Monday, January 30, 2012

Layak dah tu.... ^_^



Assalamualaikum wbt.
===============


Salam ceria semua !

Bangun pagi ni bukak twitter penuh timeline saya pasal AJL26. Hafiz yang menang ek?? Haha. Tak payah tengok pun boleh tahu bila dah on twitter dengan facebook sebab dah ramai yang sukarela update status mereka pasal tu. Haha. Itulah teknologi zaman sekarang. " Segalanya di hujung jari ". Chewah, sempat lagi. hehe. Actually, bila terbaca status-status rakan facebook yang cakap, "wahhhh, hafiz menang lahh " tertanya-tanyalah jugak best ke lagu awan nano tu ?


Disebabkan curious nak tahu, saya pun search lah lirik lagu tu. Ramai jugak yang cakap bermakna je maksud lagu " awan nano " tu. Bermakna ke tak?? Jom kita tengok.





Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


So, what do you think? Hehe. For me, memang layak laa lagu ni menang. Lirik nya bagus dan melodi dia pun sedap didengar. Video lagu ni banyak juga bagi kita mesej-mesej yang elok kan? Pendapat saya baguslah tu. hehe. Okaylah, nak post entry pasal lirik ni je pun.

P/s : siapa yang mengikuti ceramah bersama Ustaz Azhar Idrus kat Shah Alam ek? Boleh kongsikan apa yang kalian dapat kat sana tak? Kalau boleh, please let me know k.


Cukuplah entri kali ni.

Wassalam. :)



Salam sayang,
[ Yuyu Atiqa ]

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Saturday, January 28, 2012

Bagiku, beliau layak dijadikan seorang idola... :)



Assalamualaikum wbt.
===============


Salam ceria semua.

Ketika dan saat ni terdetik di hati untuk mengemaskini entry baru. Beliau adalah topik entry saya. Beliau? Siapa Beliau?? Beliau adalah seorang penulis blog yang mana secara tidak langsung telah menjadi idola pada saya. Tanpa saya sedar saya telah mengagumi beliau dalam diam. Bukan kerana beliau ramai follower. Bukan juga disebabkan ketampanan wajah yang dimilikinya. Tapi ianya berpunca daripada penulisan, idea dan segala perkongsian yang beliau hasilkan dalam blog peribadi beliau.



* Ada iras-iras beliau jugak sekali tengok gambar ni. :D

Siapa kata seorang penuntut jurusan engineering tak boleh menulis blog dengan baik walaupun tak meminati bidang kesusasteraan mahupun penulisan?? In fact, mungkin beliau menulis jauh lebih baik daripada individu yang lain. Bukan nak cakap orang lain tak bagus ke apa. cuma sekarang topiknya adalah tentang beliau kan? hehe.


Saya kagum dengan beliau sebab segala yang beliau coretkan dalam blog peribadi beliau menunjukkan bahawa beliau sangat tulus dalam berkongsi ilmu dan pengalaman yang beliau ada. Walaupun beliau tidak pernah mengenali saya, saya tak kisah. Sebaliknya, saya sudah cukup bersyukur kerana beliau sudi menerima saya sebagai salah seorang rakan facebook beliau. Subhanallah, itu adalah salah satu khabar gembira daripada Allah kepada saya.


Itu sudah cukup bagi saya. Alhamdulillah, segala yang ditulis oleh beliau tak kira dalam facebook, twitter mahupun blog peribadi beliau sendiri sedikit sebanyak telah menambah pengetahuan saya. Percaya atau tidak, semakin saya mengikuti segala yang beliau hasilkan di blog peribadi beliau dan kata-kata beliau di twitter khasnya, hati saya rasa semakin dekat dengan Allah swt.


Mungkin Allah swt ingin memberi petunjuk serta membuka hati saya untuk berada lebih dekat denganNya melalui dakwah yang beliau sampaikan. Alhamdulillah... ( menaip sambil tersenyum penuh kesyukuran )



Pernah terdetik di hati agar Allah temukan saya seorang jodoh seperti beliau. Seorang lelaki yang mampu menjadi pemimpin seorang wanita. Kadang-kadang pernah juga berangan adakah beliau jodoh saya? (angan-angan minah jenin) Tapi seriously, beliau mempunyai ciri-ciri lelaki idaman saya.Beliau adalah seorang lelaki apabila mengaguminya, makin kuat hati ini untuk semakin taat pada Ilahi. Ya Allah. Beliau sering membuat diri ini mengingatiMu. Alhamdulillah, syukur.


Jauh di sudut hati, saya sangat berharap bahawa saya dapat bersua muka dengan beliau suatu hari nanti. Dengan izin Allah, waktu itu pasti akan tiba. Saya sangat yakin. Saat ini, saya tertanya-tanya adakah beliau akan baca entry ni? dan adakah beliau akan notice yang beliau adalah orang yang saya maksudkan. Haha. I wonder ! Seriously.


Kata-kata beliau yang sentiasa segar dalam ingatan saya :

" Ikhlaslah menjadi diri sendiri hanya bermatlamatkannya ".

Beliau IDOLA saya ! FullStop !




Gambar : Google Image.



Salam sayang,
[ Yuyu Atiqa ]



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Friday, January 27, 2012

Tekanan hidup???


Assalamualaikum wbt.
===============


Salam Jumaat buat semua pembaca blog. Jam dekat laptop sekarang menunjukkan pukul 1.11 p.m dan pastinya waktu ni kaum Adam akan berada di masjid untuk mengerjakan solat Jumaat. kan? Saya pulak ambil kesempatan update blog sementara mood untuk meng'update' ni masih ada ( tersenyum ).


Sebenarnya saya tak ada idea nak update blog tapi dalam hati ni nak jugak update blog. Okay, abaikan kata-kata tadi. Bila difikirkan balik banyak perkara sebenarnya yang dah berlaku kebelakangan ni boleh ditulis untuk tatapan serta perkongsian dengan kalian tentang ceritera hidup si gadis kelantan ni. Cuma mungkin mood untuk meluahkan apa yang terbuku di hati dalam bentuk tulisan belum muncul sebab tu lah blog ni tak ber'update'.


Okay, cukup untuk mukaddimah yang agak panjang. Sebenarnya saya nak berkongsi sesuatu yang agak mengganggu fikiran saya kebelakangan ni. Pernah tak kalian tertekan? Mestilah pernah kan? Okay, kalau pernah macam mana bentuk tekanan yang kalian rasakan tu? Apa punca yang buat kalian tertekan? Macam mana kalian mengatasi tekanan tu? Biasanya soalan-soalan tu akan timbul bila perkataan TEKANAN tu disebut.




Okay, tekanan yang saya hadapi kebelakangan ni bukan berkaitan dengan cinta atau kerja. Sebab saya tak bercinta dan saya juga belum bekerja. Jadi, takda sebab lah pulak kan saya nak tertekan pasal dua perkara tu. Sebenarnya, saya pun tak pasti tekanan apa yang sedang menghimpit diri saya ni. Tetapi ianya seakan-akan sedang menguji tahap kematangan saya dalam berfikir, itu yang sering saya rasakan.




Mungkin benar kata orang yang lebih senior, bila sudah semakin dewasa semakin ramai kenalan dari pelbagai golongan usia dengan pelbagai tingkah laku yang mencerminkan siapa mereka sebenarnya. Tapi, sebenarnya di usia inilah cabaran hidup kian bermula. Setiap cabaran dan dugaan hidup ni adalah ujian dari Allah swt yang sebenarnya semakin membuatkan diri saya menjadi lebih matang dan lebih menghargai nikmat pemberianNya.


Semakin saya melangkah untuk kehidupan yang mendatang, semakin banyak perkara yang perlu saya hadapi dengan tenang. Kini, setiap tekanan yang muncul akan saya jadikan sebagai pencetus semangat untuk saya terus berusaha mencapai kehidupan yang lebih baik di samping mencari redha Ilahi. amin.


Terima kasih atas kesudian kalian untuk baca entry saya kali ni.

Wassalam.

[ Yuyu Atiqa ]


Gambar : Google Image




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Kisah Benar Ustaz Haron Din Mimpi Bertemu Nabi ( Sedih )


Assalamualaikum wbt.

Entry hari ni adalah perkongsian video yang telah ditag oleh kakak saya kepada saya di laman sosial Facebook. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membawa manfaat untuk kita bersama. InshaAllah.





Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulallah S.A.W

Wassalam.

[ Yuyu Atiqa ]

♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Wednesday, January 25, 2012

Ombak Rindu versi Taubat. :)




Salam ukhwah, readers.
Hari ni entry yang ringkas. Sekadar 'post' sebuah video untuk perkongsian bersama.
Semoga kalian hayati liriknya yang sangat bagus.

P/s : jangan lupa pause dulu music background blog ni. dekat sidebar sebelah kiri.
Thanks.









♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Sunday, January 22, 2012

Ya Allah....






Ya Allah.... macam ni ke rasanya? Bila dah terlalu lama, terlalu tabah menahan segala tekanan dan cabaran dalam kehidupan, mcam ni ke rasanya? Bila aku diam dan berlagak tenang hadapi kata-kata di sekeliling aku tanpa ada teman untuk meluahkan kecuali padaMu, begini kah rasanya?


Ya Allah.... kalau ini adalah sebahagian daripada dugaanMu, maka aku mohon Engkau kuatkanlah aku untuk menempuhinya dengan redhaMu. Tenangkanlah hati dan sanubariku,tuhan. Buangkanlah kesakitan, keperitan yang membuak dalam jiwaku ini.


Ya Allah.... berkatilah hambaMu ini. Aku mohon, moga-moga senyuman yang terukir di wajahku di sebalik segala yang terbuku di hati ini dapat memberi kebahagiaan dan kegembiraan kepada insan-insan di sekelilingku yang sangat bermakna dalam hidupku.


Ya Allah... jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur dan sentiasa taat padaMu serta ibu bapaku. Semoga aku dapat melakukan segala yang termampu untuk mereka selagi aku masih bernyawa walaupun hanya sedikit ruang untukku menagih keakraban di kalangan mereka yang ku sayang.


Ya Allah... Semoga gadis ini yang pada luarannya kelihatan sentiasa ceria, kuat dan tenang akan tetap tersenyum dan membawa sinar keceriaan kepada semua insan yang mengenali dirinya.





Mohon maaf atas penggunaan 'aku' dalam entry ini. Mohon maaf juga sekiranya entry ini tidak menyenangkan anda yang membacanya. Entry ini sekadar luahan hati pemilik blog. Sebarang komen, nasihat serta teguran pembaca amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sesungguhnya, segala kekurangan datangnya dari diri saya sendiri. Salam sayang, terima kasih.






♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Wednesday, January 18, 2012

#6# W O R D L E S S W E D N E S D A Y !




On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.



Life Quotes, Life Quote Graphics, Life Sayings




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Tuesday, January 17, 2012

Sikap aku??? betul ke?







Hello everybody ! Tak tahu nak update entry pasal apa tapi disebabkan muncul satu idea daripada news feed kat facebook Yuyu tadi, terus excited nak meng'update' entry baru.


Actually, it's about Rahsia Bulan Kelahiran anda. Then, Yuyu pun saja-saja laa kan tengok macam mana lah sikap orang-orang yang lahir dalam bulan Jun ni kan termasuklah tuan empunya blog ni sendiri. hak3.


Lepas dah tengok tu, Yuyu tengok balik sikap diri Yuyu then bandingkan dengan application kat facebook tu. Bukan lah Yuyu nak cakap yang Yuyu percaya dengan application tu sebab kalau percaya dengan benda tu kan syirik.


Jom, kita sama-sama tengok kat bawah ( mana lah tahu ada di kalangan readers ni lahir dalam bulan Jun jugak ) mungkin perangai kita sama kan?


Yang tanda ( ) ni memang perangai si 'commoner ' tapi lau tanda ( ) menandakan yang si ' commoner ' ni confused samada perangai ni ada ke tak dalam diri dia. Hahaha.


Mudah berubah perangai, sikap, idea dan mood.
Mempunyai pemikiran yang aktif ( sentiasa berfikir ).
Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
Bersikap suka menangguh-nangguh.
Bersikap suka memilih dan mahukan yang terbaik.
Mudah berkawan dan pandai berkawan.
Kurang mempamerkan perasaan.
Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
Suka pada barang berjenama.
Mudah menjadi eksekutif.
Kedegilan yang tidak terkawal.
Sesiapa yang memuji dianggap musuh, sesiapa yang menegur dianggap kawan.
Berfikiran jauh dan berwawasan.
Mudah ditawan kerana sikap baik.
Berperangai lemah lembut.
Idea yang terlalu banyak di kepala.
Bersikap sensitif.
Cepat marah dan cepat sejuk.
Suka bercakap dan berdebat.
Suka buat lawak dan bergurau.
Otaknya cerdas berangan-angan.
Orang yang sangat tertib.
Pandai mempamerkan sikap.
Mudah kecil hati.
Mudah kena selsema.
Suka berkemas.
Cepat rasa bosan.
Sikap terlalu memilih dan cerewet.



Okay, cukup setakat tu. Macam mana? Adakah perkara di atas mencerminkan diri anda? haha. Yuyu sendiri pun tak tahu. Okay lah, stop sini dulu. MuchLove !




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

#//# C I N T A








Cinta yang hadir tanpa dipaksa lebih indah daripada
memaksa diri untuk mencintai atau dicintai.
Maka jangan terlalu mencari atau mencuba kerana
ia bakal melukakan dan menghancurkan.






Jangan benarkan cinta menguasai hidup kerana
ianya bakal membuat kita lupa diri, lupa tanggungjawab serta
lupa insan-insan yang sama penting dalam hidup kita.
Sebaliknya,
kuasai cinta agar kita yang mengawal keadaan dan perasaan
dengan akal dan fikiran
bukan nafsu yang menjadi penentu.






Cinta itu adalah impian....
Setiap insan, seolah-olah ianya satu obsesi,
setiap orang menginginkannya,
setiap orang mencarinya, namun
hanya segelintir yang berjaya menemuinya.
Buat mereka yang berjaya mendapatkannya harus
menghargainya dan jangan lalai untuk
memeliharanya sebaik mungkin...






♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Sunday, January 15, 2012

^_^ R-A-I-N-B-O-W ^_^






Mungkin benar tatkala kita kehilangan,
barulah kita meyadari.
Mungkin benar saat kita terluka,
barulah kita mengerti.
Mungkin benar bila kita rindu,
barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita..


Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,
DIA datangkan petir dan kilat.
Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari,
rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi ...


Akan ada hikmah di setiap kejadian yang kita alami..
petiklah hikmah itu agar kedepan menjadi lebih baik...





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥