaddimahnya ya !



Sumber : google image




Sebenarnya terdetik di hati untuk tulis entri baru ni sebab terbaca satu rencana dalam paper Harian Metro ( variasi ) tarikh ( Jumaat: 3/2/2012) Rencana tersebut bertulis perihal Anak Soleh dan Solehah Penyeri Hidup. Ilmu yang bermanfaat, tak salah jika dikongsikan bersama pembaca kan?


Sedar atau tidak, kita sebagai seorang anak mempunyai satu tanggungjawab yang sangat besar. Kenapa? Kerana kita adalah harapan ibu bapa, bangsa, agama dan negara pada masa hadapan. Bukan begitu?


Alhamdulillah, sekiranya ibu bapa membiasakan kita dengan kebaikan ketika hati kita masih putih bersih, InshaAllah kita akan membesar menjadi seorang anak yang baik dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sebaliknya, jika kita dibiasakan dengan hal kejahatan serta diasuh bagaikan binatang, maka besar kemungkinan kita menjadi seorang yang berperibadi rosak dan hancur. Nauzubillah.


Allah berfirman yang bermaksud :

" Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya adalah malaikat-malaikat kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan ".

( Surah At-Tahrim ayat 6 )



Di sini saya ingin kongsikan satu contoh dengan kalian.


Sumber : google image

Pernahkah kalian mendengar nama Umar ibnu Abdul Aziz? Pada usianya yang masih kecil, beliau menangis. Kemudian ibunya bertanya, " Apakah yang membuatmu menangis? " Beliau menjawab, " aku ingat mati ". Waktu itu beliau sedang menghafal kalam suci Al-Quran. Ibunya terus menangis saat mendengar perkataannya. Subhanallah. Ibu bapa mana yang tidak gembira jika anak mereka seperti Umar ibnu Abdul Aziz.


Di antara langkah dasar mendidik anak yang dinyatakan dari Al-Quran dan sunnah adalah mengajarkan tauhid kepada anak, mengesakan Allah dalam hal beribadat kepadaNya, menjadikannya lebih mencintai Allah dan tidak akan ditakutinya kecuali Allah.


Bertuahnya kita apabila ibu bapa kita mengajar kita solat dan membiasakan kita bersolat secara berjemaah, mengajar kita agar sentiasa bersyukur pada Allah, kepada kedua orang tua dan kepada orang lain saudara sesama Islam.




Sumber : google image



Mereka mendidik kita agar kita sentiasa taat kepada mereka setelah ketaatan kita kepada Allah dan rasul yang mutlak. Alangkah beruntungnya apabila ibu bapa kita tidak sesekali meremehkan kemaksiatan sekecil manapun bahkan tidak merendahkan kebaikan walau sedikit pun. Mereka pasti akan memberitahu setiap kewajipan kita untuk menjadi generasi yang terbaik.


Sahabat, alangkah hebatnya jika kita mementingkan Al-Quran dan sunnah serta tanamkan dalam jiwa kita sikap tawaduk, rendah hati, pupuk keberanian ( syaja'ah ) dalam diri kita. Ingatlah bahawa cahaya masa depan umat yang cerah akan mengangkat darjat kita sebagai seorang anak sekaligus dapat mengangkat darjat kedua ibu bapa kita di syurga kelak. InshaAllah.


Dengan izin Allah, apabila kita menjadi anak yang soleh dan solehah, ibu bapa kita pun dapat peroleh kebahagiaan dunia dan akhirat kerana telah menjalankan amanat yang Allah berikan kepada mereka. Amin ya rabbal alamin..


Okaylah, entri kali ni saya hentikan di sini. Agak kelenguhan jari-jemari ini menaip. Hehe. Tapi tak mengapa sekiranya niat untuk berkongsi sesuatu yang dapat membawa manfaat untuk kita bersama. Kan? Sama-samalah kita bermuhasabah diri untuk menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin. :)


Semoga ceria selalu.

Wassalam.



Salam sayang,
[ Yuyu Atiqa ]






♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Saturday, February 4, 2012

3 Hari 2 Malam Bersama Pemimpin Pelajar SMK Hamzah .



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.



Salam ceria semua !

Dah beberapa hari blog saya tak dikemaskini. Pertama, sebab tak ada idea dan sesuatu yang ingin dikongsikan dengan kalian. Kedua, sebab beberapa hari yang lalu saya agak sibuk berkhidmat sebagai pemudah cara ( fasilitator ) bersama senior-senior saya abang Alimin dan Kak Ema serta beberapa orang rakan yang lain untuk membantu mengendalikan beberapa slot program Kursus Kepimpinan Pengawas untuk barisan pemimpin pelajar SMK Hamzah bagi sesi 2012.


Terlalu banyak yang ingin diceritakan. Tapi saya kekurangan mood untuk menulis. Mungkin sebab agak penat dan terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan. Disebabkan mood untuk menulis masih " kurang " jadi saya selitkan beberapa keping gambar sepanjang saya dan rakan-rakan mengendalikan slot . :)



Dari kiri atas : saya, Umi Zaiti, Ayah Taifor, Bonda Rohani.
Dari kiri bawah : Safwan, Abang Alimin, Kak Ema.

Gambar di atas :
Rakan-rakan fasilitator perempuan. :)



Gambar di atas :
Rakan-rakan fasilitator lelaki.


Gambar di atas :
mereka yang bersedia berkhidmat untuk kaunselor-kaunselor tersayang.
P/s : candid sepanjang aktiviti.


Gambar di atas :
Candid peserta-peserta kursus ( indoor dan outdoor )



Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Ayah Taifor, Umi Zaiti, Bonda Rohani, guru-guru Pengawas serta semua fasilitator yang terlibat dalam menjayakan Kursus Pengawas SMK Hamzah sesi 2012. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Para peserta kursus juga sudah mula memperlihatkan semangat dan kreadibiliti masing-masing untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pengawas.


Semoga mereka akan terus sukses dan dapat meringankan beban guru-guru untuk mengurangkan masalah disiplin di sekolah sekaligus mengharumkan nama baik SMK Hamzah setaraf dengan sekolah-sekolah terbaik di seluruh Malaysia. InshaAllah.


Entri kali ini terhenti di sini. Terima kasih atas kesudian kalian membaca entri ini.

Semoga ceria selalu.

Wassalam.



Salam sayang,
[ Yuyu Atiqa ]



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Wednesday, February 1, 2012

Allah dah bantu aku.. Alhamdulillah.. :')




Assalamualaikum wbt.
===============


Salam ceria semua. :)

" Allah dah bantu aku.. Alhamdulillah.. :') " Kenapa dengan tajuk entri kali ni? Hehe. Sebenarnya hari ni saya nak berkongsi khabar gembira dengan pembaca blog saya. Apa ya? Hehe. Okay-okay. nak cerita la ni. Sebenarnya hari ni hari yang agak mendebarkan saya sebab hari ni hari Ujian Memandu dengan pegawai JPJ untuk membolehkan saya dapatkan lesen P. Dari semalam lagi kecut perut sebenarnya. Haha. nak exam SPM tak kecut perut macam ni.

( ada ke patut kan? ) Erk !



sumber : Google Image


Pagi tadi sampai kat Akademik Memandu Tanah Merah - Jeli ( AMTMJ ) dalam pukul 9 lebih. Sampai-sampai terus beratur kat kaunter untuk ambil nombor giliran. Dapat giliran ke 16. So, kena buat ujian dalam litar dulu. Tadi, ujian satu ( mendaki bukit ). Alhamdulillah, lulus ujian satu, lega sikit. Ujian dua ( parking dan tiga penjuru ). Risau juga takut tak dapat buat dengan baik. Tapi alhamdulillah, lepas dan lulus. Tersenyum kejap. hehe.


Dah selesai ujian dalam litar, kena tunggu giliran untuk ujian kat jalan raya. Haa. Yang ni cuak sikit sebab masa memandu pegawai JPJ ada kat sebelah. Waktu ni, Tuhan saja tahu betapa gementarnya saya. Tapi alhamdulillah, saya cuba tangani rasa gementar tu dengan istighfar, berselawat, baca surah Al-Ikhlas dengan ayat kursi. Alhamdulillah, tenang sikit jiwa.


Tapi kan, pernah tak kalian perhatikan betul-betul. Bila kalian nak capai sesuatu yang kalian nak, mesti Allah datangkan satu ujian kecil untuk menilai sejauh mana kesabaran kalian untuk menempuh ujianNya. Kalian pernah rasa macam tu tak? Saya tanya macam tu sebab saya merasai ujian dan hikmah Allah kepada saya.


Macam apa yang jadi hari ni. Pagi tadi, agak kelam kabut kat rumah sebab mak sangat sibuk kena siapkan catering untuk satu jumlah yang agak besar. Di situ, Allah nak uji sejauh mana saya boleh bersabar dengan keadaan 'kelam kabut' tu. Lagi-lagi waktu tu tengah berperang dengan perasaan sendiri macam mana lah situasi waktu Ujian dengan JPJ nanti. Alhamdulillah, saya dapat tempuh ujian tu.


Hikmahnya, waktu ujian dalam litar tadi, Allah permudahkan jalan untuk saya. Syukur sebab saya dapat pandu kereta nombor 08 ( kereta yang selalu saya gunakan semasa latihan memandu ). Kat situ, saya dah nampak satu hikmah di sebalik ujian kecil dariNya tadi.


Bukan cuma setakat tu, untuk ujian di jalan raya pula. Tiba-tiba pagi tadi hujan. MashaAllah. bertambah cuak la kan sebab situasi masa tu hujan. pastinya banyak cabaran bila memandu dalam cuaca hujan kan? Masa tengah tunggu giliran tu, saya cuba tenangkan diri dengan selawat dan baca ayat kursi. Harap-harap Allah permudahkan segalanya.


Bila tiba giliran saya, dengan lafaz bismillah saya menuju ke kereta. Dah masuk dalam kereta, masih selawat dalam hati minta Allah tenang jiwa ni supaya tak gementar. Bila dah bersedia nak gerakkan kereta, keluar saja dari pintu pagar depan akademik memandu, hujan berhenti. Alhamdulillah... sangat bersyukur waktu tu. dan alhamdulillah dapat pandu dengan baik.


Mood pegawai JPJ masa saya tengah memandu tu pun nampak okay. Beliau pun banyak juga berkomunikasi dengan saya. Alhamdulillah, tidak terasa janggal untuk bercakap dengan beliau sambil fokus pada pemanduan. Bila dah masuk semula ke dalam litar ( AMTMJ ) dan parking pada tempat mula-mula saya masuk kereta tadi, beliau hulurkan borang keputusan pada saya.


Masa tu rasa macam airmata syukur dan gembira ni dah nak mengalir. Hehe. tapi sempat tahan sebab takut malu depan pegawai JPJ tu. Alhamdulillah, di sini saya nak highlightkan bahawa setiap ujian Allah terhadap kita pasti berserta dengan hikmah yang takkan kita sangka. Subhanallah, Allahuakbar. Syukur Ya Allah, yang telah memakbulkan doaku untuk lulus ujian memandu dengan baik.


Cukuplah entri kali. Kalau nak diikutkan hati, masih banyak lagi nak diceritakan dengan kalian. InshaAllah, next entri okay ! Hehe. Terima kasih sudi baca entri yang agak panjang ni.




Gambar di atas salah sebuah gambar kenangan bersama Kak Sah iaitu salah seorang calon yang juga telah lulus ujian memandu. Beliau sangat peramah. Beliau yang banyak berkongsi ayat-ayat kalam suci Allah yang dapat menenangkan hati. Semoga Allah berkati beliau dan keluarganya. amin..




Entri kali ni berhenti di sini. Wassalam.


Salam sayang,
[ Yuyu Atiqa ]







♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥