Friday, August 17, 2012

Satu-satunya kad raya aku dapat tahun ni dan ianya dari PM!


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Masa tengah khusyuk melayan anak sedaraku, Zara tiba-tiba adik aku tanya,

adik : Kak Yu, bakpo PM bagi kad raya ko Kak Yu?
aku : Haa! Bila masa nyo? Ada ko?
adik : Ni.. (sambil tunjuk kad raya tersebut)

( maaf bagi sesiapa yang tidak memahami conversation di atas. Ianya dalam dialek Kelantan )

Kad raya?? Siapa punya? Siapa yang bagi? Apa pasal kecoh sangat? Okay-okay. Actually, tak ada kecoh apa pun. Ni haa. Masa adik cakap aku dapat kad raya tu, agak terkejut laa sebab dah lama dah aku tak dapat kad raya. SMS raya tu memang banyak. Tapi, bila adik aku cakap Perdana Menteri yang bagi, itu yang aku sentap tu. Iya lah kan, dalam ramai-ramai manusia kat Malaysia ni, apa pasal pulak kad raya Dato' Najib sampai kat aku? Tertanya-tanyalah kononnya kan..

Bila aku buka dan baca, baru lah aku faham. Rupa-rupanya memang betul la. Kad raya tu memang daripada Y.A.B Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Baru aku ingat hari tu, aku sempat daftar satu pertubuhan jadi ahli sukarelawan FELDA. Masa isi borang tu, aku ada letak alamat rumah aku laa kot. Jadi, mungkin itu lah sebabnya kad raya tu sampai kat aku.



sampul depan.

ni cover depan kad raya.

ada gambar PM lagi..


isi kad raya tu. menara FELDA tu penting. hehe

ada signature PM..


Apa-apapun, terima kasih ya, Dato' Seri sebab bagi kad raya. Cantik kad raya tu. Kreatif betul deisgner yang designkan. Hehe. Ni satu-satunya kad raya yang aku dapat tahun ni. Al maklumlah, dah tak ramai yang hantar kad raya manual sekarang. Majoritinya, selalu buat kad raya digital post kat facebook, twitter, blog, MMS Raya, SMS Raya dan banyak lagi lah rasanya.

Tak kisahlah, at least ada juga usaha nak sampaikan ucapan raya tu kan? Yang penting, ikhlas..


Yuyu Atiqa :
Masih dalam mood ramadhan. Bila ramadhan labuhkan tirai, pasti kita akan merindui terawih dan suasana menyambut ramadhan. Keterujaan untuk sambut raya tahun ni tak seperti tahun-tahun sebelumnya. Apa-apapun, sederhana lebih baik. :)

Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]





♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

10 comments:

  1. wah ! best nye dapat kad raya dari PM .
    mun dapat dari blogger retis je . nanti mun story .
    huhu XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Wah. Blogge retis ya?
      Okay.. menunggu story dari anda! :)

      Delete
  2. cantik kad raya tue...
    "selamat ari raya"


    http://fadthnwan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Wahh..~~ susah nak dapat kad raya dari PM.. papepun selamat hari raya :D xoxo

    ReplyDelete
  4. dio wi ko sek2 kath tinggi jah..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yakk !
      ustaz... jange dibuli budop ni gak..
      hehe

      Delete
  5. Replies
    1. wahh. hehe.
      alhamdulillah.
      terserempak kat KFC tadi kan?
      hehe. :)

      Delete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^