Tuesday, July 3, 2012

Taubat, nak tunggu sampai bila?



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Dah banyak hari tak berkesempatan mengemaskini entri blog. Petang ni, harap dapat kongsikan satu entri dengan readers sekalian. 

Bertaubat? nak tunggu sampai bila?

Pernahkah kita duduk, bertenang dan merenung ke dalam diri kita sejenak? Apa yang sudah kita lakukan sepanjang kehidupan kita selama ini? Berapa banyak amal kebaikan yang telah kita lakukan? Berapa banyak perkara yang telah kita lakukan benar-benar niat hanya kerana Allah? pernah tak kita terfikir untuk kembali menghitung setiap sesuatu yang pernah kita buat? Hanya kita yang boleh menjawab pertanyaan tersebut. Sama ada kita ingin menjawabnya dengan penuh kejujuran dan ketelusan di samping bermuhasabah diri ataupun kita mahu terus berada dalam zon keselesaan tanpa memikirkan apa tugas kita sebagai hamba Allah yang sebenarnya di atas muka bumi ini.

Allah berikan kita nafas. Allah berikan kita akal. Untuk apa semua itu? kembali kepada fitrah kita dijadikan. Allah mewujudkan kita untuk menjalankan tugas sebenar kita di dunia yang tidak selamanya kekal ini. Allah memberikan hati yang celik kepada kita untuk menyedarkan akal bagi menyembahNya. Melaksanakan setiap perintahNya. meninggalkan segala laranganNya. Tetapi, sejauh manakah kita peka, sejauh manakah kita berpegang dengan perintah Allah? Tanya hati. Muhasabah kembali. Betapa kerdilnya kita di sisi yang maha Pencipta, betapa banyak dosa yang telah kita lakukan selama ini. 


Sumber : Bing.com


Sudah lumrah, setiap manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Sebab tu, kita perlu bertaubat setiap hari padaNya. Terkadang, kita boleh melakukan dosa tanpa kita sedar lebih-lebih lagi kita semakin berhadapan dengan suasana kehidupan pada hari ini yang mana penuh dengan onak dan duri. Namun, kita sebagai insan yang berakal, tidak sepatutnya terus terikut-ikut dengan perkara-perkara yang boleh melalaikan diri. Sebaliknya, ayuh kita cuba tambahkan, upgradekan iman dan sering bertaubat kepada Allah untuk membatasi atau menjadi benteng diri kita daripada terdorong untuk melakukan sesuatu perkara yang dibenci Allah. 

Kita takkan tahu bila ajal kita akan tiba. Mungkin, beberapa saat lagi. Mungkin, beberapa hari lagi. Mungkin juga beberapa tahun lagi. Hanya Dia saja yang Mengetahui. Mati itu pasti. Kita sebagai hambaNya tak mampu menolak. tak mampu lari dariNya. Satu saat nanti, giliran kita pasti akan tiba. Cepat atau lambat saja. Itu sebab, kita perlu manfaatkan peluang, masa dan ruang yang Allah kurniakan untuk kumpul sebanyak mungkin pahala, lakukan sebanyak mungkin amal kebaikan untuk kesejahteraan dan kesenangan kita di alam yang kekal abadi di sana kelak. Yang pasti, setiap perkara yang kita buat, nawaitu mesti hanya kerana Allah swt. 


sumber : Bing.com

Ayuh kita sucikan diri. Bersihkan jiwa. Celikkan akal bagi mencari redha Ilahi. Perkongsian ini juga sebagai peringatan buat diri saya sendiri. Mohon maaf andai ada yang tidak menyenangi. Semoga kita semua sentiasa berada di jalan yang diredhai dan diberkati olehNya. Kuatkan diri dengan keimanan agar hati kita tidak mampu dibolakbalikkan oleh hasutan dan godaan iblis laknatullah. 


" Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik di kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya mampu menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka, akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan. "

- Imam Hassan al Basri -


Mungkin, cukup setakat ini dulu entri kali ini. Moga ada manfaat daripada perkongsian ini. yang baik kita jadikan teladan, yang tak elok letak tepi. Jumpa di entri akan datang, InshaAllah.

Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

4 comments:

  1. terima kasih saling ingat mengingati,

    ReplyDelete
  2. @babycomel

    sama-sama. Itu kan tugas kita sesama saudara Islam. Semoga peroleh manfaat sedikit sebanyak, InshaAllah. :)

    ReplyDelete
  3. kadang2 kita tak tahu pun kita wat dosa..

    manusia mudah alpa..that fact.

    taubat jalan penyesalan kembali kepada allah..

    x rugi bertaubat..taubat= merendah diri n mintak ampun dr yg Esa

    ReplyDelete
  4. @khairul akmal bin azman

    Setiap yang namanya manusia takkan pernah lari dari buat dosa.
    Taubat Allah tak pernah memilih sesiapa. Semua berhak mendapatkannya.

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^