Sunday, July 22, 2012

Ibu bapa menaruh harapan. Suatu hari nanti, kita juga begitu.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Petang ni terasa nak menaip. Hati terdetik nak berkongsi sesuatu yang saya dapat daripada usrah bersama ustaz pagi tadi. Alhamdulillah, hari ni hari kedua kita berpuasa. Baru sahaja terbaca status facebook dari sepupu yang tinggal di Blacksburg, katanya anaknya Raha (5 tahun ) mampu menahan diri berpuasa dari jam 4.50 am hingga jam 8.40 pm. Alhamdulillah, Raha dapat berpuasa dalam tempoh yang agak panjang. Satu rekod yang sangat baik dalam diari ramadhan Raha.

Okay, kembali pada apa yang ustaz cakap dalam usrah sempena Ihya Ramadhan tadi. Topik tentang menaruh harapan. Ustaz ada ceritakan satu kisah yang agak menyentuh perasaan.




Ada seorang ibu, mempunyai seorang anak yang bermasalah. 

Satu hari, anaknya tertangkap ponteng dengan guru disiplin. lalu, si ibu dipanggil ke sekolah. Si ibu diberitahu tentang perkara yang terjadi. Selesai berdialog dengan guru disiplin, si ibu membawa anaknya pulang ke rumah dengan harapan anaknya akan berubah.

Kini, anaknya sudah dewasa. 

Satu hari, anaknya ditangkap polis atas sebab mengambil pil kuda. Si ibu dipanggil ke balai polis. Lalu, si ibu ke balai polis untuk menjamin anaknya dan membawa anaknya pulang dengan harapan anaknya akan berubah.

Satu hari, anaknya tertangkap mencuri oleh orang-orang kampung. Si ibu mendapat tahu berita tersebut lalu bersemuka dengan orang kampung. Memohon maaf bagi pihak anaknya dengan harapan anaknya kelak akan berubah.

Satu hari, anaknya ditangkap kerana terlibat dengan penagihan dadah. Si ibu bersetuju untuk menghantar anaknya ke pusat serenti dengan harapan bahawa anaknya pasti akan berubah.

Namun, hari berganti hari, si ibu semakin tidak larat akibat semakin dimamah usia di samping tinggal sendirian mengenangkan si anak yang masih di pusat serenti. 

Akhirnya, si ibu meninggal dunia dengan harapan yang masih menebal di sanubari agar anaknya mampu berubah. tapi malangnya, anaknya juga meninggal dunia akibat HIV positif. 


Apa yang kalian dapat bila baca cerita ni? 

Kita semua tahu, kita dilahirkan dari rahim seorang insan yang bernama ibu. Bila ibu lahirkan kita ke dunia, pastinya ibu dan ayah kita mengharapkan kita untuk lahir sebagai seorang anak yang soleh dan solehah serta bertaqwa kepada Allah. 

Jadi, kita kena sedar yang ibu bapa kita menaruh harapan yang besar pada kita. Sebagai anak, kita perlu berusaha untuk menunaikan harapan kedua ibu bapa kita. Setidak-tidaknya, biarlah mereka berasa gembira, beruntung dan bahagia mempunyai anak seperti kita. InshaAllah.

Ingat, satu hari nanti, kita juga akan melewati hari-hari sebagai seorang ibu dan ayah andai masih dipanjangkan umur. InshaAllah. Dah tentu, kita inginkan zuriat yang dapat memberi kesenangan dan kesejahteraan kepada kita setelah kita meninggal kelak. Bukan? begitu juga dengan apa yang ibu bapa kita mahukan dari kita.


Ayuh, jadi anak yang soleh dan solehah. Anak yang mampu membahagiakan ibu bapa kita dunia dan akhirat. Biiznillah. Ameen.

Hopefully, entri ni sedikit sebanyak dapat memberi kita kesedaran dalam meniti hari-hari di dunia yang sementara ini. Manfaatkan masa yang masih tersisa untuk kita. Mohon maaf andai tersilap tutur kata.

Saya hentikan entri kali ini.

Wassalam..


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]






♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

10 comments:

  1. nice entry yuyu .
    cerita tuu sangat menarik :)

    nie yang sebak nie bla cakap pasal parents . huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mun.
      Tak apa. Jauh di mata, tapi dekat di hati kan?
      yang pasti, kena selalu doakan mak dan ayah dalam setiap doa mun k. :)

      Delete
  2. ye betul tu... dulu sewaktu sekolah, cili antara pelajar yang ada di kelas tercorot, dengan no kedudukan dalam kls atau dlm tingkatan yang agak mengecewakan. Cili tau parent cili kecewa, time spm mak menangis sbb result cili xbagus. tp Alhamdulillah utk stpm cili tanamkan niat xnk kecewakan parent lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Syukurlah.
      Gagal sekali tak bermakna kita akan gagal selamanya.
      Good luck, CK ! :)

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih.
      Moga sedikit sebanyak ada manfaat bersama. :)

      Delete
  4. ibu bapa menumpang kasih untuk menghabiskan sisa hidop mereka..kita..menagih kasih ibu bapa untuk memulakan kehidupan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.
      Tanpa mereka, kita bukan sesiapa.
      Terima kasih, Mr, Jiji ! :)

      Delete
  5. nice n3 yuyu.. ibu bapa insan mulia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Kak Su.
      Benar. Mereka insan mulia.
      Love my parents ! :)

      Delete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^