Thursday, August 30, 2012

Cinta itu Cantik ...


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Sudah hampir seminggu jariku tidak menaip sesuatu untuk blog kesayanganku ini. Tadi, masa menggodek-godek youtube, aku sempat menonton satu video yang dimuatnaik oleh seorang vlogger muda, ShahrinCool. Aku tertarik dengan satu tajuk video beliau, Cinta Itu Beautiful . Satu video yang simple, tak perlu cakap banyak-banyak. Mesej mampu disampaikan hanya dengan perbuatan. Good effort, Shahrin!

Actually, bukan nak cakap pasal video tu. Hari ni, aku nak cakap pasal cinta. Yaa. Cinta. 




Apa ada dengan cinta? Hebatkah cinta? Ramai yang sering berkata-kata soal cinta. Cinta.. Mengikut kamus dewan edisi ketiga, Cinta bermaksud suatu perasaan ingin akan sesuatu. Hakikatnya, Cinta itu subjektif. Lain orang, lain pendapat. Lain orang, lain persepsi mereka tentang cinta. Aku yakin, macam-macam perkara yang bermain di minda kalian apabila disoal tentang cinta. Bukan?

Bagi aku, cinta itu sesuatu yang indah. Satu perasaan yang dikurniakan oleh Allah yang disemat mekar dalam jiwa setiap makhluk ciptaanNya. Aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku dapat merasai bagaimana rasanya mencintai dan dicintai. Buat masa dan ketika ini, Allah kurniakan aku perasaan mencintaiNya, mencintai rasulku, mencintai agamaku, mencintai kedua ibu bapaku, mencintai keluargaku, mencintai sahabatku, mencintai negaraku. Alhamdulillah, syukur.

Aku juga yakin, Dia akan wujudkan rasa cintaku terhadap insan yang bakal menjadi imamku kelak. Tidak aku nafikan, aku sangat menantikan saat itu. Lebih-lebih lagi, tatkala melihat, mendengar sahabat-sahabatku yang telah menjengah ke alam rumahtangga yang mana pasti mekar dihiasi rasa cinta dan kasih sayang. Namun, kembaraku masih jauh. Masih banyak perkara yang belum aku capai. Masih banyak hal yang lebih penting yang perlu aku utamakan. Aku kena upgrade pelajaran aku dulu, stabilkan hidup aku dulu. Next, baru boleh fikir soal lain. Usia masih muda. Masih terlalu awal untuk melibatkan diri dalam urusan ni. 



Dalam usiaku ini, aku mudah untuk jatuh cinta. Bukan memberi cinta, tapi jatuh cinta. Jauh bezanya tu. Bukan jatuh cinta pada seseorang.. Aku mudah jatuh cinta pada persekitaran yang membawa kasih sayang. Aku jatuh cinta apabila melihat seekor ibu kucing melindungi anaknya di saat kehujanan. Aku jatuh cinta apabila merenung langit ciptaanNya yang begitu luas dengan kehadiran burung-burung berterbangan riang. Aku jatuh cinta tatkala berkesempatan meluangkan masa berada di tepian pantai, menjamu mataku menikmati keindahan lautan yang berteman deruan ombak yang sangat menenangkan hati.

Hebatnya cinta. Secebis cinta mampu mewujudkan kebahagiaan yang boleh membuatkan senyuman terukir di wajahku. Ya Allah, aku mohon tetapkanlah rasa cinta ini dalam jiwaku. Semoga kehadiran cinta dapat menjadi penawar segala duka. Bila tiba masanya nanti, temukanlah aku dengan bakal imamku agar aku mampu memberikan cintaku. Namun, andai masa itu tiba, aku mohon, biarlah cintaku terhadap bakal imamku itu tidak melebihi cintaku padaMu. 

Cinta.. Cinta.. Cinta..

YuyuAtiqa : 

"Hati insan yang mampu menghargai cinta adalah hati yang mampu menghidupkan kebahagiaan".

Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]










♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

1 comments:

  1. tak bleh dgr perkataan cinta skrg. sebak.. sobssss T.T

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^