Friday, September 14, 2012

Setiap nyawa pasti terhenti akhirnya..


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.




Selepas maghrib tadi, aku sempat online guna tab. Agak terkejut bila terbaca status sahabat karibku, Elah. Ibunya telah kembali ke rahmatullah pada pagi Jumaat. Innalillahiwainnailaihirajiun. Aku lantas mencapai telefon lalu aku dail nombor Elah untuk confirm berkenaan status tu. Dari nada suara Elah yang kedengaran sebak, aku sudah mendapat jawapannya.

Aku terus bersiap menuju ke rumah Elah. Niat di hati waktu itu moga-moga kehadiran aku sedikit sebanyak dapat beri moral support untuk Elah. Aku percaya, pastinya amat berat untuk hadapi ujian ini. Kehilangan insan yang paling dikasihi, seorang ibu yang telah melahirkan kita. Ya Allah... 

Aku turut sebak. Namun, tidakku tunjukkan di hadapan Elah kerana tak mahu Elah bertambah sebak. Aku cuba sedaya aku untuk memujuk Elah agar redha dan pasrah atas ketentuanNya. Aku cakap pada Elah, dia masih ada aku. masih ada adik beradiknya. masih ada papa. Allah lebih sayangkan arwah mama. Ikhlaskanlah pemergiaannya. Yang penting, iringilah, berikanlah hadiah buat arwah mama. tiada hadiah yang lebih indah dan berharga selain DOA

Aku hanya mampu memberikan kata-kata semangat pada Elah. Berada jauh dari mama dan papanya. Tiba-tiba mendapat berita pemergian mamanya. Tak berpeluang menatap wajah arwah buat kali yang terakhir. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 

Aku katakan pada Elah, aku pernah melalui detik yang sangat berat itu yang mana di saat pemergian arwah nenekku. Insan yang rapat denganku. Yang sangat aku kasihi. Arwah meninggal di saat aku tiada di sisi. Syukur, aku masih berkesempatan menatap dan mengucup wajah arwah nenek buat kali terakhir.



Ya Allah....


Kehilangan insan yang paling rapat dalam hidup kelihatan sangat memeritkan. Ya Allah. Tak mampu aku bayangkan bagaimana keadaanku bila terpaksa berpisah mati dengan insan-insan yang aku kasihi dalam hidupku. Moga-moga sebelum nyawaku diambil, aku masih berpeluang melakukan sesuatu yang membawa kebaikan dan manfaat untuk mereka. Sekurang-kurangnya, aku dapat membawa sedikit bekalan untuk menempuh kehidupan di alam berikutnya.

Semoga kita semua sentiasa mengingati kematian. Semoga kita semua sentiasa bersiap sedia untuk menemuinya. Sering kita dengar, "kita tahu bila tarikh kita dilahirkan. Tapi, kita tidak akan tahu bila tarikh nyawa kita akan dicabut oleh malaikat Allah". Kerana itu, kita sentiasa diingatkan untuk tidak lalai dengan kesenangan duniawi serta mengingati mati.

Ayuh muhasabah diri menjadi muslim sejati yang sentiasa bersedia menghadapi kematian kelak. 

Wallahualam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

4 comments:

  1. takziah buat kwn yuyu..

    semoga kita dijemput oleh-Nya dlm keadaan beriman.. amiinnn

    ReplyDelete
  2. sebak jugak membaca. since emak tercinta juga sudah pergi terlebih dahulu :')

    mmg. kalau kta tgk, rasa perit kehilangan. tapi janji Allah itukan pasti. yang hidup tetap akan pergi. yang tinggal ni lah harus usaha mencari bekal, buat emak yg tersyg. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruskan hidup. kejar redha Ilahi.
      moga temui kebahagiaan yang kekal abadi di sana kelak.

      Delete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^