Saturday, August 18, 2012

Terawikh terakhirku ramadhan kali ini.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.




17/8/2012
10.05 pm

Sebak tatkala mendengar bacaan terakhir imam ketika solat terawikh untuk ramadhan kali ini.
Tanpa aku sedar, air jernih mengalir di pipi.
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..
Adakah aku bakal bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang?
Moga-moga aku masih berpeluang, dipanjangkan usia oleh Yang Maha Esa.

Selesai berjemaah, 
Aku mengambil peluang bersalam-salaman dan bermaaf-maafan bersama jemaah perempuan yang lain. Bimbang kalau-kalau ada perilaku atau percakapanku yang mengguris hati sesiapa sepanjang ramadhan ini.

Keluar dari masjid, 
Aku terserempak dengan sahabat merangkap seniorku yang masih mengikuti pengajiannya di Mesir
yang mana beliau menjadi imam kami sepanjang solat terawikh di bulan ramadhan kali ini.
Aku ambil peluang ucapkan tahniah dan terima kasih kerana menjadi imam dalam usia yang begitu muda.
Aku kagum dengan beliau.
Masih ada 5 tahun tempoh pengajiannya di sana.
InsyaAllah, bakal menjadi doktor setelah tamat pengajiannya nanti.
Ameen.

Malam ini,
Perasaan bercampur baur.
Antara sebak dan gembira.
Sebak kerana ramadhan sudah hampir berlalu,
Gembira kerana syawal bakal menjelma.

Ya Allah, 
adakah aku memanfaatkan sepenuhnya ramadhan kali ini?
masihkah aku berpeluang menemui ramadhan akan datang?
Atau solat terawikh malam ini adalah solat terawikh terakhir dalam hidupku?
Wallahualam.

Yuyu Atiqa :
Sejauh mana perubahan dalam hidup kita sepanjang ramadhan kali ini? Apa-apapun, semoga kita berubah menjadi lebih baik dan terus istiqamah di jalan yang sentiasa diredhai dan diberkati oleh Allah s.w.t hendaknya. Ameen Ya rabbal alamin.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

6 comments:

  1. Selamat hari raya Aidilfitri, Kak Yuyu...semoga kita dapat merayakan hari raya ini dan seterusnya dalam suasana gembira! :)

    kita semua pasti bisa menemui bulan Ramadhan yang mulia di tahun depan. insyaAllah...


    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam lebaran, arisha.
      InsyaAllah, mudah-mudahan. :')

      Delete
  2. Semoga kita sama sama dapat jumpa lagi bulan yang penuh berkat ni yuyu.

    selamat berpuasa, selamat hari raya, maaf kalo wan ada buat silap okey.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, abe wan.
      Selamat berpuasa, salam lebaran juga.
      Yuyu pun minta maaf atas silap dan salah ya. :')

      Delete
  3. adik tinggi menanges ye..ahhaa..tp mmg sedih pon..tapi selaku imam tarwih..aku rasa aku sudaaa bebas..ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustaz Jiji.. sebak lah sikit. hehe
      Untunglah imam terawih. :)
      banyak rezeki bulan ramadhan ya. :)

      Delete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^