Saturday, August 4, 2012

Apa yang kita lihat, tak seindah yang kita sangka.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.




Airmata mengalir di malam hari
Berteman sinar rembulan dan kerdipan bintang 
tersergam menghiasi langit ciptaan Ilahi.

Di kala malam yang sunyi
Aku sendirian di kamar
Menghitung setiap perkara yang telah terjadi
sepanjang rentetan episod kehidupanku.

Dalam menyusuri kehidupan pastinya takkan terlepas dari dugaan
Takkan terlepas dari cabaran
Takkan terlepas dari kesedihan
Takkan terlepas dari kekecewaan
Takkan terlepas dari kegembiraan
Tapi hakikatnya perkara sedemikian lah yang menyerikan kehidupan.

Tanpa cabaran
Kita takkan pernah mencuba untuk menjadi berani
Tanpa kesedihan
Kita takkan pernah cuba mencari jalan untuk ketawa
Tanpa kecewa kita takkan pernah belajar untuk menghargai
Tanpa kegembiraan
Kita takkan pernah berterima kasih kepada tangisan dan kedukaan.

Itulah kehidupan.
Penuh dengan suka dan duka.
Penuh dengan tangis dan tawa.
Penuh dengan segala macam perasaan.

Hidupku..
Mungkin aku kelihatan ceria di mata orang lain
Namun ianya tak seindah yang disangka
Banyak onak dan duri di dalamnya
Banyak pahit dan manis dihadapi
Pelbagai persepsi harus diterima dengan rela hati.

Ketika bersama darah daging sendiri
Aku sendiri tak tahu mana silapku
Ku rasakan seperti orang asing dalam keluarga
Mahu bermanja dengan kakak pun tak pernah bisa
Usahkan memeluk dan mencium mereka,
Bila ku pegang tangan dan bahu pun sudah keluar kata-kata
"ish! , ahh! , jauhkan! "
Perasaan adik mana yang tak terluka bila tak mampu bermanja dengan saudara sendiri?
Mujurlah masih ada adik dan ibu untukku bermanja
Akan ku cuba jadi seorang kakak yang terbaik buat adikku
agar dia tidak merasai apa yang aku rasakan selama ini.

Aku rapat dengan keluarga keduaku
Mereka ialah kaunselor yang aku panggil umi dan bonda
Mereka ialah sahabat-sahabatku
Merekalah tempat aku bermanja
Merekalah tempat aku bercerita
Merekalah tempat aku meluahkan segala yang membelenggu minda dan sanubari
Kasih sayang yang aku perlukan dari kakak-kakakku
diberikan oleh mereka padaku
Namun,
sejauh mana aku mampu menagihnya?
mereka juga punya keluarga sendiri untuk berkongsi kasih sayang.

Sebak di hati tatkala melihat orang lain dapat bermesra dengan darah daging mereka
Hatiku turut sebak tatkala melihat orang lain dapat bermesra dengan kakak-kakakku
sedangkan aku tak pernah mendapat peluang sebegitu daripada mereka
Aku tahu,
aku banyak kekurangan
aku banyak melakukan kesilapan
aku banyak menyakitkan hati kalian
aku tak seperti yang keluargaku harapkan
Tapi, aku cuba untuk menjadi lebih baik.

Buruk sangatkah perangaiku?
Hina sangatkah aku di mata darah dagingku?

Saat kurasakan diriku tersisih dari mereka,
aku tekad menghabiskan masa bersama keluarga keduaku di sekolah
aku habiskan masa berdamping dengan kaunselor dan sahabatku
sekurang-kurangnya aku masih mampu tersenyum
mengubati hati dan mengumpul kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

Ya.
Aku kelihatan mengutamakan orang lain berbanding dari keluarga.
Kenapa?
Aku ada sebab mengapa aku melakukan sedemikian.
Tak layakkah aku mendapat kasih sayang dari kakak-kakakku?
Tak layakkah aku sebagai adik untuk memeluk kakak-kakakku?
Tak layakkah aku untuk memeluk dan mencium pipi ayahku?
Astagfirullah hal azim.

Ya.
Memang benar,
Mak dan ayah yang menanggung kehidupanku
Mak dan ayah yang membekalkan segala keperluanku
Mak dan ayah berusaha menunaikan segala yang aku inginkan.
Dan aku berusaha menjadi anak yang solehah
Aku sayang mak dan ayahku.
Aku bersyukur aku masih dikurniakan insan seperti mereka
Tak pernah aku terasa hati andai ditegur dan dileteri oleh mereka
kerana aku tahu ianya untuk kebaikan diriku.

Namun, 
Aku juga manusia biasa.
Sering melakukan dosa
Masih banyak kelemahan dan kekhilafan
Aku cuba berubah
berubah dan terus berubah
Andai ada kelemahanku
aku mohon terimalah kekurangan diriku seadanya
Aku tak mampu jadi sempurna 
Aku cuma nak jadi baik.

Terkadang,
Aku sering bertanya pada diri sendiri
Kenapa hidupku tak pernah berhenti diuji?
Hati kecilku menjawab
Itulah tujuannya aku hidup di dunia yang sementara ini
Hidup untuk diuji
Tanpa ujian dari Ilahi
Aku takkan pernah merasai begitu bernilainya sebuah kehidupan.

Aku tahu,
setiap orang ada masalah
bukan cuma aku
bahkan, mungkin orang lain menghadapi masalah yang jauh lebih besar dariku
Astaghfirullah hal azim.

Ya Rabb,
Aku mohon padaMu
jadikanlah aku hambamu yang sentiasa bersyukur
kuatkanlah aku untuk mengatasi cubaan ini
berkatilah diriku untuk tempuhinya dengan redha dan ikhlas.

Aku yakin,
setiap kesedihan akan berakhir dengan kegembiraan
setiap tangisan akan berakhir dengan senyuman
setiap kesunyian pasti akan menemui kebahagiaan kelak

Aku juga yakin,
setiap yang berlaku terselit sebuah hikmah yang sangat bernilai dariMu.

Ampuni aku, Ya Allah.


# mohon maaf andai ada yang tidak menyenangi entri ini. Sekadar meluahkan sesuatu yang terbuku di hati seorang hamba Allah yang sedang mencari sinar hidupnya. Moga hidayah yang dicari akan muncul seperti pelangi yang mampu mencorakkan kehidupannya kembali di jalan yang diredhai Ilahi. ameen.


Wassalam..

Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]






♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

1 comments:

  1. salam ramadhan sis =)

    pergh! ayat puitis sungguh. singgah sini and follow.

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^