Tuesday, December 25, 2012

Mencari Kemudahan dan Berbuat Kebodohan. Jauh Berbeza!


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Dalam hidup kita ni, kalau boleh mesti kita nak dapatkan sesuatu dengan cara yang mudah kan? Seperti yang kita sendiri dapat lihat, ramai hamba Allah yang inginkan sesuatu yang baik dalam hidupnya tetapi malas untuk melalui jalan-jalan yang boleh membawa mereka untuk mencapai tujuan yang diingini. Kemalasan itulah sebenarnya yang menjadikan sesuatu perkara yang mudah itu bertukar menjadi susah. Berpunca daripada siapa? Sikap manusia itu sendiri.


cc : WeHeartIt


Waktu aku di Kolumpo hari tu, aku sempat beli sebuah buku tarbiah rohani, tajuknya "Mudahkan Jangan Susahkan" ditulis oleh Syed Alwi Alatas. Ada sebuah kisah dalam buku tersebut yang aku nak kongsikan di sini. Kisah ini berkaitan dengan tajuk entri aku kali ni. Kisah tentang seorang lelaki bernama Nasruddin Hoja. Mungkin kalian sudah pernah mendengar kisah-kisahnya. Banyak pengajaran dan teladan yang boleh kita ambil.


     Pada suatu hari Nasruddin Hoja kelihatan sibuk mencari-cari sesuatu di atas permukaan tanah di luar sebuah bangunan. Lama dia mencari, tetapi tidak jua menemui apa yang dicarinya itu.

     Lantas ada seorang hamba Allah yang lalu di situ simpati melihatkan Nasruddin tercari-cari akan sesuatu seorang diri. Maka, hamba Allah tersebut berhajat untuk membantu Nasruddin melakukan pencarian.

     "Wahai Nasruddin, apa yang sedang kamu cari?" tanya lelaki tersebut. 

     "Ohh. Saya sedang mencari cincin saya yang telah tercicir. " jawab Nasruddin sambil terus mencari cincinnya di atas tanah itu.

     "Baiklah, biar saya bantu kamu mencarinya," kata lelaki budiman tersebut.

     Maka, kedua-duanya pun mencari cincin tersebut dengan bersungguh-sungguh. Namun begitu, setelah sekian lama mencari, tapi tetap tidak berjaya ditemui. Lalu, lelaki tersebut sekali lagi bertanya kepada Nasruddin.

     "Wahai Nasruddin, di kawasan manakah sebenarnya tempat cincin kamu itu jatuh dan tercicir?"

     "Sebenarnya, cincin saya tercicir di dalam bangunan itu." jawab Nasruddin Hoja sambil menunjuk ke arah bangunan di sebelah tanah lapang tersebut.

     Lelaki yang membantunya itu terkejut mendengarkan jawapan Nasruddin Hoja lantas bertanya, "Kalau cincin itu tercicir di dalam sana, mengapa kamu mencarinya di luar sini?"

     Nasruddin memandang lelaki tersebut dengan reaksi wajah yang serius lalu berkata, "sebab lebih mudah mencarinya di luar sini. Ianya terang kerana disinari cahaya matahari. Di dalam sana gelap dan kelam, saya tidak boleh melihat apa-apa."

    Lelaki tersebut tergamam.. "????!!!???"

- dipetik dari 
"Mudahkan Jangan Susahkan"
ditulis oleh Syed Alwi Alatas 


Apa yang readers dapat setelah membaca kisah di atas? Pastinya kita rasa geram terhadap kedunguan Nasruddin Hoja kan? Dia ingin melakukan sesuatu yang mudah, tetapi sebenarnya tindakannya itu adalah sesuatu yang sangat bodoh. Mana mungkin dia akan mendapatkan apa yang diinginkan dengan cara yang begitu.


cc : WeHeartIt


Begitu juga dengan kita. Sekiranya kita ingin meraih sesuatu, maka kita perlu menempuhi laluan yang betul kerana itu adalah jalan yang sesuai walaupun mungkin kita akan menghadapi sedikit kesukaran dan cabaran sebelum berjaya mendapatkannya.

Tidak salah untuk mencari kemudahan, malah ianya sesuatu yang sangat digalakkan. Tetapi, carilah pada tempat yang betul kerana pastinya, apa yang dicari akan menjadi lebih mudah untuk ditemui.

Okaylah. Aku harap kalian akan dapat sedikit sebanyak manfaat daripada entri perkongsian kali ini. Sebelum aku mengakhiri entri kali ni, JOM kita renung-renung kata-kata hikmah di bawah.


"Jika kemudahan tidak dicari pada tempatnya, maka kesusahan dan kepayahanlah yang akan diperolehi."

- Syed Alwi Alatas -


Cukup sampai di sini dahulu. InsyaAllah, kita jumpa lagi dalam entri akan datang.

Jazakallahukhairan.

Wassalam.







♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Post a Comment

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^