Sunday, November 4, 2012

Tuhan... Jadikan Aku Kuat..

Bismillah..

Dalam entri sebelum ni aku ada katakan yang aku mungkin tak akan update blog sehingga aku selesai exam. Aku benar-benar maksudkan sedemikian. Tapi, waktu ni... menaip adalah cara yang aku dapat lakukan untuk mengumpul kekuatan. yaa.. kumpul kekuatan. Kalau tak, mungkin aku tak boleh nak fokus untuk telaah buku Pengajian Am kejap lagi sebelum masuk dewan exam esok.  5 November 2012 (esok), hari pertama exam aku. paper Pengajian Am. InsyaAllah, aku bersedia.

Kenapa aku menulis malam ni? honestly, sebab aku rasa nak nangis. oh bukan. memang dah nangis dah pun. Tapi, dalam tangisan ni aku masih mampu tersenyum dan jari-jariku masih mampu mengorak langkah menekan satu persatu huruf di papankunci. Ya Tuhan... ampuni hambaMu yang serba lemah ini..
Engkau dah jadikan aku kuat, tapi aku masih mengadu dan memohon padaMu untuk jadikan aku lebih kuat.. Ya Tuhan.... aku bersyukur padaMu kerana berikan aku kecekalan yang sebegini hebat untuk hadapi satu persatu ujianMu terhadapku..

Meluahkan segala yang menyesakkan dada... Itu sering aku lakukan terutama setelah selesai solat. mengadu pada Yang Maha Esa.. setiap masa dan ketika.. Bilamana tak dapat berbuat demikian, aku masih juga meluahkan.. meluahkan melalui taipan yang ditulis mengikut kata hati dan gerak jari.

Waktu-waktu begini.. ada sesuatu yang mengusutkan mindaku.. Berdepan dengan tekanan untuk hadapi exam? kalau yang itu, tak dinafikan memang ada, sedikit. Tapi, ada perkara lain yang berlegar di ruang fikiranku sekarang.. walaupun perkara yang remeh.. kadangkala boleh membuatkan segala gerak kerja tergendala.

Perasaan kini bercampur baur.. Keliru.. Terkilan terutamanya.. Terkilan dengan segelintir individu yang benar-benar aku sayangi. benar-benar aku anggap sahabat sejati. Namun, benarlah telahan dan ingatan orang tua-tua. Jangan diikutkan rentak orang yang kita anggap sangat mampu dipercayai kalau belum benar-benar mengenalinya. kadang-kadang orang sebegini yang 'makan dalam'.. Aku ni tipikal orang yang SANGAT TAK SUKA fikir negatif. walaupun orang tak suka aku, orang nak jatuhkan aku.. aku tetap fikir positif. mungkin tu kelemahan aku laa kot. sebab tu orang selalu nak 'pijak kepala'.. ambik kesempatan saja...

Ya Tuhan... Terima kasih kerana jadikan aku sebagai seorang insan sebagaimana aku hari ini.. Aku bersyukur padaMu Ya Allah.. sekurang-kurangnya, hati aku tak diselaputi dengan amarah,dendam,kebencian terhadap insan-insan yang telah melukai aku..

Sebentar tadi, berhubung dengan ummi melalui telefon, meluahkan sedikit rasa terkilan tentang perkara tersebut. Ummi sempat berikan nasihat.. Waktu call, ummi sedang bersiap nak ke klinik. Kesian ummi.. ummi,abi dan anak-anak tak sihat. satu famili demam. terasa kepedihan yang dialami melalui suara ummi.. Moga Allah kuatkan ummi sekeluarga. Get well soon,ummi..

nasihat ummi,

"jangan difikirkan sangat perkara remeh-temeh macam tu. Fokus pada exam. Tentang mereka, suatu hari nanti pasti Allah akan tunjuk".

lepas bercakap dengan ummi walaupun selama 6 minit 48 saat, itu sudah mampu buat aku tersenyum. kembali mengumpul semangat untuk lawan 'sakit' yang sangat memeritkan ni..

InsyaAllah, lepas menaip ni, aku harap aku dah boleh hapuskan keserabutan ni daripada menerjah minda aku. yang aku perlu utamakan sekarang cuma satu, fokus pada exam. moga aku mampu buat yang terbaik..

Ya Tuhan... Jadikan Aku Kuat... 


Salam sayang,
Aku.



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Post a Comment

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^