Tuesday, June 26, 2012

Kejutan yang tidak disangka...



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.




Jam 11.09 PM ( 25/6/2012 )

Semasa khusyuk menyiapkan slaid untuk pembentangan subjek Sejarah esok, aku menerima satu panggilan dari nombor yang tidak aku kenali. Tak terperasan lah pula nombor negeri mana. So, dengan biasanya aku menjawab panggilan tersebut. 

Suara yang tak pernah aku dengar lagi sebelum ini sedang bercakap denganku. Katanya ingin bercakap dengan Atiqah. Lalu aku jawab, ya Atiqah yang bercakap ni. Ni siapa? Sungguh ku tak sangka siapa gerangan insan yang sedang bercakap denganku ketika itu.

Bila beliau memberitahu namanya, aku terkedu. Hanya lafaz ' subhanallah ', 'alhamdulillah' meniti di bibirku pada saat itu. Sekali lagi, Allah membuktikan kekuasaanNya. Allah memakbulkan doaku. Saat itu, sebak di hati, tak terkata. Sudah lama aku nantikan saat tersebut. Malam ini, Allah telah memberi keizinanNya.

Perbualan telefon selama 10 minit 48 saat tersebut adalah hadiah lahirku yang terindah pada tahun ini. Walaupun ianya bukan pada tanggal hari lahirku, tapi aku tetap bersyukur. Akhirnya, aku dapat juga bercakap dengannya.

Aku coretkan rasa hati ini di sini sekadar ingin menjadikan kenangan yang mana takkan dapat aku lupa dalam hidupku. Siapa insan tersebut, biarlah hanya Allah, aku dan beliau saja yang tahu. 

Wassalam.

Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

2 comments:

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^