Sunday, August 5, 2012

Iftar bersama Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti SMKH.



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Banner Iftar
Hello semua ! Hari ni balik awal sebab memang niat nak mengupdate entri tentang event semalam. Yaa. Semalam saya berbuka puasa kat luar. Iya lah kan, selalu terbaca blog blogger-blogger yang cun lagi kacak kat dunia blogger ni selalu update entri pasal iftar mereka dengan sahabat-sahabat. Now, it's my turn ! "Ambo pun nok cerito jugok pasal iftar ambo!" *kecek Kelate nih* Faham ke tidak ni? hehe. 

Semalam saya turun dari rumah lebih kurang pukul 6. Drive untuk pick up kawan-kawan ( Fira, Sofea, Fazlin dan Asmah ) P/s : bukan driver okay ! Hehe. First, ambil Fazlin then ambil Asmah lepas tu ambil Sofea dan last sekali baru ambil Fira. Fuhh. Memang jauh meronda dulu lah pokoknya! haha.

Sampai di tempat yang dituju lebih kurang pukul 6.45 petang rasanya. Sampai kat sana, ada pendaftaran. Lepas tu sesi beramah mesra dan mengerat silaturrahim sesama junior dan senior. Bila dah beramah mesra tu, memang tak lepas lah dari bergambar. Kan? Hehe..

Saya, Sofea dan Fazlin

Saya dan Juriah

Then, pukul 7 lebih sikit kami ambil tempat masing-masing kat meja makan sampailah tiba waktu berbuka. Selesai makan, duduk-duduk kejap. Bergambar lagi ! Bergerak ke masjid untuk solat maghrib, isyak dan tarawikh berjemaah. Senior yang menjadi imam. Bagusnyaaa. Hehe. 

Sebelum berbuka, sempat lagi berposing.
( Rabiatun, Fazlin dan saya )

Saya dan Alia Fatihah 

Saya dan Farihin yang sangat cantik

Saya dan Ema

Sempat bergambar kenang-kenangan bersama Syakira
 ( Syakira tu model tau!  hehe )

Turut sempat bergambar bersama Encik Rizal Hasyim iaitu abang kepada dua pemain badminton negara kita, Hafiz Hasyim dan Roslin Hasyim. 

Tak melepaskan peluang bergambar bersama Puan Tew dan anak-anak beliau yang rajin.
terima kasih Puan Tew sebab sudi hadir bersama. :)

Dah selesai tarawikh semua, majoriti student pra U dah balik tapi saya belum balik lagi sebabnya terpaksa tunggu salah seorang dari kawan saya yang mana beliau ialah naib presiden MPP, jadi beliau perlu selesaikan kerja-kerja akhir sebelum pulang. Lagipun kesian juga kat beliau sebab tak ada kenderaan nak balik. Lepas settle semuanya, dalam pukul 10 lebih macam tu kami bertolak balik.


Saya bersama Asmah yang kecil molek. Hehe

Saya bersama Fira yang sangat comel. 
Ni, kalau dah telefon ada kamera, memang tak sah kalau tak capture gambar sendiri.
Agak menjengkelkan di situ ! Kan? saya tahu. -.-''

Saya dan Amalina ( Naib Presiden MPP )


Lagi sekali meronda-ronda menghantar sorang demi sorang kawan yang tumpang kereta. haha. Sempat juga bermonolog dalaman, " kalau aku buat part time teksi boleh kaya nih! " haha.. *tersengih.. Agak kesengetan lah juga. hehe

Dah hantar semua kawan, saya pun drive balik sorang-sorang. Seram juga mula-mula tapi diberanikan diri juga drive sambil pasang ayat quran kuat-kuat dalam kereta. Alhamdulillah, selamat sampai kat rumah akhirnya.... 

Ha, itulah dia sikit sebanyak yang boleh dikongsi tentang iftar bersama MPP. Mohon maaf la ya sebab kualiti gambar agak tidak memuaskan. Capture pakai phone murah. Nanti dah kerja nanti baru boleh beli DSLR. haha.. Erk. Perlu ke? Perlu juga rasanya. Ehh. Abaikan. Buat masa ni DSLR tak penting. utamakan perkara yang lebih penting ! Kan?? Okaylah. Cukup sampai di sini dulu. InsyaAllah, next entri pasal iftar juga kot. Coming soon! Nantikan yaaa..

Selamat beribadat dan beramal semua ! 

Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]







♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

4 comments:

  1. Salam persahabatan,
    Ingin berkongsi banner saiz 125px, sila kunjungi blog kami untuk daftar.

    Terima kasih.
    http://www.blog.nik.my/index.php?id=39

    ReplyDelete
  2. bw di sini . . nice entry =)

    http://sukasukimystory.blogspot.com/

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^