Monday, June 4, 2012

Hari ni , knowledge dan exercise ( 2 in 1 )



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Seharian di sekolah, dua aktiviti sekaligus ! Seronok. Pagi-pagi dah ke sekolah. Another group discussion. Masuk kali ni, dah 3 kali sempat buat group discussion sepanjang cuti 2 minggu ni. Seronok rupanya bila kita betul-betul nakkan ilmu ni kan? Walaupun penat fizikal dan especially penat otak but still rasa okay. Bila dapat faham dan kuasai topik yang difokuskan, rasa penat fizikal dan otak terus tak terasa.

First activity, of course lah nawaitu kerana Allah adakan group disscussion. Alhamdulillah, dengan izinNya ni adalah group discussion yang ketiga saya dan kawan-kawan dibimbing atau senang cakap dimudahcarakan oleh kaunselor kami who we called him, ayah. 

Hari ni, study pasal komunikasi. Dah mula faham konsep SQ3R. Konsep apa tu? Mungkin ada yang pernah dengar mungkin juga ada yang belum pernah dengar dan tahu langsung pasal konsep ni. Kalau readers rajin dan betul-betul berkeinginan nak tahu, google je SQ3R confirm jumpa ! Kalau tak jumpa tu, tak tahu lah nak cakap. Tapi, InshaAllah, jumpa punya. :)

Habis study komunikasi, ayah ada bagi guideline macam mana nak lebih enjoy bila study. Mudah saja. Guna kaedah mind mapping by using colours. Confirm, nota akan jadi menarik ! Trust me. Kita pun akan jadi bersemangat nak belajar. Percayalah...

Lepas settle dengan group discussion, ayah and us ( saya, anis, safwan, mukhriz ) decided nak teruskan dengan mengecat dinding area kaki lima dekat bilik kaunseling which is merangkap rumah kedua kami. That's why kami study kat situ. So, mula-mula ingat nak beli cat warna oren. Tapi discuss punya discuss ayah bought paint warna biru. Nice colour. Tenang.. So, dinding yang warna asalnya merah jambu akan bertukar kepada warna biru ! Yeayy. 

Lepas solat zohor, proses mengecat bermula. Di sini bermulah kecomotan di tangan dan certain-certain tempat di baju dan seluar. Especially, Safwan. Haha. Seronok tau sebenarnya mengecat ni. Confirm keluar peluh ! lepas tu automatically kalian akan duduk dan bangun. Tak percaya? haha. Cuba lah mengecat mana-mana dinding rumah kalian nanti k. Hehe.


this is Anis.
 
It's me.

Nak mengecat jugak tak?
this is Mukhriz.
this is Safwan.
Mukhriz dan Safwan.
Last but not least, ayah pun mengecat juga. :)


Duk khusyuk-khusyuk mengecat tu, ayah belanja kami lunch. Alhamdulillah. Settle mengecat dalam pukul 5 lebih dekat pukul 6 petang. Disebabkan seronok tengok warna dinding yang baru sampai terlupa nak capture gambar dinding yang dah siap dicat. sorry.. huhu

Okay, actually tengah search nota Pengajian Am ni. Dah jumpa, cuma nak spend time untuk entri blog kejap.  


YuyuAtiqa :

Alhamdulillah, baru dapat phone call ada job esok. Jadi pengacara majlis kat Jerteh untuk majlis bersama Dato' Noh Omar kalau tak silap. Syukur, rezeki Allah. :')

Stop here first. Wassalam.

Salam sayang,
[ YuyuAtiqa ]






♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

Post a Comment

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^