Tuesday, May 1, 2012

PLKN : kawan yang dapat, aku tumpang eksaited !



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Agak *kemalasan* untuk mengupdate blog waktu ini sebenarnya. Tapi, disebabkan sudah 4 hari tiada entri baru yang berjaya ditulis, jadi saya memujuk diri secara *paksa rela* untuk update jugak blog petang ni. Untuk menjadikan saya khusyuk mengupdate, saya menulis entri sambil minum susu segar. haha.

Okay, cukup dengan mukaddimah yang tersangatlah entah apa-apa tu. Berbalik kepada tajuk entri ya ! Pagi tadi saya sempat menghantar sahabat saya, Wan yang telah terpilih sebagai pelatih PLKN bagi siri 2. So, saya dan tiga orang kawan, Fazlen, Lisa dan Tinie decide untuk hantar Wan ( kat tempat berkumpul )

Saya turun dari rumah pukul 8.30 pagi lebih kurang then terus drive ke padang Majlis Daerah Machang (MDM) which is tempat pelatih-pelatih naik bas. Saya sepatutnya berada di sekolah at that time to gather with pasukan pantun untuk latihan terakhir mereka sebelum bertanding esok but saya ambil masa sekejap untuk say goodbye to Wan.

Bila tengok reaksi wajah pelatih-pelatih yang nak naik bas tu rasa macam best je. So sad sebab tak terpilih. Tak apalah, ada hikmah la tu. Kan??? Then, sebelum Wan naik bas sempat jugak la tangkap gambar sikit-sikit. Tak dapat pergi PLKN, dapat tangkap gambar dekat bas PLKN pun jadi lah... Erkk !


Kami wira wirawati negara ! hehehe
This is Wan. Wan tengah sebak sebab taknak pergi. haha.


See ! Ramai orang yang menghantar berbanding pelatih-pelatih yang nak pergi. Hehe.


Ni haa. Buat muka tembok tetiba peace kat depan bas PLKN. Haha





Tiga gadis pingitan, Tinie ( tudung hitam ) Fazlen ( Baju Kelabu )  Lisa ( baju oren )
Me?? Yang tengah tangkap gambar tu laa..


Okay. Jangan terpedaya !
 Sekadar perasan nak jadi pelatih yang nak naik bas dengan penuh eksaited walhal tidak ! hahaha..



Sekadar entri ringkas hari ni. InshaAllah, kalau ada kerajinan dan kelapangan masa entri berikutnya akan dikemaskini secepat mungkin. Hehe. Thanks everybody !


Wassalam.




Salam sayang,
[ Yuyu Atiqa ]




♥ Salam ukhwah. Jazakallahukhairan. ♥

5 comments:

  1. awal dorang pegy kan ?
    saya pegy ary kamis ney .
    sempat lagy menengok blog awak :)

    ReplyDelete
  2. Syafiqah yassin :

    yup..
    Have fun !
    tuntut ilmu sebanyak mungkin di sana.
    Terima kasih masih sempat menengok blog saya. :)

    ReplyDelete
  3. Dulu teringin nak pegi, tapi takde rezeki nak dpt plak :D

    ReplyDelete
  4. Masa akak dulu takde semua ni....

    ReplyDelete
  5. SyafiqahSaleh :

    huhu.. ada hikmah la tu. :)

    Si Matatajam :

    oo.. ye ke? PLKN baru lagi kot rasanya.. :)

    ReplyDelete

I thank you for the comment. Have a nice day. ^^