Wednesday, November 28, 2012

Andai ini kehendak Allah, aku redha..


Bismillah.
Assalamualaikum wbt.

Hari ni, 28 November 2012. Pagi-pagi lagi aku,mak,nenek didrive oleh kakak aku,Atin bertolak ke Hospital Universiti Sains Malaysia  (HUSM) ,Kubang Kerian, Kota Bharu. Sakit aku masih belum baik lagi. Ubat yang doktor Hospital Machang bekalkan dah habis. Jadi, mak decide nak bawak aku ke HUSM untuk jumpa pakar sebab kebanyakkan pakar ada di HUSM. Aku ikut apa yang mak mintak. Honestly, dah tak sampai hati nak susahkan mak dan keluarga aku. Almost sebulan sakit. Dah 2 kali ke klinik swasta. Habis ubat, ke Hospital Machang ( HOSMAC ) pulak. Check itu dan ini, bila X-ray doktor cakap ada kuman dalam paru-paru aku. Then, aku dimasukkan ke wad. Lepas 3 hari dalam wad, doktor benarkan pulang sambil bekalkan aku dengan antibiotik. Habis antibiotik, sakit aku masih belum baik.

Almost sebulan aku tak dapat tidur dengan lena. Selalu sakit. Sebak hati bila mak pun turut sama tak lena tidur sebab jaga aku. Terharu bercampur sedih sebab aku dah banyak susahkan mak. Lagi aku pilu bila tengok mak bersungguh-sungguh ikhtiar untuk sembuhkan aku. Di depan aku, memang muka mak nampak tenang. Aku tahu, mak cuba berlagak tenang supaya aku turut sama bertenang dan sabar hadapi ujian ni. Tapi, dalam hati mak, hanya Allah saja yang tahu.

6.15 pagi, aku turun dari rumah. Sampai di HUSM pukul 7 setengah pagi. Disebabkan baru pertama kali ke sana, aku confused ke mana sepatutnya kami tuju. Jadi, kami tunggu di Unit Klinik Rawatan Keluarga (KRK) if I'm not mistaken nama unit tu. Thanked Allah, mak tergerak hati nak call mak long then mak long said kami tak patut tunggu kat situ. Tempat tu hanya untuk orang yang dah ada temu janji. Mak long suruh ke Unit Kecemasan. Nasib baik.... Kalau tak... berjam-jam laaaa tunggu kat situ.

So, we went to Unit Kecemasan. Aku daftar dan petugas kaunter tu bagi kad rawatan. Aku ke kaunter saringan sebelum masuk jumpa doktor. Then, lepas beberapa lama tunggu, tiba-tiba ada announcement, "Nurul Atiqah Ahmed, sila masuk.. " Alhamdulillah, giliran aku tiba. Aku masuk dan dipertemukan dengan doktor yang sangat peramah dan comel. Manis namanya. Dr. Anis Dhuha. Lama jugak aku kena check. Dr. Anis check kawasan yang aku sakit. Other than that, Ujian darah.. Urine test.. X-ray.. ECG ( check jantung ).. Resultnya, doktor akan beritahu masa appointment pada 12 hb nanti..




Sahabat...
Percayalah.. Allah datangkan ujian berserta hikmah yang sangat bernilai. Allah menguji aku dengan menarik nikmat sihat yang telah Dia pinjamkan pada aku. Aku yakin.. Ada sesuatu yang baik untukku kelak. Aku redha hadapi ujian ini. Dan aku tetap akan terus berdoa agar Allah berikan aku kekuatan untuk hadapinya. Pesan umi tetapku ingat. " Allah uji kita sebab Dia sayang kita.. "

Jujur, hampir sebulan ni, aku mudah sensitif. Mudah menitiskan airmata. Aku perlu terus POSITIF. Ramai yang merindui telatahku. Sejak sakit, aku perasan yang aku jadi agak pendiam. Agak kurang bercakap. Terkadang aku bermonolog sendirian, "I am not being myself lately...." Yet, yakin dalam hati.. ada hikmah di sebalik semua ni..

Sahabat, doakan moga semuanya akan baik-baik saja.. Aku perlukan doa kalian sekarang..

Ya Allah,
Andai usiaku masih panjang, moga aku memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya.
Andai ajalku makin hampir, matikanlah aku dalam iman.
Moga Engkau mengampunkan hambaMu yang serba lemah ini.
La Ilaha Illallah.. Muhammad Rasulullah..
KalimahMu yang teragung..
Moga lidahku lancar melafazkannya kelak...

Terima kasih sahabat sekalian..
Aku sayang kalian kerana Allah..

Jazakallahukhairan.

Wassalam.



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

4 comments:

  1. k.iqah hopefully cepat sembuh eh. adk nk pegi melawat kt Hosp. hari tu tpi x sempat. adk text k.iqah x balas. wlauapapun adk hrp k.iqah cepat sembuh. be strong sista. *rindu k.iqah :)

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat sembuh yuyu. Anak buah Eqa pun kne sama macam yuyu.. Eqa pun ada sakit juga anemia, macam-macam, kna check itu laa appmnt itu la. Semoga kita cekal and tabah lalaui ujian dri Allah ni :)

    ReplyDelete
  3. ameen.. terima kasih semua atas doa kalian.
    moga Allah melindungi kita semua. InsyaAllah. :')

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^