Tuesday, August 7, 2012

Iftar bersama classmates dan Encik Rizal Hasyim's Family


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Hello there. Jumpa balik dalam entri baru. Kalau readers yang sempat baca entri lepas, saya update pasal Iftar bersama Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti SMKH . Hari ni nak update event semalam. Iftar bersama my classmates kat rumah our class teacher, Encik Rizal Hasyim. 

Menu pilihan untuk iftar semalam, Nasi Kerabu ! So, saya ambil tugas untuk beli semua keperluan yang diperlukan. Awal-awal pagi semalam dah turun dari rumah ke pasar borong ditemani Safwan dan mak untuk beli sayur-sayur nak dijadikan kerabu. Sampai saja di pasar borong, mak aihh punya lah ramai orang. Nasib baiklah Safwan dan mak ada. Kalau tak, mahu pengsan saya kat situ. 


Sewaktu di pasar borong


Settle beli sayur kat pasar borong, terus ke tempat mak selalu beli ayam. Selesai beli ayam, singgah kat pasar besar Machang untuk beli rempah nak perap ayam pula. Fuh. banyak perhentian betul. Settle beli barang, balik rumah. Dah balik rumah apa lagi, masa berdating dengan ayam lah pula. Haha.

Nak tunjuk kaki ayam yang ada 3 jari. believe it or not??? huhu
Abaikan muka eksaited tu. haha

Settle siang dan basuh ayam, terus perap ayam tu. Petang nanti cuma tunggu classmates lelaki bakar. Kita bakorrr.. *seakan akan Usop Wilcha cakap* haha. Settle hal ayam, saya buat puding gula hangus. Tapi lupa nak tangkap gambar puding tu. aduyai.. 

Settle semua, dalam pukul 3 lebih gerak pergi rumah Encik Rizal. Saya dan Safwan jadi runner semalam. Kerja kami beli barang-barang yang still tak cukup sambil pergi ambil classmates yang tak ada kenderaan nak datang. So, saya let anis dan classmates perempuan yang lain handle untuk bahagian kerabu dan tumis nasi kerabu. 

Settle jadi runner, sampai-sampai tu dah nampak classmates lelaki start bakar ayam dah. Bagus betul. Haha. Sambil-sambil bakar ayam sempat lah juga bergambar. *event wajib* haha.

Bersama Asmah yang kecil molek

Bersama Ana dan Alisya ( anak Encik Rizal )

Bersama Encik Rizal dan Farihin

Sesi membakar ayam bersama faiz. Haha

Classmates khusyuk bakar ayam. *gambar curi*

Ah.. yang ini gambar curi. langsung tak disedari bila gambar ini diambil.  Ohh ya, yang di sebelah tu Zamier ketua kelas kami merangkap jiran sebelah rumah saya. hehe

Gambar bersama Farihin. Abaikan keselekehanku. huhu
Juadah terhidang.. Nasi Kerabu.......

Settle bakar ayam, settle menghidang, sedang elok masuk waktu berbuka. Ohh. lupa nak sebutkan minuman. Ana incharge bahagian coctail. Ada juga minuman feveret saya bila event gathering macam ni, sirap telur katak ehh tak tak.. sirap biji selasih. ha, baru betul. Tak lupa juga air feveret one of my classmates, Amzar. Beliau suka air ribena. so, buatla juga untuk beliau. Cuma lupa nak ambil gambar. haha

Telur katak  Biji Selasih kelihatan. yang tu sedap tu ! hehe

Actually, sempat rakam video. cuma ada masalah teknikal, tak dapat nak upload. maybe next time. InshaAllah. Selesai berbuka, solat jemaah, mengemas last sekali menghantar classmates yang tak ada kenderaan nak balik. 

Alhamdulillah, selesai satu lagi event. Syukur. Terima kasih Encik Rizal dan family! Okaylah, stop sini dulu. Thanks for reading. Till we meet again in the next entry, God Will. 

Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]



♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

10 comments:

  1. hehe..pernah jumpe ayam ade 5 jari??

    ReplyDelete
  2. yg bulat2 kt dalam air sirap tu apa nama dia? telur katak eh? sedap..hehehe ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama dia biji selasih tapi I used to call it telur katak. :)

      Delete
  3. nak join ifthor tu..kalu dr machang leh tumpang nurul..ehehe..dia ketereh tu jah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah mesej dia dah. InsyaAllah, kalau tak ada aral, yuyu ada bersama nanti iftar.. Terima kasih ! :)

      Delete
  4. Berbuka puasa di sekolah? Bertahun-tahun meninggalkannya. Rindu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa.. Haha.
      Zaman sekolah zaman yang paling menyeronokkan. :)

      Delete
  5. yuyu...!!! I'm visiting ur blog.. hehe, best kan berbuka puasa ramai2, menjalinkan ukhwah sesama:) it's really great moment last night and i'm so happy with it! nnt raya dtg rumah tau!:) fifi dh add dh yuyu di fb!:) so, anything else, please keep in touch!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fifi !
      YAaa.. it's a great moment together..
      InsyaAllah, yuyu ziarah nanti..
      Keep in touch! :)

      Delete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^