Thursday, June 14, 2012

Perubahan, tekanan? Normal lah tu.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Seminggu sudah blog tak berupdate. Serius tak sempat ! Usahkan nak update blog, nak buka laptop pun tak sempat. Sibuk betul dengan study untuk first semester. Pagi, pergi belajar, petang baru balik. Malam, study mengadap buku. Then, tidur. Rutin harian setiap hari semenjak jadi pelajar pra U ni.



Agak merasai sedikit perubahan dalam konteks pembelajaran. Semakin bersemangat untuk fokus kepada pointer 3.5 above. InshaAllah. Apa punca saya nak struggle? Banyak punca dia ! Serius saya cakap. Fuhh. Dugaan demi dugaan tak putus dari hari mula-mula mendaftar jadi pelajar Pra U lagi. Tapi, masih dicekalkan hati untuk redha menghadapi qada' dan qadar Ilahi.Yup. Dia tahu segala yang terbaik untuk diri ini. 

Bila ada kesempatan masa sikit macam malam ni ( sebab esok cuti ) baru rasa relax nak update blog. Kalau tak, memang langsung tak sempat. Tapi lately, kecenderungan untuk buka laptop hanya bertujuan untuk mencari nota-nota subjek-subjek tertentu je. Tapi, tu lah lepas siap dapatkan nota, sebelum off laptop sempat laa jadi 'stalker' kejap. Oppss. Ini 'berjurus' punya stalker okay ! Saya stalk tweet Hami Asraff je pun. Nak tahu sebab apa? Sebab tweet beliau dapat hilangkan stress saya. Haha. Pelik tapi benar. Acecey.. Betul ni. Buat apa nak tipu. Apa-apa pun, terima kasih Encik Hami ye sebab sentiasa menjadi pendorong Nurul Atiqah untuk sentiasa bersemangat menghadapi liku-liku hidupnya. Seriously, anda sangat membantu saya. Syukur.

Nak cakap sikit pasal stress. Stress tu perkara biasa. Sometimes, stress tu perlu dalam tugas atau aktiviti yang kita buat. Saya pula, stress dengan keadaan dan segelintir individu-individu sekeliling saya. Stress dalam belajar tu tak sangat sebab memang enjoy belajar. Biasa lah, tak semua orang suka kita. Tapi kena ingat juga, tak semua orang tak sayangkan kita okay ! Hehe. That's why saya suka buat sesuatu yang saya boleh ceriakan saya untuk hilangkan stress saya. Bak kata bestfriend saya, ' mencari ketenangan dengan cara saya yang tersendiri '. 



Macam mana? Okay, kalau saya, saya stay kat sekolah lepas habis kuliah. Sebab, saya ada 'keluarga kedua'  kat sana. I have my caunselors, my pals also my juniors. Saya stay kat bilik kaunseling sampai petang then baru balik rumah. haha. Yupp. So, saya manfaatkan masa yang ada kat sekolah, having a group discussion, study together dengan kawan-kawan. 

Sedar tak sedar, dah banyak rupanya aksara yang sudah ditaip. Tu la pasal, dah lama tak menaip. Hehe. ohh ya ! Menaip juga dapat hilangkan stress ! Haha, nak juga tu. lagi-lagi menaip sambil dengar zikir atau instrumental music yang menenangkan. Lagi satu, readers boleh buat ni. Dengar nasyid nama-nama Allah, next bernasyid sama-sama sambil update blog. Seronok dan tenang je rasa. Cuba kita amalkan.  At least, sambil menaip tu dapat juga pahala kita bila menyebut nama-nama Allah kan?

Okaylah. Menaip, update blog sudah. After this, study kejap sebelum tidur. 

YuyuAtiqa :
Seronok bila belajar dengan penuh minat. Persetankan anasir-anasir yang ingin menjatuhkan kita. Stay gallant to achieve success nawaitu kerana Allah. Dunia akirat, dengan IzinNya. 

Wassalam.


Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

4 comments:

  1. sweet je baca update yuyu :)
    good luck yuyu .
    jangan stress k . :)
    Al - Quran kan ade .

    ReplyDelete
  2. CikMunBlogger :

    Thanks mun. InshaAllah.
    Yup. :)

    ReplyDelete
  3. belajar dan terus belajar, teruskan yuyu ^^

    ReplyDelete
  4. chemija :

    InshaAllah. terima kasih. :)

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^