Thursday, August 23, 2012

Salam Syawal 1433H (episod 3)


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Hari ni nak curi masa sikit update blog untuk event kat rumah aku pula. Alhamdulillah, selesai sudah majlis pertunangan kakakku semalam. Tahniah buat beliau dan bakal abang iparku. Agak kepenatan, tapi tak apa bukan untuk orang lain, kakak sendiri juga. Kan? 

Terima kasih buat rakan blogger Ben Ashaari sudi datang bersama isteri dan putera cilik beliau, Qhaliff Iman.  Terima kasih juga buat rakan, Captain Faiq dan sahabat sudi datang. Hehe. Terima kasih juga buat ex classmates yang sudi singgah. Seriously, aku terharu. Terima kasih buat saudara-mara, mak-mak sedara, sepupu-sepupu tersayang yang turut sama memeriahkan majlis. Sayang kalian ! hehe.

Hari ni, InsyaAllah kalau jadi, akan beraya ke Kota Bharu. Entah lerr. jadi ke tidak. Sesi mengemas seluruh rumah masih belum selesai sepenuhnya. Haha. 

Jom cuci mata tengok gambar yang dicapture oleh abang ipar aku :
p/s : click pada gambar kalau nak tengok dengan lebih jelas. faham? hehe..



keluarga tersayang.

me and my sis.
kembar?? ohh no no no.. haha

bersama sepupu, Aisya dan beliau memegang my niece, Zara..
Haa.. Aisya lagii..

Siblingsss !

My sis and her fiancee..

Gambar bersama qhaliff ( putera Ben Ashaari )
p/s : masa ni aku belum lagi bersiap.. huhu

Alhamdulillah, selesai satu majlis. Tahniah buat kakak tersayang, sudah bergelar tunangan orang. Adikmu doakan semoga segala urusan dipermudahkan serta mendapat keredhaanNya. ameen.

Okay, stop sini. Aku nak ke Kota Bharu, beraya bersama famili ke rumah mak sedara aku. Orang lain, raya pertama, raya kedua keluar beraya. Aku ni terbalik, raya pertama, raya kedua sibuk dengan tempahan, raya keempat, kelima baru sempat nak keluar beraya. haha. aduyai..

Buat rakan-rakan yang buat open house tu, maaf lah tak sempat nak hadirkan diri. Terima kasih kerana ajak aku. Buat rakan yang berkahwin dan bertunang, aku ucapkan tahniah. Walaupun aku tak sempat nak hadirkan diri ke majlis kalian, tapi doa aku tetap ada untuk kalian. Mudah-mudahan dimakbulkan Allah. ameen.

Okay, cukup. Ayah dah memanggil. Nanti tak pasal-pasal bising pula. Pergi dulu !

Wassalam..


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]







♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

8 comments:

  1. Tq & Salam Aidilfitri. Tq sb pautkan Blog Abe ke sini. Yuyu xgi rayo umah Ben ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, abe.
      Yuyu tak sempat nak beraya ke sana.
      ben dan keluarga datang beraya rumah yuyu. hehe
      terharu.. :)

      Delete
  2. Replies
    1. untunglaa??
      haha. abe ariff, bila nak datang rumah yuyu beraya ni??

      Delete
  3. wah ! untung lah blogger hot datang.
    nape tak amik gmba abg ben sekali ? huhu

    ReplyDelete
  4. ruginyo tak gi.
    nak buat gano.
    ambe sibuk hari tu.

    selamat hari raya yuyu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa.. nanti mai la jenjalan rumah yuyu deh.
      selamat hari raya.. :)

      Delete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^